Sesungguhnya kemenangan adalah kurnia Allah kepada hambanya yang dikehendaki. Tiada siap boleh memaksa Allah memberikan kemenanganNya, tiada pula siapa dapat menahannya.
Pemerintah Mesir sememangnya dikenali mempusakai kekejaman Firaun sejak lebih 80 tahun lalu. Bermula dengan Jamal Abdul Nasir, kemudian Anwar Sadat, kemudian Hosni Mubarak. Kesemua mereka adalah penumpah darah yang terkenal dalam sejarah Mesir. Tidak sedikit ulama dan pejuang Islam digiring ke penjara dan tali gantung ketika mereka memerintah.
Gerakan Islam disekat dari setiap penjuru di zaman mereka. Namun, gerakan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 oleh Imam Hassan Al Banna tetap teguh dengan prinsip-prinsip Islam akhirnya diberikan kemenangan oleh Allah taala pada tahun 2012.
Kemenangan Dr Morsi, adalah inspirasi buat kita semua. Sebuah inspirasi bahawa Islam boleh menang dan memerintah negara dalam ruang demokrasi ini.
Percayalah seluruh saudaraku, pendokong gerakan Islam, sesungguhnya kita mampu memenangi pilihanraya kali ini. Sekejam mana pun sesebuah rejim, mereka tetap akan tumbang. Gelap malam akan hilang dan terang fajar akan menyinsing.
