4/24/2012

Mak Cik Tua Si Tukang Sapu

Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lalu adalah hari yang sangat memenatkan dan melelelahkan. Menguruskan acara bagi mengangkat Pendidikan Islam di Selangor. Dalam pejalanan pulang pada petang Ahad, singgah di sebuah R&R kerana perut sangat lapar. Usai makan, azan maghrib berkumandang.

Siap untuk solat. Dalam perjalanan ke surau bertemu dengan seorang makcik yang sangat tua sedang menyapu sampah. Dengan lembut aku bertanya...

Aku             : "makcik, rehatlah dulu dah malam ni.."
Makcik : "Tak bleh rehat nak.. Makcik kena kerja."
Aku : "Dah lama ke kerja kat sini makcik?"
Makcik Tua : "Dah tujuh bulan keje kat sini"
Aku : "Umur makcik berapa?"
Makcik Tua : "Umur makcik 70 tahun nak. Makcik tiap-tiap hari kerja. Dari jam 7 pagi sampai 11   malam. 7 bulan makcik kerja tak pernah dapat cuti walau sehari.."

Aku termenung. Hati panas!

Aku   : "makcik takde anak kah?"
Makcik Tua : "makcik takde anak."
Aku  : "makcik tinggal kat mana?"
Makcik Tua : "makcik tinggal kat sana. Sewa bilik Rm 150 sebulan.."
Aku  : "Suami makcik ada lagi?"
Makcik Tua : "Suami ada, kerja buat bangunan.."
Makcik Tua : " Anak kerja atau masih sekolah?"
Aku : "masih sekolah makcik"..

Aku dah tak tahu nak cakap. Aku simpati...........

Aku : "makcik, sabar ya.. sabar ya.."
makcik tua : 'Ya, makcik akan terus bersabar nak..."
Aku  : "Saya mahu solat dahulu makcik.."
Makcik Tua : "ya nak, silalah.."

Aku berlalu.. hati ku berfikir, macamana keadaannya. tentu dia sangat penat. Sedang aku yang masih muda kerja 3 hari tanpa tidur yang cukup sudah memenatkan.. Apa lagi makcik tua kerja menyapu sampah tanpa cuti non stop!!..

Aku tidak mengenali makcik ini.. Aku tidak tahu namanya.. Namun aku tahu dia dalam kesusahan. :'[

PERJUANGAN ITU SUSAH PAYAH

Aku teringat satu kuliah Ust Harun Taib.. Beliau kata:
"Menempuh perjuangan Islam ini memang susah. Sama sahaja kalau kita  kerja-kerja yang lain. Ada orang kerja nelayan, dia juga susah. Ada juga orang bekerja sebagai penoreh, mereka juga susah.. " maka kita susah itu adalah kebiasaaan dan kita dapat pahala.."

BUDAYA SENANG

Kita didik dalam satu sistem pendidikan yang tidak holistik. Diajar supaya belajar tinggi agar senang masa depan? tak salah untuk senang di masa depan, namun apakah senang kita itu akan bermanfaat untuk orang lain? Kenapa manusia hanya mementingkan diri sendiri? Apakah tiada masa depan untuk yang gagal dan dalam kesusahan?


#Hingga hari ini aku masih mengingati raut wajah makcik yang penuh dengan kedutan.. dan aku tidak akan melupakan wajah itu!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...