4/17/2012

ISU PENGHINAAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU: Suatu respon dari sudut berbeza [siri 1]

Sehari dua ini, BN kelihatan bersemangat menghentam PR dalam isu yang kononnya “Penghinaan kepada Raja” ketika sidang pertabalan Agong 11 April lalu. Bahkan pada hari ini wakil PERKASA telah mengecam PR kononnya PR mahu menubuhkan sebuah “negara Republik”. Dalam coretan ringkas saya ini, saya tidak berhasrat untuk menyentuh soal tindakan PR atau BN. Rasa saya ada “point” lain yang lebih penting untuk diperhalusi. Yang saya mahu fokuskan dalam tulisan ini adalah berkaitan dengan institusi Raja itu sendiri.

Pertamanya saya mengakui bahawa Yang DiPertuan Agong / Raja adalah pemerintah tertinggi dalam negara. Bahkan sesiapa yang menentang Agong [dalam konteks Malaysia] boleh dikenakan tindakan seperti kumpulan ‘Bughah’ atau pemberontak. Ini yang telah disalahfaham oleh Fathul Bari dan segala 40 ulama Ikatan Ulama Muda UMNO (ILMU). Mereka telah silap faham bahawa menentang Najib adalah haram kerana Najib kononnya adalah pemerintah tertinggi negara. Saya ingin tegaskan kepada Fathul Bari dan kawan-kawan, pemerintah yang haram ditentang adalah Yang DiPertuan Agong!! Bukan NAJIB. Najib hanyalah PM [atau manager shj] kepada negara ini. Saya tidak mahu menghurai panjang hal ini. Yang saya cuba sampaikan kepada para pembaca adalah betapa saya menghormati raja-raja Melayu sebagai pemerintah tertinggi dalam Negara.

PENSEJARAHAN

Kita harus bermula dari sudut sejarah. Ketika Tanah Melayu ini belum dijajah, terdapat banyak kerajaan Melayu yang mempunyai Rajanya masing-masing. Contohnya kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Langkasuka, Kesultanan Sulu [di Filipina] dan banyak lagi. Sebelum kedatangan Islam, Tanah Melayu dikuasai oleh elemen Hinduisme. Dalam ajaran agama Hindu, Raja adalah anak Tuhan. Rakyat akan menyembah raja. Rakyat akan patuh sepenuhnya kepada Raja. Rakyat ditakut-takutkan dengan Tulah atau bencana sekiranya melawan raja [dan sememang Raja dulu-dulu mempunyai “pendamping”].

Dan setelah kedatangan Islam, Islam telah mengubah sedikit sebanyak institusi masyakat melayu. Sebagai contoh kerajaan Melaka, selepas kedatangan Islam, Sultan Mansur Shah dikenali sebagai Sultan yang soleh. Baginda telah menjadikan istana baginda sebagai tempat para ulama mengajar Islam. Namun elemen taat kepada Raja dalam hati orang melayu maish kuat. Masih ingat kisah anak Tun Perak iaitu Tun Besar yang telah dibunuh oleh Raja Muhammad, anak Sultan Mahmud Shah hanya gara-gara tengkoloknya jatuh akibat terkena bola sepakraga. Tun Perak yang pada ketika itu pembesar utama Melaka tidak membalas perbuatan Raja Muhammad kerana taat kepada Sultan Mahmud!! Sudah menjadi budaya orang Melayu patuh kepada Raja Melayu.

[bersambung]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...