Pendidikan
adalah pelaburan sesebuah negara. Lagi banyak kerajaan melabur dalam sektor
pendidikan akan menguntungkan kerajaan kembali. Rakyat yang berilmu,
berintegriti dan tinggi sahsiah akan kembali membangunkan negara. Pendidikan
bukan perniagaan. Ia adalah hak rakyat. Kerajaan wajip menyediakan pendidikan
yang berkualiti kepada rakyat.
Pada
tahun 1990 dan ke bawah, masih terdapat biasiswa kepada semua pelajar universiti.
Namun pada era Mahathir, biasiswa ditarik dan diganti dengan hutang PTPTN.
PTPTN ini hutang. Seorang mahasiswa yang mahu menamatkan pengajian perlu
berhutang tak kurang RM 21 ribu untuk ijazah pertama. Tak kurang RM21 ribu!
Lepas
grad nak kena cari kerja pulak. Gaji kerja di Malaysia bukan tinggi pun. Lepas
grad nak kawin kena kumpul RM 15 ribu pulak, itu belum campur hutang nak pakai
kereta dan sebagainya. Memang sepuluh tahun pertama selepas grad, mahasiswa
akan m ampus dengan belenggu hutang sahaja! Ini hakikat yang perlu kita paham.Dan
kita harus memahami, dalam dunia ni banyak negara yang menyediakan pendidikan
percuma kepada rakyat mereka. Bukan kita sahaja. Dan mereka tak bengkrap pun.
Turki:
Norway :
Argentina:
pendidikan percuma di Argentina
Brunei
pendidikan percuma di Brunei
German
pendidikan percuma di German
Finland
pendidikan percuma di Finland
Brunei
pendidikan percuma di Brunei
German
pendidikan percuma di German
Finland
pendidikan percuma di Finland
Dalam
keadaan ini pihak Pakatan Rakyat [PAS, PKR & DAP] menunjukkan “political
will” untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat. Sedangkan Najib dan
Khairy tak habis-habis memberi dalih. Kenapa pihak kerajaan BN yang kononnya
mengutamakan rakyat langsung tidak mahu meneliti cadangan-cadangan PR terlebih
dahulu? Kena dengan bingkas meng”tong sampah”kan cadangan itu? Inilaha yang
dikatakan “ NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH”.
Oleh
itu, demi kesejahteraan rakyat, mari kita memberi undi kepada PR dalam PRU 13
ini. Kalau PR tak laksana janji ini, kita akan sama-sama lawan PR. Ya! Kita akan
pastikan janji mereka ini akan dilaksanakan.
Tapi
apa lagi yang boleh diharapkan dari BN? Mereka langsung tak memberi signal
untuk menyediakan pendidikan yang lebih baik kepada rakyat! Kita wajip menolak
BN demi kebaikan anak cucu kita generasi akan datang.
