| Kewajipan kami anak muda memenangkan Islam. Kewajipan kami anak muda melawan kerajaan zalim. |
2/20/2013
Najib Tipu PRU 13, Kita Bangkit Buat Revolusi - Pt 2
Saya menyambung tulisan saya tentang kepentingan pemikiran Revolusi sekiranya kita ditipu dalam PRU 13 oleh Najib dan SPR. Saya mengutarakan 3 cara menumbangkan kerajaan zalim iaitu Pilihanraya, Revolusi dan Peperangan. Saya juga telah memberikan contoh kepada kawan-kawan keberkesanan ketiga-tiga kaedah ini dalam sejarah beberapa negara.
Bagi Malaysia kita masih menunggu penuh sabar melalui saluran Pilihanraya. Ya, tapi tiada jaminan kesabaran ini ada batasnya.
Kemenangan PR telah dijangka oleh ramai tokoh penganalisis. Kenyataan ini dicongakkan oleh saudara Azrul Azwar, Ketua Ekonomis Bank Islam Berhad. Ia juga disokong oleh kajian UMCEDEL (University Malaya Centre For Democracy and Election) bahawa sokongan rakyat kepada PR dalam PRU 13. Senang paham PR berpotensi besar menang dalam PRU 13.
Pakatan Rakyat telah mengumpulkan seluruh kekuatan untuk mendobrak UMNO-BN. Partisipasi segala NGO - Bersih, Anak, Hijau, Royalti dan sebagainya. Namun percayalah segala perjuangan itu akan hancur dan tiada maknanya kalau daftar pemilih tipu dan kita ditipu dalam PRU 13. Takde maknanya! UMNO ini sepatutnya telah mati 20 tahun dulu. tetapi kerana ada persempanan semula dan penipuan daftar pemilih, penipuan undi pos, itulah memanjangkan hayat BN.
Kalau kena tipu dalam PRU 13, marilah kawan-kawan kita pikir kaedah lain. Selama ini PRU dibuat hanya untuk meRASMIkan kuasa UMNO. Semua tipu. Takde maknanya buat PR. Kalau terus ditipu dalam PRU 13, mari kita fikirkan kaedah kedua REVOLUSI. REVOLUSI adalah kaedah praktikal. REVOLUSI adalah cakap dan buat. Tak guna turun naik mahkamah buat bantahan kalau kena tipu dalam PRU13. Mahkamah pun UMNO punya.
Oleh kerana tiada apa yang boleh diharapkan untuk mendengar aduan kita, maka kita jangan harap Polis, Mahkamah akan menolong kita. Rakyat harus bergantung pada diri rakyat sendiri.
Rakyat Malaysia Harus Bersedia Buat Revolusi Kalau Najib Tipu PRU13.
Mungkin ada yang ragu. Mampukah rakyat Malaysia buat Revolusi? Saya berpendapat rakyat Malaysia boleh! Rakyat telah mula berlatih buat revolusi dalam banyak himpunan yang dianjurkan PR. Bermula dari Bersih 1.0 , Bersih 2.0, Bersih 3.0, Anti PPSMI, Anti ISA, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).. Ini adalah latihan yang bagus. Berlatih menjadi berani. Maknanya keberanian telah ada. Cuma perlu diperkuatkan lagi. Kerana revolusi menuntut stamina dari para demonstran. Daya tahan ini boleh dibentuk dengan menanam cintakan agama dan tanah air. Hanya dengan 2 cinta ini, rakyat boleh bertahan. Kita harus berkorban untuk tanah air dan agama kita.
Apakah cara membentuk Revolusi?
Dosa UMNO kepada rakyat terlalu banyak. Tak payah nak criter. Membentuk gelombang REVOLUSI mesti dengan menyedarkan kejahatan BN-UMNO. Semua rakyat sudah marah.Sebarkan cerita jahat UMNO di kalangan rakyat. Biarkan rakyat marah kepada UMNO. Lagi ramai marah lagi bagus. Itu cara praktikal. Rakyat Malaysia telah penat dalam politik. Orang yang penat bisa mengamuk jika terus ditekan. Saya positif option ini boleh digunakan keepada seluruh rakyat sekiranya UMNO-BN menipu dalam PRU 13.
Anak muda, sila sedia untuk berkorban! Demi tanah air tercinta, MALAYSIA! Kalau kena tipu PRU 13, kami janji akan bangkit dengan REVOLUSI!
Ingat pesan Tuan Guru tercinta!
HARAM MENYERAH KALAH KEPADA UMNO-BN
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Presiden
Parti Islam SeMalaysia
