Kali ini saya ingin mengajukan faktor-faktor yang memanjangkan hayat BN memerintah dalam negara ini. Kalau difikir dengan teliti, kita tak kan jumpa negara-negara yang menjalankan demokrasi tulen dalam dunia ini yang kerajaannya dipimpin sebuah perti dapat hidup sampai 50 tahun. Tengok sahaja Amerika, Perancis, Sepanyol, Britain semua tukar menukar parti pemerintah. Negara komunis sosialis sahaja yang boleh kekal memerintah seperti Cuba dan Korea Utara. Kerajaan yang boleh kekal memerintah hanya apabila mereka dapat melemahkan kekuatan rakyat. Rakyat Malaysia ini telah melemahkan rakyat dengan 3 perkara. Mereka menyebarkan 3 perkara ini di kalangan rakyat untuk melemahkan rakyat.
Kalau rakyat dapat melepasi 3 kata ini, rakyat dapat
meghumban rejim zalim ini. 3 perkara yang saya maksudkan adalah TAKUT, BODEK
dan BODOH.
Kaedah 1: Budaya Takut
Takut adalah senjata ampuh digunakan oleh BN. Rakyat
diSUBURkan dengan budaya takut. TAKUT akan melahirkan PENAKUT. Banyak cara
digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat. Kepada orang Melayu, mereka ditakutkan
dengan Cina. Cina ditakutkan dengan Islam. Rakyat ditakutkan dengan akta ISA,
tindakan mahkamah, negara akan huru hara
tanpa BN. Pegawai kerajaan ditakutkan akan ditukar ke hulu Tembling kalau sokong
pembangkang.Mahasiswa ditakutkan akan
dibuang Universiti kalau sokong pembangkang. Petani ditakutkan tidak akan dapat bantuan
baja kalau sokong pembangkang.
Dengan menyebarkan ketakutan, seluruh rakyat akan
menundukkan kepala tanpa mahu melawan. BN buatlah apapun, rasuahlah berapa juta
pun, rembatlah harta negara berapa bilion pun, semua yang penakut hanya akan
pikir soal periuk nasi sendiri. Semua akan mencari jalan selamat.
Percayalah kepada saya takut ini melahirkan jiwa HAMBA.
Bukan HAMBA kepada ALLAH, tetapi HAMBA UMNO BN yang ngoook itu. Dan harus kita
paham, ketakutan ini akan diwarisi. Selagi tiada generasi dalam masyarakat yang
berani mendokrak benteng TAKUT ini, sampai kiamat BN akan perintah Malaysia.
Kaedah 2 : Budaya Bodek
Hasil kejayaan kaedah 1 [TAKUT] melahirkan budaya kedua
iaitu BODEK. Percayalah BODEK adalah budaya paling hina dalam dunia. Tooobat
paling hina. Bermula dari mind set bahawa BN adalah segala-segalanya, hanya BN
yang dapat membawa kemakmuran, hanya kerana BN maka Malaysia dalam keadaan
aman, maka akan terlahir sekelompok “pak
turut” pencari makan yang akan menjilat apa sahaja yang disuap oleh BN.
Kata seerti bagi bodek adalah pencacai. Jangan terkejut,
saya katakan bahawa budaya bodek ini tidak mengenal batas umur [tua muda],
kelulusan akademik, orang kampung atau orang bandar, kasta masyarakat dan segala faktor demografi. Dalam
Malaysia ini semua pembodek dan pengampu berfikiran sama. Cuma cara bekerja yang
berbeza. Pembodek ini boleh jadi jkkk kampung, ketua cawangan UMNO, kontraktor
kelas F, mahasiswa, pemimpin belia, polis, ahli korporat, hakim-hakim,
profesor-profesor U, peguam negara hinggalah menteri.
Ciri-ciri penting pembodek adalah menunjukkan kesetiaan dan
kepatuhan kepada tuannya. Ibaratnya seekor beruk pemanjat kelapa yang ingin
makan pisang lebih pada hari itu, maka ia harus bekerja keras memastikan agar
kelapa dapat dijatuhkan sebanyak mungkin pada hari itu. Beruk ini tidak boleh
banyak songeh. Tapi, percayalah kepada saya.. beruk ini mulia kerana khidmatnya
kepada manusia. Beruk ini tidak perlu menghadiri kelas atau seminar integriti.
Ia hanyalah seekor beruk.
Berbalik kepada kepada si pencacai.. Pencacai-pencacai ini
akan diuji dahulu oleh tuannya. Siapa yang paling patuh, maka ia layak
dinaikkan pangkat. Sebab tu dalam Universiti di Malaysia ni berapa ramai
pensyarah yang dapat gelaran Profesor bukan kerana banyaknya bilangan buku yang
ditulis atau kertas kerja yang dibentang, tetapi di promote kerana kuat
membodek. Kalau tulis pun setakat buku MIM yang rasanya aku pun boleh tulis.. Mungkin
aku boleh tulis buku WAW, buku LAM ALIF dan buku NUN sabdu.
Selagi rakyat bergantung dengan BN, tiada kemahuan untuk DIY
[do it yourself], sekali lagi saya katakan BN akan perintah Malaysia sampai
bila-bila. Budaya bodek ini harus dilawan dengan budaya MERDEKA! Bukan berjiwa
hamba!
KAEDAH 3: Budaya BODOH
Saya tidak berniat bercakap perkataan yang tidak baik. Tapi
rasa saya tiada kata-kata yang lain yang sesuai untuk digunakan. Saya
mengajukan kaedah ketiga adalah pembodohan.
Pembodohan rakyat ini boleh berlaku sama ada rakyat tidak
diberikan pendidikan yang menyedarkan hak-hak mereka [hingga mereka jadi bodoh]
atau orang itu benar-benar bodoh [walaupun memiliki PhD].Saya ambil contoh di
Sarawak. Sarawak ini memang bumi yang cukup subur. Negerinya kaya dengan
minyak, hutan belantara. Lautannya dalam penuh kurnia Allah.
Tapi Taib Mahmud membodohkan rakyat dengan tidak diberi
pendidikan sempurna. Masyarakat tak belajar tinggi. Sebab itu masih ada
masyarakat di Sarawak tidak memiliki kemudahan elektrik dan air walau sudah 40
tahun merdeka [bagi Sarawak]. Mereka tak tahu bahawa kemudahan asas adalah hak
mereka. Sebab tu Sarawak, Taib Mahmud dan kroni nak merembat berapa juta pun
rembatlah. Tiada siapa yang boleh buat apa-apa.
Rakyat juga dikaburkan dari isu sebenar hingga mereka gagal
membuat keputusan yang tepat. Kebodohan menjadikan rakyat tidak melawan
kezaliman penguasa. Selagi rakyat bodoh dan kekal bodoh, selagi itulah BN dan
UMNO akan terus berkuasa.
INGATAN BUAT ANAK MUDA
Segala terletak di bahu kita untuk mendokbrak segala
kejahatan ini. Jangan berharap kepada ibu dan ayah kita. Mereka sudah terseksa.
Jangan juga harapkan adik-adik kita yang masih mentah. Kita yang harus mengubah
semua ini untuk masa depan adik-adik kita. Kita harus berani, independen dan
bermaklumat. Jangan kekal bodoh, takut dan membodek.
:: Anak muda, ayuh!


