Yang paling heboh BERSIH 3.0 dikaitkan dengan keganasan. Demonstran merusuh, kereta polis dipecahkan, polis dipukul dan sebagainya. Bermula dari Najib Razak, Hishamudin, pemimpin belia, mahasiswa hinggalah makcik tua peniaga goreng pisang di jalan TAR ditemuramah oleh media pro BN. Dan jawapan mereka sekata dan seia. BERSIH ganas!
Untuk mengurangkan serabut kepala dan letih menjawab, terima sahajalah bahawa memang BERSIH 3.0 ganas.
Rakyat juga diasak dengan isu Ambiga Srevanan, co chairperson BERSIH 3.0 yang dikatakan menyokong LGBT. Siapa menyokong Ambiga maka dia bermakna menyokong LGBT. Bahkan ada pandangan yang lebih extrem mengatakan sapa sokong Ambiga maka dia kapir.Maka bagi saya untuk mengurangkan penat menjawab dan serabut di kepala, marilah kita menerima hakikat sememangnya Ambiga ini menyokong LGBT.
Dalam dok bising BERSIH, tup-tup keluar pulak gambar di muka depan Utuseks Malaysia individu yang dikatakan Azmin Ali sedang melakukan seks oral dalam jamban. Hari ni keluar pulak pengakuan Ummi Hafilda mengesahkan gambar berkenaan adalah milik abangnya.
[Apapun aku masih menunggu komen musuh ketat Azmin Ali iaitu Hasan Ali dan Ibrahim Ali..- semuanya anak Ali].
Isu seks adalah isu paling top dalam Malaysia. makcik dan pakcik di felda akan terkejut tahap gaban dengan isu ini. Isu seks akan menjadikan semua mata penonton yang sepet akan menjadi bulat! Semua akan melopong.. Ini samalah dengan isu lubang dubur Saiful bukhari dan China Doll yang dikaitkan dengan Anwar. Bagi aku, persetankanlah isu itu. Tak payah peduli. Bagilah pada Azmin Ali jawab sendiri. Mungkin bagi BN inilah isu yang boleh mengambus isu BERSIH 3.0!
FOKUS.
Najib Razak sepatutnya tidak lupa bahawa 250,000 anak muda yang turun di jalanan pada 28 April di Kuala Lumpur dan 11 bandar di Malaysia adalah dengan satu tema iaitu "BERSIHKAN PILIHANRAYA!". Ini isunya. Najib tak boleh buat-buat lupa. Memang dia boleh divert isu BERSIH kepada ganas, ambiga, gambar lucah.. Tapi ingat 250,000 otak dan 500,000 bijik mata sedang memerhati reaksi Najib atas tuntutan pemulihan pilihanraya dan demokrasi!
Apakah Najib masih mahu menipu? Masih mahu membawak hantu untuk mengundi? Bagaimana pula dengan isu Pengerusi SPR Aziz Mohd ahli UMNO? Ini isu yang sangat parah. Najib kena fikir dalam-dalam.. Do or Die!!
Ingatan buat Najib : Berhentilah menipu.. Kamu boleh belasah kami, kamu boleh penjarakan kami.. tapi kalu tak boleh penjara dan bunuh fikrah yang ada dalam kepala kami.. 250,00 rakyat ini pasti tidak akan berdiam diri.. PASTI!

