4/15/2012

RAKYAT MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA.



Kelmarin sekumpulan Mahasiswa mengumpul kekuatan kuantiti untuk berarak ke Dataran Merdeka. Tuntutan mereka hanya satu. HAPUSKAN PTPTN. HAPUSKAN PTPTN. HAPUSKAN PTPTN.

Pendidikan ada hak semua rakyat. Pendidikan bukan PERNIAGAAN. Dengan memberikan pendidikan yang baik, maka rakyat yang berpengetahuan akan membangunkan negara. Mudah bicara, PENDIDIKAN ADALAH PELABURAN NEGARA PALING LUMAYAN!!

Semua ini bermula pada tahun 1996 apabila Mahathir menarik biasiswa dan memperkenalkan PTPTN kepada rakyat. PTPTN ini adalah ibarat ALONG terbesar negara. Menjerut tengkuk rakyat seawal usia 22 tahun untuk berhutang. Masyarakat berhutang adalah masyarakat berjiwa hamba. Harus bekerja saban hari demi melunaskan hutang. Ini permainan UMNO sebenarnya.. Masyarakat berhutang TAKUT BANGUN MELAWAN!

Dah percayalah, MALAYSIA mampu menanggung PENDIDIKAN PERCUMA INI dengan hasil mashul yang kita miliki. Kita punya minyak [kita pengimport minyak], namun apakah kita pernah merasai hasil perdagangan setiap TITIK PETROLEUM DAN GAS yang keluar dari perut Tanah Air kita ini? Semuanya dirembat oleh pihak tertentu sahaja.

Bahkan banyak sahaja negara-negara yang menyediakan pendidikan percuma. Contohnya Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary, Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad, Tobago, Brunei, Turkey, Oman, dan Saudi Arabia.

NOTA :: “Hapus Hutang Kroni Tajuddin Ramli RM 580 juta boleh, Hapus PTPTN Bengkrap Negara..”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...