4/15/2012

PENDIDIKAN PERCUMA ADALAH KEWAJIPAN KERAJAAN


Saya telah menelusuri perjuangan anak-anak mahasiswa yang gigih menentang pemansuhan PTPTN sekaligus MENUNTUT pendidikan percuma bagi negara ini. Kalau tidak kerana demam yang teruk pada 14 April 2012 yang lalu, saya tentu sahaja akan turun membanjiri Dataran Merdeka.
Sudah menjadi kebiasaan kenyataan yang akan keluar dari mulut Menteri atau Perdana Menteri adalah untuk meniupkan rasa mustahil perkara tersebut dapat dijalankan dalam konteks Malaysia. Ini adalah satu taktik meredakan amarah rakyat atas tuntutan yang dikemukan. Selain itu, mereka juga akan menakut-nakutkan rakyat dengan istilah ekonomi seperti BENGKRAP DAN INFLASI.
Lihat sahaja, apabila Najib menaikkan harga minyak, maka rakyat telah memprotes atas agar harga minyak dikurangkan. Rakyat turun ke jalan raya membawa sepanduk, menentang dasar itu. Najib segera menyatakan sekiranya harga minyak diturunkan, NEGARA AKAN BENGKRAP.
Apabila rakyat merempat dengan kenaikan harga barang, rakyat melalui Kesatuan Sekerja telah bangun menuntut GAJI MINIMA kepada Pak Lah. Pak Lah telah me”respon” dengan selamba “INFLASI Negara akan Naik”. Rakyat diam.
Sekali lagi apabila Mahasiswa [bahkan 1.9 juta pemimjam PTPTN] menuntuk hutang mereka dihapuskan, Najib telah menjawab “NEGARA AKAN BENGKRAP”. BANGKRAP, BANGKRAP, BANGKRAP!!
Sebagai rakyat marhaen yang tidak mahir ekonomi, semua ini akan ditelah hidup-hidup dan amarah rakyat akan reda..
Namun, pada pemerhatian saya, setelah para pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan “political will” untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan PENDIDIKAN PERCUMA kepada rakyat, ternyata ini benar-benar memberikan impak yang besar kepada kepimpinan NAJIB.
Rakyat telah mula sedar bahawa PERDIDIKAN BUKAN PERNIAGAAN. PERDIDIKAN ADALAH HAK RAKYAT. HAK SETIAP RAKYAT. Pendidikan adalah kewajipan kerajaan untuk disediakn kepada Rakyat. Syria bumi Sosialis itu pun menyediakan pendidikan PERCUMA, kena Malaysia tidak boleh?
Tidak mustahil Najib dan Rosmah akan tumbang dengan isu ini. Bayangkan kalau 70 peratus penghutang PTPTN memberikan sokongan kepada PR, PR telah ada 1.33 juta undi.. Dan PR juga harus ingat, komitmen anda ini akan dituntut!!
NOTA:: Negara akan bengkrap dengan pemborosan Najib dan Kroni.. Bukan dengan menyediakan pendidikan PERCUMA. Rakyat yang terdidikan akan terus membangunkan negara!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...