11/18/2013

Allah itu sayangkan hamba-hambaNya.


Allah adalah tuhan kita semua. Kita diajar untuk hidup dan mati kerana Allah.
Allah jadikan hidup dan mati kita untuk menguji di kalangan kita siapa yang paling baik amalannya.

Sebagai hamba Allah, ingatlah bahawa segala takdir Allah kepada kita, semuanya mengandungi hikmah yang besar. Sungguh Allah tidak pernah menganiayai hambaNya. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Yakin dan percayalah.

Allah itu adalah kekuatan. Kekuatan hanya datang dari Allah. Kalau kita mencari kekuatan, cari Allah dahulu. InsyaAllah kita akan bertemu dengan kekuatan yang sebenar.

Mencari Allah tidak susah. Selangkah kita menujuNya, Allah terus mendapatkan kita. Allah itu Maha Pengasih kepada para hambaNya.

Sesiapa yang mendapat Allah dalam hidupnya, maka dia telah mendapat segala-galanya dalam hidup. Sesiapa yang tidak dapat keredhaan Allah dalam hidup, dia telah gagal seumur hidupnya.

Sahabat, persoalan sekarang

"Apakah kita benar-benar hamba Allah?"

jangan sombong sangat wahai manusia..

Allah tanya manusia dalam Surah 'Abasa

A017
Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
A018
(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -
A019
Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
A020
Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);
A021
Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;
A022
Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).
A023
Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

2/20/2013

Najib Tipu PRU 13, Kita Bangkit Buat Revolusi - Pt 2


Saya menyambung tulisan saya tentang kepentingan pemikiran Revolusi sekiranya kita ditipu dalam PRU 13 oleh Najib dan SPR.  Saya mengutarakan 3 cara menumbangkan kerajaan zalim iaitu Pilihanraya, Revolusi dan Peperangan. Saya juga telah memberikan contoh kepada kawan-kawan keberkesanan ketiga-tiga kaedah ini dalam sejarah beberapa negara.

Bagi Malaysia kita masih menunggu penuh sabar melalui saluran Pilihanraya. Ya, tapi tiada jaminan kesabaran ini ada batasnya.

Kemenangan PR telah dijangka oleh ramai tokoh penganalisis.  Kenyataan ini dicongakkan oleh saudara Azrul Azwar, Ketua Ekonomis Bank Islam Berhad. Ia juga disokong oleh kajian UMCEDEL (University Malaya Centre For Democracy and Election) bahawa sokongan rakyat kepada PR dalam PRU 13. Senang paham PR berpotensi besar menang dalam PRU 13.

Pakatan Rakyat telah mengumpulkan seluruh kekuatan untuk mendobrak UMNO-BN. Partisipasi segala NGO - Bersih, Anak, Hijau, Royalti dan sebagainya. Namun percayalah segala perjuangan itu akan hancur dan tiada maknanya kalau daftar pemilih tipu dan kita ditipu dalam PRU 13. Takde maknanya! UMNO ini sepatutnya telah mati 20 tahun dulu. tetapi kerana ada persempanan semula dan penipuan daftar pemilih, penipuan undi pos, itulah memanjangkan hayat BN.

Kalau kena tipu dalam PRU 13, marilah kawan-kawan kita pikir kaedah lain. Selama ini PRU dibuat hanya untuk meRASMIkan kuasa UMNO. Semua tipu. Takde maknanya buat PR. Kalau terus ditipu dalam PRU 13, mari kita fikirkan kaedah kedua REVOLUSI. REVOLUSI adalah kaedah praktikal. REVOLUSI adalah cakap dan buat. Tak guna turun naik mahkamah buat bantahan kalau kena tipu dalam PRU13. Mahkamah pun UMNO punya.

Oleh kerana tiada apa yang boleh diharapkan untuk mendengar aduan kita, maka kita jangan harap Polis, Mahkamah akan menolong kita. Rakyat harus bergantung pada diri rakyat sendiri.

Rakyat Malaysia Harus Bersedia Buat Revolusi Kalau Najib Tipu PRU13.

Mungkin ada yang ragu. Mampukah rakyat Malaysia buat Revolusi? Saya berpendapat rakyat Malaysia boleh! Rakyat telah mula berlatih buat revolusi dalam banyak himpunan yang dianjurkan PR. Bermula dari Bersih 1.0 , Bersih 2.0, Bersih 3.0, Anti PPSMI, Anti ISA,  Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).. Ini adalah latihan yang bagus. Berlatih menjadi berani. Maknanya keberanian telah ada. Cuma perlu diperkuatkan lagi. Kerana revolusi menuntut stamina dari para demonstran. Daya tahan ini boleh dibentuk dengan menanam cintakan agama dan tanah air. Hanya dengan 2 cinta ini, rakyat boleh bertahan. Kita harus berkorban untuk tanah air dan agama kita.

Apakah cara membentuk Revolusi?

Dosa UMNO kepada rakyat terlalu banyak. Tak payah nak criter. Membentuk gelombang REVOLUSI mesti dengan menyedarkan kejahatan BN-UMNO. Semua rakyat sudah marah.Sebarkan cerita jahat UMNO di kalangan rakyat. Biarkan rakyat marah kepada UMNO. Lagi ramai marah lagi bagus. Itu cara praktikal. Rakyat Malaysia telah penat dalam politik. Orang yang penat bisa mengamuk jika terus ditekan. Saya positif option ini boleh digunakan keepada seluruh rakyat sekiranya UMNO-BN menipu dalam PRU 13.

Anak muda, sila sedia untuk berkorban! Demi tanah air tercinta, MALAYSIA! Kalau kena tipu PRU 13, kami janji akan bangkit dengan REVOLUSI!

Ingat pesan Tuan Guru tercinta!

HARAM MENYERAH KALAH KEPADA UMNO-BN
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Presiden
Parti Islam SeMalaysia




2/08/2013

Najib Tipu PRU 13, Kita Bangkit Buat REVOLUSI - part1

Pada hari ini saya ingin mengutarakan sebuah pandangan yang bertentangan dengan kebanyakkan orang berkaitan  PRU 13. Ramai kawan-kawan yang beranggapan PRU 13, PR akan menang dengan sokongan yang ada. Saya berpendapat PR akan kalah dalam PRU 13 ini. Ini kerana pilihanraya adalah penipuan. Penipuan dalam pelbagai bentuk.




Ingat! penipuan PRU 13 bukan rekaan, dongeng atau mistik. Ia benar-benar berlaku. Ia sedang berjalan. Ia telah berjalan..

Bentuk-bentuk penipuan dalam PRU tak perlu saya huraikan detail. Pada waktu ini, Daftar Pemilih masih lagi kotor. Penuh dengan nama-nama aneh, etnik ganjil, satu rumah 100 orang tinggal. banglada dapat IC, Indon dapat IC.. Undi Pos tetap diperluaskan. Senang cerita tiada apa perubahan dalam Sistem Pilihanraya Malaysia walau dah 3 kali demo BERSIH dibuat! Penipuan diteruskan.




Tulisan saya ini saya ajukan untuk memberi pencerahan kepada pembaca kaedah melawan yang lain yang mungkin boleh dilakukan.

Jadi kalau rakyat ditipu dalam PRU 13 dan kalah, agak-agak apa rakyat nak buat?

Repot polis, Polis milik UMNO. Bawa ke Mahkamah? Hakim dipilih oleh UMNO.

Buat bantah kepada SPR?  SPR adalah cawangan UMNO

Desak tubuh Suruhanjaya DiRaja- Tetap memihak kepada UMNO.

Media Massa milik UMNO- semua milik UMNO!

Peguam Negara? Macai UMNO. Kalau kita kena tipu, tiada siapa boleh tolong kita! Hantar memorandum tak guna, mesyuarat banyak-banyak tak guna, ceramah siang malam pun tak guna KALAU KITA KENA TIPU dalam PRU 13.

Oleh itu, saya mahu MENGAHSUT semua PEMBACA, kalau ada penipuan dalam PRU 13, kita guna kaedah yang lain dipanggil REVOLUSI.


MENUMBANGKAN REJIM : ANTARA PILIHANRAYA, REVOLUSI DAN PEPERANGAN.

Saya akan menghuraikan tentang kaedah menumbangkan penguasa zalim, Dalam dunia hanya ada 3 cara untuk menumbangkan penguasa zalim iaitu Pilihanraya, Revolusi dan Peperangan.

Kaedah paling popular tentu sekali PILIHANRAYA. Kaedah ini terbukti boleh menukar kerajaan di banyak negara dalam dunia. Contoh :. Amerika, Britain, Indonesia (selpas jatuh Suharto), Turki (walu ditekan hebat) dan banyak lagi negara lain- Selagi ada ruang demokrasi, kaedah ini boleh dilakukan. Negara mereka menukar pemimpin yang gagal melaksanakan kerja. Rakyat punya check balance yang kuat. Inilah kaedah terbaik yang kita mahukan. Kaedah paling selamat dan mudah.

Kaedah PEPERANGAN juga boleh digunakan dan terbukti boleh boleh menumbang rejim zalim. Lihat Pejuang Checen (menguasai Kaukasia), Fidel Castro dan Che Guevara (walaupun akhirnya Fidel menjadi diktator- dah kapir macam tu la) berjaya menguasai Cuba dengan Gerila Warfare. Di Afghanistan juga berjaya dilakukan kaedah ini - pada Mujahidin berperang menghalau Soviet Union. Kaedah ini juga sedang berjalan di Syria. Kita doakan kejayaan Tentera Pembebasan Syria.. Amin ya Allah! Senang cerita, peperangan boleh menumbangkan kuasa zalim yang ingin menguasai kita. Namun, pada hemat saya kaedah ini tidak boleh dilaksanakan kerana mengundang mudarat yang besar, sedang kita masih ada kaedah lain. Dan kita tak mahu peperangan. Cuma nak cerita ada negara guna kaedah ini.

Kaedah REVOLUSI adalah kaedah yang tak popular di Malaysia ini. Orang Malaysia ini baik-baik. Ia popular di Thailand. Kaedah ini berjaya dilakukan di Mesir, Tunisia dan Iran. Kaedah ini perlu dilakukan sebagai option kalau PILIHANRAYA penuh dengan penipuan, dan kita melawan Diktator Zalim. Kaedahnya senang sahaja. Rakyat berkumpul di ibu-ibu kota selama 20 hari, ekonomi lumpuh dan kerajaan akan turun. Ini yang dibuat untuk mengahadapi Diktator seperti Suharto, Hosni Mubarak dan Zein Ben Ali. Kaedah ini sangat berkesan memberi tekanan. Kaedah ini mungkin memakan korban, ada yang dibunuh dan sebagainya. Namun, nyawa itu lebih kecil dari tanah air. . Kita harus bersedia dengan kaedah ini dalam UMNO tipu PRU!

Penipuan pilihanraya mewajipkan kita ke jalanraya


Kita harus memilih kaedah ini kalau UMNO dan BN terus menerus menipu dalam PRU. Kerana kalau tidak dengan Revolusi, Malaysia ini akan terus dijajah oleh UMNO sampai kiamat dengan penipuan dalam PRU!

Apa lagi nak tunggu? UMNO buat bodoh dengan semua tuntutan kita. NAk report pada sae? Sape nak peduli aduan kita? Kita hanya ada diri sendiri untuk ubah nasib kita. Kita tak boleh harap Polis, TV atau sape lagi. Inilah kaedah praktikal kalau kita terus ditipu dalam PRU 13. Kita buat revolusi sahaja.

Nota:
Kita berdoa kepada Allah, semoag Allah beri  kemenangan kepada kita dalam PRU 13 ini. Kita mohon kepada Allah, moga Allah kalahkan UMNO dengan tipu daya mereka sendiri. Awas, penipuan sedang berjalan. Kalau kamu tipu PRU, rakyat bangkit HUMBAN kamu dengan Revolusi!

Ini lagu REFORMASI, bukan REVOLUSI. Sila layan.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...