Allah jadikan hidup dan mati kita untuk menguji di kalangan kita siapa yang paling baik amalannya.
Sebagai hamba Allah, ingatlah bahawa segala takdir Allah kepada kita, semuanya mengandungi hikmah yang besar. Sungguh Allah tidak pernah menganiayai hambaNya. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Yakin dan percayalah.
Allah itu adalah kekuatan. Kekuatan hanya datang dari Allah. Kalau kita mencari kekuatan, cari Allah dahulu. InsyaAllah kita akan bertemu dengan kekuatan yang sebenar.
Mencari Allah tidak susah. Selangkah kita menujuNya, Allah terus mendapatkan kita. Allah itu Maha Pengasih kepada para hambaNya.
Sesiapa yang mendapat Allah dalam hidupnya, maka dia telah mendapat segala-galanya dalam hidup. Sesiapa yang tidak dapat keredhaan Allah dalam hidup, dia telah gagal seumur hidupnya.
Sahabat, persoalan sekarang
"Apakah kita benar-benar hamba Allah?"
