11/18/2013

Allah itu sayangkan hamba-hambaNya.


Allah adalah tuhan kita semua. Kita diajar untuk hidup dan mati kerana Allah.
Allah jadikan hidup dan mati kita untuk menguji di kalangan kita siapa yang paling baik amalannya.

Sebagai hamba Allah, ingatlah bahawa segala takdir Allah kepada kita, semuanya mengandungi hikmah yang besar. Sungguh Allah tidak pernah menganiayai hambaNya. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Yakin dan percayalah.

Allah itu adalah kekuatan. Kekuatan hanya datang dari Allah. Kalau kita mencari kekuatan, cari Allah dahulu. InsyaAllah kita akan bertemu dengan kekuatan yang sebenar.

Mencari Allah tidak susah. Selangkah kita menujuNya, Allah terus mendapatkan kita. Allah itu Maha Pengasih kepada para hambaNya.

Sesiapa yang mendapat Allah dalam hidupnya, maka dia telah mendapat segala-galanya dalam hidup. Sesiapa yang tidak dapat keredhaan Allah dalam hidup, dia telah gagal seumur hidupnya.

Sahabat, persoalan sekarang

"Apakah kita benar-benar hamba Allah?"

jangan sombong sangat wahai manusia..

Allah tanya manusia dalam Surah 'Abasa

A017
Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
A018
(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -
A019
Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
A020
Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);
A021
Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;
A022
Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).
A023
Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

2/20/2013

Najib Tipu PRU 13, Kita Bangkit Buat Revolusi - Pt 2


Saya menyambung tulisan saya tentang kepentingan pemikiran Revolusi sekiranya kita ditipu dalam PRU 13 oleh Najib dan SPR.  Saya mengutarakan 3 cara menumbangkan kerajaan zalim iaitu Pilihanraya, Revolusi dan Peperangan. Saya juga telah memberikan contoh kepada kawan-kawan keberkesanan ketiga-tiga kaedah ini dalam sejarah beberapa negara.

Bagi Malaysia kita masih menunggu penuh sabar melalui saluran Pilihanraya. Ya, tapi tiada jaminan kesabaran ini ada batasnya.

Kemenangan PR telah dijangka oleh ramai tokoh penganalisis.  Kenyataan ini dicongakkan oleh saudara Azrul Azwar, Ketua Ekonomis Bank Islam Berhad. Ia juga disokong oleh kajian UMCEDEL (University Malaya Centre For Democracy and Election) bahawa sokongan rakyat kepada PR dalam PRU 13. Senang paham PR berpotensi besar menang dalam PRU 13.

Pakatan Rakyat telah mengumpulkan seluruh kekuatan untuk mendobrak UMNO-BN. Partisipasi segala NGO - Bersih, Anak, Hijau, Royalti dan sebagainya. Namun percayalah segala perjuangan itu akan hancur dan tiada maknanya kalau daftar pemilih tipu dan kita ditipu dalam PRU 13. Takde maknanya! UMNO ini sepatutnya telah mati 20 tahun dulu. tetapi kerana ada persempanan semula dan penipuan daftar pemilih, penipuan undi pos, itulah memanjangkan hayat BN.

Kalau kena tipu dalam PRU 13, marilah kawan-kawan kita pikir kaedah lain. Selama ini PRU dibuat hanya untuk meRASMIkan kuasa UMNO. Semua tipu. Takde maknanya buat PR. Kalau terus ditipu dalam PRU 13, mari kita fikirkan kaedah kedua REVOLUSI. REVOLUSI adalah kaedah praktikal. REVOLUSI adalah cakap dan buat. Tak guna turun naik mahkamah buat bantahan kalau kena tipu dalam PRU13. Mahkamah pun UMNO punya.

Oleh kerana tiada apa yang boleh diharapkan untuk mendengar aduan kita, maka kita jangan harap Polis, Mahkamah akan menolong kita. Rakyat harus bergantung pada diri rakyat sendiri.

Rakyat Malaysia Harus Bersedia Buat Revolusi Kalau Najib Tipu PRU13.

Mungkin ada yang ragu. Mampukah rakyat Malaysia buat Revolusi? Saya berpendapat rakyat Malaysia boleh! Rakyat telah mula berlatih buat revolusi dalam banyak himpunan yang dianjurkan PR. Bermula dari Bersih 1.0 , Bersih 2.0, Bersih 3.0, Anti PPSMI, Anti ISA,  Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).. Ini adalah latihan yang bagus. Berlatih menjadi berani. Maknanya keberanian telah ada. Cuma perlu diperkuatkan lagi. Kerana revolusi menuntut stamina dari para demonstran. Daya tahan ini boleh dibentuk dengan menanam cintakan agama dan tanah air. Hanya dengan 2 cinta ini, rakyat boleh bertahan. Kita harus berkorban untuk tanah air dan agama kita.

Apakah cara membentuk Revolusi?

Dosa UMNO kepada rakyat terlalu banyak. Tak payah nak criter. Membentuk gelombang REVOLUSI mesti dengan menyedarkan kejahatan BN-UMNO. Semua rakyat sudah marah.Sebarkan cerita jahat UMNO di kalangan rakyat. Biarkan rakyat marah kepada UMNO. Lagi ramai marah lagi bagus. Itu cara praktikal. Rakyat Malaysia telah penat dalam politik. Orang yang penat bisa mengamuk jika terus ditekan. Saya positif option ini boleh digunakan keepada seluruh rakyat sekiranya UMNO-BN menipu dalam PRU 13.

Anak muda, sila sedia untuk berkorban! Demi tanah air tercinta, MALAYSIA! Kalau kena tipu PRU 13, kami janji akan bangkit dengan REVOLUSI!

Ingat pesan Tuan Guru tercinta!

HARAM MENYERAH KALAH KEPADA UMNO-BN
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Presiden
Parti Islam SeMalaysia




2/08/2013

Najib Tipu PRU 13, Kita Bangkit Buat REVOLUSI - part1

Pada hari ini saya ingin mengutarakan sebuah pandangan yang bertentangan dengan kebanyakkan orang berkaitan  PRU 13. Ramai kawan-kawan yang beranggapan PRU 13, PR akan menang dengan sokongan yang ada. Saya berpendapat PR akan kalah dalam PRU 13 ini. Ini kerana pilihanraya adalah penipuan. Penipuan dalam pelbagai bentuk.




Ingat! penipuan PRU 13 bukan rekaan, dongeng atau mistik. Ia benar-benar berlaku. Ia sedang berjalan. Ia telah berjalan..

Bentuk-bentuk penipuan dalam PRU tak perlu saya huraikan detail. Pada waktu ini, Daftar Pemilih masih lagi kotor. Penuh dengan nama-nama aneh, etnik ganjil, satu rumah 100 orang tinggal. banglada dapat IC, Indon dapat IC.. Undi Pos tetap diperluaskan. Senang cerita tiada apa perubahan dalam Sistem Pilihanraya Malaysia walau dah 3 kali demo BERSIH dibuat! Penipuan diteruskan.




Tulisan saya ini saya ajukan untuk memberi pencerahan kepada pembaca kaedah melawan yang lain yang mungkin boleh dilakukan.

Jadi kalau rakyat ditipu dalam PRU 13 dan kalah, agak-agak apa rakyat nak buat?

Repot polis, Polis milik UMNO. Bawa ke Mahkamah? Hakim dipilih oleh UMNO.

Buat bantah kepada SPR?  SPR adalah cawangan UMNO

Desak tubuh Suruhanjaya DiRaja- Tetap memihak kepada UMNO.

Media Massa milik UMNO- semua milik UMNO!

Peguam Negara? Macai UMNO. Kalau kita kena tipu, tiada siapa boleh tolong kita! Hantar memorandum tak guna, mesyuarat banyak-banyak tak guna, ceramah siang malam pun tak guna KALAU KITA KENA TIPU dalam PRU 13.

Oleh itu, saya mahu MENGAHSUT semua PEMBACA, kalau ada penipuan dalam PRU 13, kita guna kaedah yang lain dipanggil REVOLUSI.


MENUMBANGKAN REJIM : ANTARA PILIHANRAYA, REVOLUSI DAN PEPERANGAN.

Saya akan menghuraikan tentang kaedah menumbangkan penguasa zalim, Dalam dunia hanya ada 3 cara untuk menumbangkan penguasa zalim iaitu Pilihanraya, Revolusi dan Peperangan.

Kaedah paling popular tentu sekali PILIHANRAYA. Kaedah ini terbukti boleh menukar kerajaan di banyak negara dalam dunia. Contoh :. Amerika, Britain, Indonesia (selpas jatuh Suharto), Turki (walu ditekan hebat) dan banyak lagi negara lain- Selagi ada ruang demokrasi, kaedah ini boleh dilakukan. Negara mereka menukar pemimpin yang gagal melaksanakan kerja. Rakyat punya check balance yang kuat. Inilah kaedah terbaik yang kita mahukan. Kaedah paling selamat dan mudah.

Kaedah PEPERANGAN juga boleh digunakan dan terbukti boleh boleh menumbang rejim zalim. Lihat Pejuang Checen (menguasai Kaukasia), Fidel Castro dan Che Guevara (walaupun akhirnya Fidel menjadi diktator- dah kapir macam tu la) berjaya menguasai Cuba dengan Gerila Warfare. Di Afghanistan juga berjaya dilakukan kaedah ini - pada Mujahidin berperang menghalau Soviet Union. Kaedah ini juga sedang berjalan di Syria. Kita doakan kejayaan Tentera Pembebasan Syria.. Amin ya Allah! Senang cerita, peperangan boleh menumbangkan kuasa zalim yang ingin menguasai kita. Namun, pada hemat saya kaedah ini tidak boleh dilaksanakan kerana mengundang mudarat yang besar, sedang kita masih ada kaedah lain. Dan kita tak mahu peperangan. Cuma nak cerita ada negara guna kaedah ini.

Kaedah REVOLUSI adalah kaedah yang tak popular di Malaysia ini. Orang Malaysia ini baik-baik. Ia popular di Thailand. Kaedah ini berjaya dilakukan di Mesir, Tunisia dan Iran. Kaedah ini perlu dilakukan sebagai option kalau PILIHANRAYA penuh dengan penipuan, dan kita melawan Diktator Zalim. Kaedahnya senang sahaja. Rakyat berkumpul di ibu-ibu kota selama 20 hari, ekonomi lumpuh dan kerajaan akan turun. Ini yang dibuat untuk mengahadapi Diktator seperti Suharto, Hosni Mubarak dan Zein Ben Ali. Kaedah ini sangat berkesan memberi tekanan. Kaedah ini mungkin memakan korban, ada yang dibunuh dan sebagainya. Namun, nyawa itu lebih kecil dari tanah air. . Kita harus bersedia dengan kaedah ini dalam UMNO tipu PRU!

Penipuan pilihanraya mewajipkan kita ke jalanraya


Kita harus memilih kaedah ini kalau UMNO dan BN terus menerus menipu dalam PRU. Kerana kalau tidak dengan Revolusi, Malaysia ini akan terus dijajah oleh UMNO sampai kiamat dengan penipuan dalam PRU!

Apa lagi nak tunggu? UMNO buat bodoh dengan semua tuntutan kita. NAk report pada sae? Sape nak peduli aduan kita? Kita hanya ada diri sendiri untuk ubah nasib kita. Kita tak boleh harap Polis, TV atau sape lagi. Inilah kaedah praktikal kalau kita terus ditipu dalam PRU 13. Kita buat revolusi sahaja.

Nota:
Kita berdoa kepada Allah, semoag Allah beri  kemenangan kepada kita dalam PRU 13 ini. Kita mohon kepada Allah, moga Allah kalahkan UMNO dengan tipu daya mereka sendiri. Awas, penipuan sedang berjalan. Kalau kamu tipu PRU, rakyat bangkit HUMBAN kamu dengan Revolusi!

Ini lagu REFORMASI, bukan REVOLUSI. Sila layan.






12/02/2012

Akhirnya UMNO Berhenti Melalak.

Kelmarin para perwakilan UMNO berhenti melalak dengan berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Najib menyeru seluruh ahli UMNO bangun mempertahankan negara. Padahal rakyat terpinga-pinga, siapa yang mahu menyerang Malaysia ini? Apakah Singapura? Atau Indonesia? Tiada siapa yang mahu serang Malaysia. Gegak gempita lalakkan suara Najib dan perwakilan UMNO hanya kosong. Mereka bimbang tersingkir dari kuasa hakikatnya.

Najib juga menjerit mengajar rakyat mempertahankan Islam. Najib bersumpah dengan nama Allah akan mempertahankan Islam. Ini sangat aneh. Najib sepatutnya memulakan dengan mendakwah Rosmah Mansor pakai tudung elok-elok dan jangan syok sangat berdakap sana-sini. Rosmah ni biawak hidup bagi Najib.




Rosmah sama macam Khairy Jamaludin masa zaman Pak Lah. Orang malas serang Pak lah, orang serang Khairy. Yang busuk Pak Lah juga. Sekarang Najib dan Wanita UMNO kena tengok Rosmah sikit. Shahrizat lepas kantoi kes lembu terus pergi haji dan balik pakai tudung. Tu pun masih cuba nak selak kain tahun lepas. Boleh la tahan sikit nak bercakap pasal Islam. Tapi Rosmah? Jauh panggang dari api.


[Rosmah berjoget mempertahankan Islam- Video di dalam]

Jangan lupa siapakah yang telah menyekat bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat kalau bukan UMNO? Apakah Najib lupa tuduhan dia bahawa sekolah agama rakyat di Kelantan melahirkan pengganas? Sekolah agama rakyat yang melahirkan ramai ulamak di anak tirikan dalam bajet Najib yang 2013. Inikah usaha Najib mempertahankan Islam? Penipu! [Gambar]

 Demonstrasi para pelajar sekolah agama rakyat depan parlimen. Kenapa dalam Bajet 2013 langsung tiada peruntukkan untuk sekolah agama rakyat? Sekolah agama rakyat ini semuanya melayu. Cina sorang pun takde. Inikah usaha Najib mempertahankan Islam?

 Sekolah Cina dapat RM 100 juta, sekolah mubaligh Kristian dapat RM 100 juta, Sekolah India dapat RM 100 juta. Kenapa sekolah agama rakyat tak dapat 1 sen? Bangla ke belajar kat sekolah ni?

Ratusan ribu pelajar, guru dan kakitangan sekolah agama rakyat dianaktirikan oleh Najib. Sembang nak pertahan agama.

Para ustaz sekolah agama terus bangkit menuntut hak mereka! Bangun, kalahkan BN dan angkat PR.. Sekolah agama rakyat akan lebih terbela. Yakinlah!

Ada yang menangis dalam PAU kali ini. Mamat mengaji Tokyo dengar khabar. Menangis kerana Melayu hilang kuasa. Hilang kuasa apa kebendanya. Bukankah selama 55 tahun UMNO- BN perintah Malaysia ni. Kenapa salahkan PR pulak. PR ni baru ada tak sampai 5 tahun. Apa yang UMNO-BN buat sampai bangsa ni jahanam macam ni sekali?


Wayang dengan air mata. Yang merompak duit lembu adalah Sharizat laki bini anak beranak. Yang jual Tanah milik Melayu UMNO. Yang lesapkan duit buruh paksa RM 207 billion UMNO. Apa pasal ko menangis? UMNO yang perintah negara sekarang!

Tetapi yang paling menyedihkan, aku melihat betapa rosaknya sistem negara ini. Aku tidak beriman dengan demokrasi. Tetapi oleh kerana semua berjanji mahu bergerak atas landasan demokrasi, maka keadilan wajib ditegakkan. Najib memerangi semua parti pembangkang. Menyerang PR habis-habisan. Ucapannya cukup provokasi dan biadap. Betapa jahanam sistem negara dengan monopoli satu kuasa. [Video]



Sudah tiba seleuruh rakyat bersatu hati menibai Najib dalam PRU 13. Berkat doa Tok Guru Nik Aziz yang diaminkan oleh TG Harun Din dan seluruh pendokong gerakan Islam, kita kuburkan UMNO-BN dalam PRU 13 nanti! Janji..

11/29/2012

Scorpene: Malaysia Shuts Doors On The Truth



Jangan hanya menonton TV3 dan membaca Utusan Malaysia. Disyorkan agar saudara meneliti video ini. Macamana nak menang kalau banyak sangat biawak hidup yang dipikul UMNO. Kes pembelian kapal selam malaysia sekarang sedang disiasat di Perancis..

Najib2x.. Lenakah tidurmu? kah3x..

11/28/2012

Nasihat Saya Buat Najib Tentang Shahrizat

Siang laung Hidup Melayu, Malam rembat duit lembu!

Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung sekarang. Oleh yang demikian saya mahu mengutarakan  nasihat buat Najib dan seluruh perwakilan Wanita UMNO. Nasihat yang saya maksudkan adalah berkaitan Shahrizat, Ketua Wanita UMNO sekarang.

Pertama,
Sedarkah kamu wahai Najib dan Wanita UMNO, Shahrizat adalah bebanan yang besar buat kalian? Terimalah hakikat ini! Najib menjerit menyeru seluruh perwakilan siap menghadapi PRU 13. Sedarkah kalian bahawa parti yang akan menang dalam PRU bukanlah parti yang paling sibuk melaungkan menifesto itu dan ini, TETAPI parti yang akan menang adalah parti yang PALING KURANG MELAKUKAN KESILAPAN! Parti yang paling kurang silap akan menang besar.

Kes skandal lembu Shahrizat adalah kes yang menjadi bahan ketawa dalam ceramah Pakatan Rakyat. Sebut sahaja pasal Shahrizat, maka akan dikaitkan dengan lembu. Bukan setakat itu, Shahrizat juga dikaitkan dengan kondo mewah, perbelanjaan besar anak beranak dan sebagainya. PR telah berjaya memanipulasi skandal lembu ini untuk menyedarkan rakyat betapa korupnya UMNO. Hakikatnya Shahrizat ini adalah bebanan buat BN.

Kedua, kamu juga harus sedar bahawa pengundi wanita memainkan peranan yang besar dalam menentukan kemenangan mana-mana parti politik. Ya, hal ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Watak Shahrizat yang telah terpalit dengan skandal lembu ini ternyata akan memberikan gambaran buruk kepada seluruh pengundi wanita.

Saranan saya pilihlah orang lain,.Tukar sahaja kepala Wanita UMNO ini. Apakah Wanita UMNO dah ketandusan kepimpinan untuk menjadi ketua Wanita UMNO? Kenapa harus Shahrizat ini? Dia anak beranak merembat duit lembu. Rakyat benci dan menyampah pada dia. Dia ni kalau letak lagi di kerusi Lembah pantai tooobat kalah. Kalau nak menang pun letaklah di kerusi yang ada felda. Itu pun belum tentu sebab, kes lembu senang difahami orang kampung.

# Ubahlah Najib. Kah3x..

11/09/2012

Chua Soi Lek adalah Biawak Hidup BN. Buanglah biawak ini!

Kaki porno yang suka menghina Islam

Chua Soi Lek memang selalu bikin kacau undi Melayu Islam pada BN. Chua Soi Lek ini adalah bekas Menteri Kesihatan Malaysia yang pernah mengaku secara terang-terang bahawa dia telah melakukan seks dengan pelacur. Pada waktu itu BN heboh menibai Anwar kononnya meliwat Saiful Bukhari. Akhirnya mahkamah tinggi Kuala Lumpur dapati Anwar tak bersalah. 

Yang terbaru, beliau telah menghina hukum Islam bahawa mana-mana negara yang melaksanakan hukum Islam, mereka adalah negara mundur dan terbelakang. Kenyataan ini adalah peluru maut yang akan digunakan oleh PR untuk menibai BN. Presiden UMNO berdiam seribu bahasa tanpa respon. 

Aku tidak pasti apakah BN tak merasa bebanankah memikul biawak hidup ini? Chua ini telah menyusahkan BN dengan lidah dan zakarnya! Buangkan sahaja!

7/03/2012

Kemenangan Dr Morsi adalah Inspirasi Anak Muda Islam!



Segala puji kepada Allah jua yang telah memenangkan Dr Mohd Morsi sebagai Presiden Mesir. 

Sesungguhnya kemenangan adalah kurnia Allah kepada hambanya yang dikehendaki. Tiada siap boleh memaksa Allah memberikan kemenanganNya, tiada pula siapa dapat menahannya. 

Pemerintah Mesir sememangnya dikenali mempusakai kekejaman Firaun sejak lebih 80 tahun lalu. Bermula dengan Jamal Abdul Nasir, kemudian Anwar Sadat, kemudian Hosni Mubarak. Kesemua mereka adalah penumpah darah yang terkenal dalam sejarah Mesir. Tidak sedikit ulama dan pejuang Islam digiring ke penjara dan tali gantung ketika mereka memerintah.

Gerakan Islam disekat dari setiap penjuru di zaman mereka. Namun, gerakan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 oleh Imam Hassan Al Banna tetap teguh dengan prinsip-prinsip Islam akhirnya diberikan kemenangan oleh Allah taala pada tahun 2012. 

Kemenangan Dr Morsi, adalah inspirasi buat kita semua. Sebuah inspirasi bahawa Islam boleh menang dan memerintah negara dalam ruang demokrasi ini.

Percayalah seluruh saudaraku, pendokong gerakan Islam, sesungguhnya kita mampu memenangi pilihanraya kali ini. Sekejam mana pun sesebuah rejim, mereka tetap akan tumbang. Gelap malam akan hilang dan terang fajar akan menyinsing.

6/16/2012

Surat Terbuka Buat Sultan Ibrahim



Assalamualaikum Tuanku.

Saya tampil dalam kehangatan isu pada hari ini yang melibatkan murka Tuanku kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin.  Saya dimaklumkan Tuanku murka lantaran kenyataan DS Nizar Jamaluddin yang yang diputar-belitkan oleh media tempatan kononnya tidak bersetuju dengan tindakan Tuanku membeli plat kereta WWW 1 dengan harga RM 520,000 ringgit . Saya utuskan surat ini sebagai  tanda perhatian saya dan semoga Tuanku beroleh hidayah Allah. Saya mulakan pesanan saya kepada Tuanku agar meningkatkan ketaqwaan kepada Allah taala.

Sebelum saya menulis lebih jauh. Saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya hanyalah seorang pemuda biasa yang tiada punya harta. Saya tiada rumah, tiada juga kereta . Saya tiada pengawal, apa lagi pasokan tentera [klik]. Saya hanya memiliki sebuah motor kapcai dan tidak juga motor berkuasa tinggi . Hidup saya makan pagi kais pagi. Namun Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segalanya.

Saya dididik agar hanya takut kepada murka Allah dan tidak selain-Nya. Saya juga dididik agar hanya patuh kepada arahan Allah. Hanya Allah yang boleh mendatangkan manfaat, dan Allah juga yang mampu mendatangkan mudharat. Saya juga telah mendengar dari lidah para ulamak akan sepotong hadis Rasulullah yang terkenal:

“Tiada kepatuhan kepada makhluk dalam urusan maksiat kepada Allah.”

Makhluk di sini membawa makna segala yang selain Allah. Selain dari Allah, termasuklah sekelian raja dan sultan, sekelian Presiden dan Perdana Menteri. Sekelian apapun! Patuh kepada makhluk hanyalah kerana patuh kepada Allah semata-mata. Patuh kepada Sultan hanya dalam perkara makruf dan kebaikan. Raja atau sultan bukanlah Tuhan di muka bumi. Bahkan haram membesarkan diri.

Saya juga mengerti akan risiko yang akan dikenakan kepada saya. Saya mungkin akan didakwa, dipenjara, diugut, dan segala macam. Namun saya pernah mendengar sepotong hadis Rasulullah para ulamak yang mulia:

أ فضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر

“Seafdhal-afdhal jihad adalah berkata kalimat yang HAQ di hadapan sultan yang zalim.” - Hadis

Inilah sunnah orang yang menegur pemerintah. Mereka boleh diperlakukan apa sahaja. Maka oleh yang demikian saya sudah tidak peduli akan apa yang bakal menimpa saya. Saya telah persetankan semua itu. Oleh yang demikian, hendaklah Tuanku perhatikan benar-benar kisah yang akan saya mahu ceritakan ini. Saya ingin membawa sebuah kisah yang terjadi di zaman Rasulullah SAW untuk ingatan Tuanku.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah makan di rumah Abu Ayyub Al Ansory RA. Baginda telah dijamu dengan pelbagai jenis makanan. Ada pelbagai jenis tamar, roti dan daging. Maka Baginda Rasul telah makan. Usai makan, Baginda menangis teresak-esak. Sahabat kehairanan.

“Ya Rasulullah kenapa kamu menangis Rasulullah? Bukankah kita baru usai makan?”
Seorang sahabat telah bertanya kehairanan. Apakah Rasulullah masih lapar? Tidak mungkin Rasul menangis kerana lapar. Maka jawab Rasulullah yang mulia:
“Aku menangis kerana mengenangkan makanan yang terlalu banyak ini. Dan kita akan ditanya oleh Allah akan makanan ini di hari akhirat kelak.”

Nah! Lihatlah bagaimana Baginda Rasul begitu bersungguh menjaga makanan Baginda dari membazir. Dan kita sedia maklum bahawa makanan Rasulullah sangat lah sederhana. Kerana Baginda tahu bahawa setiap rezeki Allah itu akan ditanya kembali oleh Allah dari mana sumbernya dan ke mana ia dihabiskan. Bahkan haram hukumnya kita membazirkan harta kita untuk perkara yang sia-sia.

Saya juga telah membaca akan sepotong ayat Al Quran yang berbunyi seperti berikut:

"Sesungguhnya, orang yang membazir itu adalah saudara syaitan." (al-Isra' 27).

Ini bukanlah kalam saya, tetapi kalam Allah Taala jua. Oleh yang demikian, saya ingin memberitahu tuanku bahawa perbuatan Tuanku membeli plat WWW 1 dengan harga RM 520,000 adalah HARAM di sisi Islam sekalipun ia adalah duit Tunku sendiri. Ya, saya ulangi lagi ianya HARAM sekalipun duit itu duit Tuanku. Kerana sekeping plat kereta itu tiadalah memberi apa-apa manfaat kepada rakyat Tuanku. Juga tidak memberi manfaat kepada Islam yang mana Tuanku sebagai ketuanya di Negeri Johor.

Sebagai akhirnya, patik ingin mengajak Tuanku kembali menginsafi bahawa kita manusia tiadalah bezanya di sisi Allah. Yang membezakan kita hanya tingkatan taqwa. Ya! Kalau seorang hamba itu bertaqwa, maka dia lebih mulia dari Raja yang kurang takwanya. Begitulah sebaliknya. Dan haruslah Tuanku ingat bahawa kita semua akan berdiri di hadapan Allah di hari akhirat dan kita akan dihisab setiap amalan kita. Semoga Tuanku beroleh petunjuk. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Mohd Muin.

6/12/2012

Darah Umat Islam Bersimbah Di Bumi Myanmar


Pada waktu ini, darah umat Islam adalah darah yang paling murah dalam dunia. Darah umat Islam ini tumpah di mana-mana sahaja. Darah itu menyimbah di Palestin, Syria, Iraq, Dagestan, Selatan Thai, Mindanao, dan ketika ini di Myanmar pula. Etnik Islam Rohingya yang minority telah dibunuh dan kampung mereka di bakar oleh pelampau Buddha. Klik [ini] untuk video yang sungguh menyayatkan hati. Mereka adalah pendakwah yang dibunuh dengan penuh kejam.

Kapir-kapir ni bermula dari (kristian, syiah, sosialis, hindu dan buddha) semuanya dahagakan darah umat Islam. Pada 17 hb Jun 2012 jam 10 pagi akan diadakan satu Himpunan Solidariti dengan 5 Ribu saudara Rohingya di Masjid Negara.

Berikut adalah kenyataan akhbar Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia [MAPIM] dan Seketriat Himpunan Ulama Rantau Asia [Shura]

Kenyataan Media Bersama

SHURA dan MAPIM

10hb Jun 2012

SHURA , MAPIM KUTUK SEKERASNYA PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.

Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.

Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM



Nota:
Ya Allah, bantulah saudara kami di Myanmar. Jom tunjukkan solidariti di Masjid Negara 17 Jun ini. Masih berusaha mencari pertubuhan yang menyediakan bantuan ke sana. 

6/11/2012

Darah Bersimbah di Bumi Syria : Sebuah Laungan Tanpa Suara

Sehingga ke hari ini, bumi Syam [Pelestin dan Syria] terus berkubang dengan darah. Bashar Assad telah membunuh puluhan ribu rakyatnya sendiri sejak lebih 2 tahun  yang lalu. Tidak perlu lagi kita buktikan lagi. Dalam fb, youtube penuh dengan gambar-gambar dan video pembantaian Rejim Laknat Syiah-Baath (sosialis) Bashar Assad. Gadis-gadis sunti Sunni dirogol dan dibunuh, anak-anak kecil ada yang dibakar dan digantung. Orang tua ditikam dan dicincang. Kaum ibu dibunuh dengan kejam. Ini adalah sebahagian kecil gambar mangsa kekejaman Bashar Al Assad.

Semoga Allah menempatkan ruh adik di kalangan para Syuhada.

Bashar yang mendapat dokongan Hassan NasrLLAT (penolong Berhala Laat) dan Iran  telah membantai habis-habisan rakyat Syria. Syria tak ubah ibarat neraka. Mujurlah di sana ada kumpulan tentera rakyat (Al Jundi Al Hurr) yang berhabisan melawan kafir Syiah ini. Walaupun dilaporkan mereka telah kekurangan senjata untuk melawan, semoga Allah membantu mereka dalam perjuangan mereka. Para Ulama Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa Bashar Assad ini wajib dibunuh. WAJIB dibunuh.

Ya Allah, cincang mayat binatang ini dan bakar ia dalam Neraka..

|Syiah yang Dahagakan Darah|

Sekarang sedarlah kita betapa bahayanya Syiah kepada Sunni. Mereka adalah kumpulan Drakula yang amat dahagakan darah. Tidak perlu lagi kita mengagumi Iran. Mereka cukup zalim membunuh saudara-saudara kita di Syria. Jangan tertipu dengan momokan bahawa Iran adalah hero melawan Amerika. Ini semua hanya wayang. Jangan tertipu dengan perang Hezbullatt dengan Israel. Hakikatnya mereka adalah musuh orang beriman.


Sibuk merancang untuk membunuh umat Sunni di Syria. Dari kiri Hasan Nasrallal, Bashar dan Ahmedinejad

Cofi O Nan ? Inilah balaci PBB yang paling tidak boleh diharap. Sudah konflik telah berlarutan selama lebih 2 tahun. Namun tiada apa yang dibuat oleh PBB dan NATO. Mereka berlagak sebagai POLIS DUNIA, hakikatnya merekalah PENJENAYAH DUNIA.  Mereka berbicara soal hak asasi manusia, tapi merekalah yang mencabulnya! Sudahlah berharap kepada PBB.  Berharap sahaja kepada Allah. Namun apakah cukup dengan hanya berdoa untuk rakyat Syria?

Inilah sebenar pandangan dunia terhadap isu Syria


|Kenapa Kerajaan UMNO-BN belum halau Duta Syria?|

Kita turut mempersoalkan kenapakah Najib langsung tidak mengambil peduli tentang rakyat Syria ini yang telah dibantai lebih 2 tahun lamanya. Malaysia harus malu kepada negara KAPIR seperti Perancis yang telah lama menghalau duta Syria di tanah air mereka.

Najib membutakan mata dalam isu umat Islam di Syria. Sibuk dengan tugas sebagai Menteri Wanita agaknya.

Kita juga mempersoalkan, kenapa di dalam berita media arus perdana sama ada dari television, radio atau surat khabar hampir langsung tiada berita tentang kekejaman yang dilakukan oleh Bashar Assad.  Kenapa perkara ini disembunyikan secara tersusun oleh media UMNO-BN. Apakah mereka tidak merasa tanggungjawab atas setiap titis darah umat Islam yang tumpah di bumi Syria.

|Jangan hanya menggengam tangan dan air mata|

Mari kita menyumbang ke akaun Syria Care ini [sila klik]. Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank RHB atas nama Musli Care 26-2120-0000-4747. Sila layari fb RAKYAT MALAYSIA BERSAMA REVOLUSI SYRIA [klik] ini untuk maklumat tentang Syria. Ambil maklum dan ikut serta demonstrasi membela rakyat Syria. Sentiasa mencari maklumat tentang majlis-majlis penerangan berkenaan isu terkini di Syria. 


Semua sila Ambik pot. Semua sila ambik tahu keadaan saudara kita di Syria. Ingat pesan Rasul :

“ barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia itu bukan dari kalangan mereka”
-          Hadith Rasul SAW -



5/28/2012

Lawan Sekali pun Sendirian, Jangan Takut Walau Tertawan!

K-POP di HIMPUNAN 1 JUTA BELIA : BUKTI NAJIB ANTI ISLAM DAN KAKI MAKSIAT

Wajah Najib dan beberapa kerat wajah pemimpin UMNO yang mengaku diri tokoh melayu yang membela Islam telah terbongkar juga akhirnya. Ketika remaja belia di negara ini dilingkari pelbagai masalah sosial [buang anak, rempit, seks bebas, pelacuran, dadah dan macam-macam ini] pemimpin UMNO sibuk menganjurkan program maksiat. Terbaru adalah penganjuran Konsert k-pop di H1JB.

Ketika Najib sibuk mengajak rakyat berwasatiyah dan berjihad [sila klik],  sibuk juga mengajak rakyat membuat TRANSFORMASI MINDA [klik ni], Najib rupa-rupa sedang sibuk menggatal dengan astis K-pop di H1JB. . 

Tokoh wasatiyah sedang bergumbira.. 


K-pop goyang kencang beb.. Najib sibuk beramah mesra dengan k-pop gurlz.. Syabas tokoh wasatiyah!

Dan gatal menggatal ni sememang darah daging UMNO anak beranak.


Hugging beb..

Video [anak Najib]

Saya dimaklumkan bahawa kuliah Daie sejuta umat a.k.a Ustaz Azhar Idrus telah dibatalkan di PICC untuk memberi laluan kepada konsert K-POP. Kalau betul nakkan Islam, kenapa batalkan kuliah Ustaz Azhar? Letak UAI dalam masjid, masjid akan penuh dengan anak muda. Letak UIA dalam dewan, dewan akan penuh dengan anak muda..

Dasar baru Najib "Kuliah UIA diHARAMkan, betina K-POP diUTAMAkan"

Ketika para mak bapak pening dengan masalah remaja, guru-guru sekolah pening dengan disiplin pelajar, kerajaan BN juga yang jahanamkan belia negara. Paling tak boleh blah cakap lain buat lain. Najib ajak orang wasatiyah dan patuh arahan Rasulullah, tapi dia yang galakkan maksiat. Paklah dulu lagi baik pada Najib.

Inilah pemimpin BN. Pergi forum agama boleh, pergi konsert pun boleh.Sedekah pun boleh, merasuah pun boleh. Derma besarkan masjid pun boleh, besarkan kilang arak pun boleh. Segalanya boleh di Malaysia asalkan anda  pemimpin UMNO!

Time pilihanraya dah dekat, gambar ni akan keluar. kan dah kata, ni time haji pulak.

Kita juga tertunggu di manakah mufti UMNO, Majlis Fatwa Kebangsaan, Ostad Fathul Bari dan para ILMUwannya? Kenapa diam membisu seribu bahasa? Dulu masa BERSIH belum start demo pun dah kata HARAM. Aik? Kenapa menyepi sekarang? Mungkinkah HUKUM konsert K-POP adalah HARUS atas dasar yang menganjurkannya adalah KERAJAAN dan untuk BERTAARUF sesama manusia? Kah2x..


Hina jadi ulamak UMNO.. Tooobat.. Kalau berani tegurlah. Jangan menyinga time program lawan kerajaan sahaja. Aku memang panas hati dengan ulama yang tiada prinsip. Ilmu agama penuh, tapi menyembunyikan kebenaran.

Apasal plak dengan mamat ni? Dulu masa polis pukul demonstran BERSIH dia kata ikut SOP. Ni SOP jugak ke? Kah3x.


Nota:
Himpunan 1 juta Belia adalah himpunan 1 juta maksiat beb. Aku dah pegi. Budak pengakap dan PLKN diangkut memenuhkan ekspo. Diaorang budak-budak ni boleh mengundi ke apa? Kah3x. Kesian.. Nak lawan BERSIH 3.0.

Najib ni banyak masalah la. Mahkamah Perancis nak sepina dia kerana kes beli kapal selam. Kat Malaysia bukan main dakwa dan tangkap penyokong pembangkang. Ha, sekarang baru tahu ko plak yang ko nak kena tangkap. Mahkamah Perancis bukan macam mahkamah Malaysia.. Malaysia boleh correct3x [klik correct]. Kah2x!!

Kita wajib menolak Najib dalam PRU 13. Asal Bukan NAJIB [ABON]

5/26/2012

Pendidikan Percuma: Siapa yang tak mahu?


Pendidikan adalah pelaburan sesebuah negara. Lagi banyak kerajaan melabur dalam sektor pendidikan akan menguntungkan kerajaan kembali. Rakyat yang berilmu, berintegriti dan tinggi sahsiah akan kembali membangunkan negara. Pendidikan bukan perniagaan. Ia adalah hak rakyat. Kerajaan wajip menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada rakyat.

Pada tahun 1990 dan ke bawah, masih terdapat biasiswa kepada semua pelajar universiti. Namun pada era Mahathir, biasiswa ditarik dan diganti dengan hutang PTPTN. PTPTN ini hutang. Seorang mahasiswa yang mahu menamatkan pengajian perlu berhutang tak kurang RM 21 ribu untuk ijazah pertama. Tak kurang RM21 ribu!

Lepas grad nak kena cari kerja pulak. Gaji kerja di Malaysia bukan tinggi pun. Lepas grad nak kawin kena kumpul RM 15 ribu pulak, itu belum campur hutang nak pakai kereta dan sebagainya. Memang sepuluh tahun pertama selepas grad, mahasiswa akan m ampus dengan belenggu hutang sahaja! Ini hakikat yang perlu kita paham.Dan kita harus memahami, dalam dunia ni banyak negara yang menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Bukan kita sahaja. Dan mereka tak bengkrap pun.

Turki:

Norway :

Argentina:

Dalam keadaan ini pihak Pakatan Rakyat [PAS, PKR & DAP] menunjukkan “political will” untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat. Sedangkan Najib dan Khairy tak habis-habis memberi dalih. Kenapa pihak kerajaan BN yang kononnya mengutamakan rakyat langsung tidak mahu meneliti cadangan-cadangan PR terlebih dahulu? Kena dengan bingkas meng”tong sampah”kan cadangan itu? Inilaha yang dikatakan “ NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH”.

Oleh itu, demi kesejahteraan rakyat, mari kita memberi undi kepada PR dalam PRU 13 ini. Kalau PR tak laksana janji ini, kita akan sama-sama lawan PR. Ya! Kita akan pastikan janji mereka ini akan dilaksanakan.  
Tapi apa lagi yang boleh diharapkan dari BN? Mereka langsung tak memberi signal untuk menyediakan pendidikan yang lebih baik kepada rakyat! Kita wajip menolak BN demi kebaikan anak cucu kita generasi akan datang.

Ni pulak di Malaysia:

5/09/2012

MAHASISWA DAN NASIK TOMATO




Hari ada benda yang membuatkan saya termenung memikirkan tentang mahasiswa. Ya, mahasiswa!
Saya ada cerita untuk dikongsi dengan rakan-rakan. Semasa saya menunggu lif untuk ke kafeteria, saya melihat 2 orang pelajar pelajar Kejuruteraan Kimia sedang berbual sambil ketawa. Tak lama mereka   menghampiri saya dan rakan-rakan, sambil berkata

“Erm, korang free tak jam 11 pagi ni? Kitaorang ada buat talk kat DK X, korang datanglah..”

Aku memasang telinga. Wah!! Ini menarik. Hari rabu memang hari yang penuh dengan workshop, forum dan sebagai di sekolah atap aku ini. Ini menarik.. Peluang jangan dilepaskan. Kemudian si gadis menyambung lagi.

“Korang datanglah ya. Kita orang ada sediakan nasik tomato tau.. Hmm bukan senang nak dapat nasik tomato, sedap tau!”

Bila aku dengar dia cakap macam tu, aku rasa macam nak ketawa tergolek tang tu juga! WHAT?! TOMATO RICE!! U r fishing us with nasik tomato? Mendengar pasal nasik tomato aku terus tak jadi nak pikir lebih. Sepatutnya ceritalah mula-mula siapa speaker? Apa tajuknya? Apa manfaatnya? Ini bagitahu nasik tomato.. kah3x..

Pintu lif terbukak dan aku terus pergi.

Kenapa sampai macam ni parah minda intelektual sampai segala-galanya nak diumpan. Akhir pada petangnya aku mengikuti satu forum perniagaan yang sangat bermanfaat. Namun dewan tak penuh walaupun lucky draw, nasik minyak, epel,kuih-muih dan air kotak disediakan. Aku tak tahu nak cakap.. Sendiri mau pikir..


5/04/2012

Najib Merepek Apa di Kelantan Semalam?




:: Najib pegi Kelantan dan cakap kepada rakyat Kelantan bahawa usaha BERSIH 3.0 adalah untuk menggulingkan kerajaan.. 
:: kenapa Najib ini masih tak paham? Memanglah kami semua nak jatuhkan kerajaan BN? Memang 250,000 orang yang turun BERSIH 3.0 nak jatuhkan kerajaan BN yang tak laksana Islam, kuat merasuah, merembat duit negara buat anak bini dan macam-macam lagi sebab!
:: Yang dia pegi turun hasut rakyat Kelantan gulingkan kerajaan PAS takpe pulak. Orang guling tak boleh, dia nak gulingkan orang boleh!!
Hakikatnya tiada salah menggulingkan kerajaan sama ada dari sudut agama atau perlembagaan. Buat apa nak pertahan kerajaan zalim?
Kita ada PAS yang jelas mahu laksanakan Islam di Malaysia. Kita ada PAS yang nak hapuskan rasuah. 22 tahun kerajaan PAS Kelantan, tiada seorang pun Adun, Exco yang diheret dan didapati bersalah atas tuduhan rasuah!!

:: Woi Najib, dengar ni.. KAMI semua BERKUMPUL untuk menggulingkan KERAJAAN BN yang kamu pimpin dan kami tak peduli tawaran kamu! Kepada rakan-rakan, jangan rasa bersalah atau takut menggulingkan kerajaan BN.

Nota: Gambar menunjukkan seekor tenggiling sedang mengGULUNG, tapi dia tidak mengGULING. Tenggiling lebih baik dari BN. Ia tak makan rasuah. Ia makan buah sahaja. Tenggiling tak curi duit kerajaan. Tenggiling juga tak ganggu orang. Ia hanya hidup dan buat hal dia sahaja.. 

ANTARA TAKUT, BODEK DAN BODOH




Kali ini saya ingin mengajukan faktor-faktor yang memanjangkan hayat BN memerintah dalam negara ini. Kalau difikir dengan teliti, kita tak kan jumpa negara-negara yang menjalankan demokrasi tulen dalam dunia ini yang kerajaannya dipimpin sebuah perti dapat hidup sampai 50 tahun. Tengok sahaja Amerika, Perancis, Sepanyol, Britain semua tukar menukar parti pemerintah. Negara komunis sosialis sahaja yang boleh kekal memerintah seperti Cuba dan Korea Utara. Kerajaan yang boleh kekal memerintah hanya  apabila mereka dapat melemahkan kekuatan rakyat. Rakyat Malaysia ini telah melemahkan rakyat dengan 3 perkara. Mereka menyebarkan 3 perkara ini di kalangan rakyat untuk melemahkan rakyat.

Kalau rakyat dapat melepasi 3 kata ini, rakyat dapat meghumban rejim zalim ini. 3 perkara yang saya maksudkan adalah TAKUT, BODEK dan BODOH.



Kaedah 1: Budaya Takut
Takut adalah senjata ampuh digunakan oleh BN. Rakyat diSUBURkan dengan budaya takut. TAKUT akan melahirkan PENAKUT. Banyak cara digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat. Kepada orang Melayu, mereka ditakutkan dengan Cina. Cina ditakutkan dengan Islam. Rakyat ditakutkan dengan akta ISA, tindakan mahkamah, negara akan  huru hara tanpa BN. Pegawai kerajaan ditakutkan akan ditukar ke hulu Tembling kalau sokong pembangkang.Mahasiswa  ditakutkan akan dibuang Universiti kalau sokong pembangkang.  Petani ditakutkan tidak akan dapat bantuan baja kalau sokong pembangkang.
Dengan menyebarkan ketakutan, seluruh rakyat akan menundukkan kepala tanpa mahu melawan. BN buatlah apapun, rasuahlah berapa juta pun, rembatlah harta negara berapa bilion pun, semua yang penakut hanya akan pikir soal periuk nasi sendiri. Semua akan mencari jalan selamat.
Percayalah kepada saya takut ini melahirkan jiwa HAMBA. Bukan HAMBA kepada ALLAH, tetapi HAMBA UMNO BN yang ngoook itu. Dan harus kita paham, ketakutan ini akan diwarisi. Selagi tiada generasi dalam masyarakat yang berani mendokrak benteng TAKUT ini, sampai kiamat BN akan perintah Malaysia.


Kaedah 2 : Budaya Bodek

Hasil kejayaan kaedah 1 [TAKUT] melahirkan budaya kedua iaitu BODEK. Percayalah BODEK adalah budaya paling hina dalam dunia. Tooobat paling hina. Bermula dari mind set  bahawa BN adalah segala-segalanya, hanya BN yang dapat membawa kemakmuran, hanya kerana BN maka Malaysia dalam keadaan aman, maka akan terlahir sekelompok  “pak turut” pencari makan yang akan menjilat apa sahaja yang disuap oleh BN.

Kata seerti bagi bodek adalah pencacai. Jangan terkejut, saya katakan bahawa budaya bodek ini tidak mengenal batas umur [tua muda], kelulusan akademik, orang kampung atau orang bandar, kasta  masyarakat dan segala faktor demografi. Dalam Malaysia ini semua pembodek dan pengampu berfikiran sama. Cuma cara bekerja yang berbeza. Pembodek ini boleh jadi jkkk kampung, ketua cawangan UMNO, kontraktor kelas F, mahasiswa, pemimpin belia, polis, ahli korporat, hakim-hakim, profesor-profesor U, peguam negara hinggalah menteri.

Ciri-ciri penting pembodek adalah menunjukkan kesetiaan dan kepatuhan kepada tuannya. Ibaratnya seekor beruk pemanjat kelapa yang ingin makan pisang lebih pada hari itu, maka ia harus bekerja keras memastikan agar kelapa dapat dijatuhkan sebanyak mungkin pada hari itu. Beruk ini tidak boleh banyak songeh. Tapi, percayalah kepada saya.. beruk ini mulia kerana khidmatnya kepada manusia. Beruk ini tidak perlu menghadiri kelas atau seminar integriti. Ia hanyalah seekor beruk.

Berbalik kepada kepada si pencacai.. Pencacai-pencacai ini akan diuji dahulu oleh tuannya. Siapa yang paling patuh, maka ia layak dinaikkan pangkat. Sebab tu dalam Universiti di Malaysia ni berapa ramai pensyarah yang dapat gelaran Profesor bukan kerana banyaknya bilangan buku yang ditulis atau kertas kerja yang dibentang, tetapi di promote kerana kuat membodek. Kalau tulis pun setakat buku MIM yang rasanya aku pun boleh tulis.. Mungkin aku boleh tulis buku WAW, buku LAM ALIF dan buku NUN sabdu.

Selagi rakyat bergantung dengan BN, tiada kemahuan untuk DIY [do it yourself], sekali lagi saya katakan BN akan perintah Malaysia sampai bila-bila. Budaya bodek ini harus dilawan dengan budaya MERDEKA! Bukan berjiwa hamba!


KAEDAH 3: Budaya BODOH
Saya tidak berniat bercakap perkataan yang tidak baik. Tapi rasa saya tiada kata-kata yang lain yang sesuai untuk digunakan. Saya mengajukan kaedah ketiga adalah pembodohan.

Pembodohan rakyat ini boleh berlaku sama ada rakyat tidak diberikan pendidikan yang menyedarkan hak-hak mereka [hingga mereka jadi bodoh] atau orang itu benar-benar bodoh [walaupun memiliki PhD].Saya ambil contoh di Sarawak. Sarawak ini memang bumi yang cukup subur. Negerinya kaya dengan minyak, hutan belantara. Lautannya dalam penuh kurnia Allah.

Tapi Taib Mahmud membodohkan rakyat dengan tidak diberi pendidikan sempurna. Masyarakat tak belajar tinggi. Sebab itu masih ada masyarakat di Sarawak tidak memiliki kemudahan elektrik dan air walau sudah 40 tahun merdeka [bagi Sarawak]. Mereka tak tahu bahawa kemudahan asas adalah hak mereka. Sebab tu Sarawak, Taib Mahmud dan kroni nak merembat berapa juta pun rembatlah. Tiada siapa yang boleh buat apa-apa.

Rakyat juga dikaburkan dari isu sebenar hingga mereka gagal membuat keputusan yang tepat. Kebodohan menjadikan rakyat tidak melawan kezaliman penguasa. Selagi rakyat bodoh dan kekal bodoh, selagi itulah BN dan UMNO akan terus berkuasa.

INGATAN BUAT ANAK MUDA

Segala terletak di bahu kita untuk mendokbrak segala kejahatan ini. Jangan berharap kepada ibu dan ayah kita. Mereka sudah terseksa. Jangan juga harapkan adik-adik kita yang masih mentah. Kita yang harus mengubah semua ini untuk masa depan adik-adik kita. Kita harus berani, independen dan bermaklumat. Jangan kekal bodoh, takut dan membodek.

:: Anak muda, ayuh!

5/02/2012

BERSIH 3.0 : Najib!, Jangan lari dari mesej rakyat.







BERSIH 3.0 telah tamat beberapa hari yang lalu. Rakyat dihidangkan dengan pelbagai maklumat dan kritikan. Semua media beraliran Pro Umno BN melaporkan pelbagai berita dari pelbagai versi. Lambakan maklumat ini harus diurus dengan baik kalau tidak boleh menimbulkan "kecamukkan maklumat".


Yang paling heboh BERSIH 3.0 dikaitkan dengan keganasan. Demonstran merusuh, kereta polis dipecahkan, polis dipukul dan sebagainya. Bermula dari Najib Razak, Hishamudin, pemimpin belia, mahasiswa hinggalah makcik tua peniaga goreng pisang di jalan TAR ditemuramah oleh media pro BN. Dan jawapan mereka sekata dan seia. BERSIH ganas!
Untuk mengurangkan serabut kepala dan letih menjawab, terima sahajalah bahawa memang BERSIH 3.0 ganas.


Rakyat juga diasak dengan isu Ambiga Srevanan, co chairperson BERSIH 3.0 yang dikatakan menyokong LGBT. Siapa menyokong Ambiga maka dia bermakna menyokong LGBT. Bahkan ada pandangan yang lebih extrem mengatakan sapa sokong Ambiga maka dia kapir.Maka bagi saya untuk mengurangkan penat menjawab dan serabut di kepala, marilah kita menerima hakikat sememangnya Ambiga ini menyokong LGBT.

Dalam dok bising BERSIH, tup-tup keluar pulak gambar di muka depan Utuseks Malaysia individu yang dikatakan Azmin Ali sedang melakukan seks oral dalam jamban. Hari ni keluar pulak pengakuan Ummi Hafilda mengesahkan gambar berkenaan adalah milik abangnya.
[Apapun aku masih menunggu komen musuh ketat Azmin Ali iaitu Hasan Ali dan Ibrahim Ali..- semuanya anak Ali].

Isu seks adalah isu paling top dalam Malaysia. makcik dan pakcik di felda akan terkejut tahap gaban dengan isu ini. Isu seks akan menjadikan semua mata penonton yang sepet akan menjadi bulat! Semua akan melopong.. Ini samalah dengan isu lubang dubur Saiful bukhari dan China Doll yang dikaitkan dengan Anwar. Bagi aku, persetankanlah isu itu. Tak payah peduli. Bagilah pada Azmin Ali jawab sendiri. Mungkin bagi BN inilah isu yang boleh mengambus isu BERSIH 3.0!

FOKUS.

Najib Razak sepatutnya tidak lupa bahawa 250,000 anak muda yang turun di jalanan pada 28 April di Kuala Lumpur dan 11 bandar di Malaysia adalah dengan satu tema iaitu "BERSIHKAN PILIHANRAYA!". Ini isunya. Najib tak boleh buat-buat lupa. Memang dia boleh divert isu BERSIH kepada ganas, ambiga, gambar lucah.. Tapi ingat 250,000 otak dan 500,000 bijik mata sedang memerhati reaksi Najib atas tuntutan pemulihan pilihanraya dan demokrasi!



Apakah Najib masih mahu menipu? Masih mahu membawak hantu untuk mengundi? Bagaimana pula dengan isu Pengerusi SPR Aziz Mohd ahli UMNO? Ini isu yang sangat parah. Najib kena fikir dalam-dalam.. Do or Die!!

Ingatan buat Najib : Berhentilah menipu.. Kamu boleh belasah kami, kamu boleh penjarakan kami.. tapi kalu tak boleh penjara dan bunuh fikrah yang ada dalam kepala kami.. 250,00 rakyat ini pasti tidak akan berdiam diri.. PASTI!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...