Assaalamualaikum kawan-kawan..Beberapa hari yang lalu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (nama pun dah tak macam melayu- mamak?) telah melancarkan Grup PATRIOT untuk menghalang Himpunan AMAN BERSIH. Beliau mendakwa bahawa Grup PATRIOT ini adalah wakil kepada SILENT MAJORITY rakyat yang rasa rimas dengan perhimpunan BERSIH. Perhimpunan AMAN BERSIH dikatakan adalah petualang pengkhianat negara, mahu melakukan huru hara, merencatkan ekonomi negara dan sebagainya.
Dalam pidatonya yang berapi-api, mamat ini telah menyeru supaya pemuda UMNO turun untuk menghalang perhimpunan bersih. Sebenarnya, mamat ini lupa beberapa perkara:
- Dalam sistem negara demokrasi, Himpunan AMAN adalah dibenarkan. Rujuk perlembagaan Jaminan ini adalah selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Artikel 20(1) Deklarasi Sejagat tentang Hak Asasi Manusia 1948 dan Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.
- Mamat ini kata, kenapa BERSIH tidak dijalankan di negeri PR. Kenapa nak buat di Wilayah Persekutuan yang ada kaitan dengan Kerajaan Pusat? Ini soalan bodoh sebenarnya. Sape kata Wilayah Persekutuan BN pegang? PR menang 10 kerusi Parlimen di WP kecuali Parlimen Setiawangsa. Ni kawasan PR!
- Pimpinan BERSIH telah menyatakan bahawa himpunan ini berjalan dengan aman. Ini terbukti dalam Himpunan AMAN BERSIH 10 November 2007, tiada sebarang kekacauan yang berlaku.
- Tuntutan BERSIH mudah sahaja.
- Bersihkan senarai undi
- Mereformasikan undi pos
- Gunakan dakwat kekal
- Masa kempen minima 21 hari
- Akses media yang bebas dan adil
- Kukuhkan institusi awam
- Hentikan rasuah
- Hentikan politik kotor
- Jadi di mana salahnya? Sebenarnya dalam keadaaan sekarang, UMNO dalam keadaan takut. Himpunan BERSIH 2007 dapat menghimpunkan 120,000 orang. Pastinya 120,000 orang ini tidak akan ketinggalan untuk hadir. Pada waktu itu, PR tidak memerintah mana-mana negeri. Dengan 4 negeri di tangan PR tidak mustahil 300,000 dapat digerakkan ke Ibu NEGARA. Ada beberapa teknik yang difikirkan mampu menghalang BERSIH. Teknik-teknik yang difikirkan layak adalah:
- Teknik ini dimulai dengan laporan-laporan Polis yang dibuat oleh NGOs (yang sebenarnya adalah NGOk-NGOk) yang tak pernah pun kita dengar nama-nama mereka. Dikhabarkan sudah 1500 laporan polis dilakukan.
- PERKASAm sebagai kumpulan pendesak Melayu dengan penuh radikal mengugut rakyat untuk turun bertempur dan lawan habis-habisan. Mubarak (adik HUSNI MUBARAK) mencadangkan supaya mana-mana anggota yang terlibat dengan BERSIH disumbat dalam ISA. Ini semua hanyalah untuk menakutkan rakyat.
- Apabila laman-laman web rasmi kerajaan digodam baru-baru ini, RAIS YATIM dengan tiba-tiba mengaitkan hal ini dengan BERSIH. Apa bodohnya menteri ini. Orang nak berhimpun, mana ada masa nak godam-g0dam ini? Apa untungnya godam laman WEB kepada BERSIH?
- BERSIH juga dikaitakan gerakan KOMUNIS yang berjuang menggulingkan Yang Dipertuan Agong. Beberapa ahli PSM telah ditahan kerana menjual T-Shirt. Takkan nak gulingkan AGong dengan T-Shirt? T Shirt ni M16 ke? Bodoh betul.
|Anak Muda Islam!! Jom turun BERSIH!! Kita lakar sejarah- Islam Didahulukan, Rakyat Diutamakan|