| Kewajipan kami anak muda memenangkan Islam. Kewajipan kami anak muda melawan kerajaan zalim. |
5/28/2012
K-POP di HIMPUNAN 1 JUTA BELIA : BUKTI NAJIB ANTI ISLAM DAN KAKI MAKSIAT
Wajah Najib dan beberapa kerat wajah pemimpin UMNO yang
mengaku diri tokoh melayu yang membela Islam telah terbongkar juga akhirnya.
Ketika remaja belia di negara ini dilingkari pelbagai masalah sosial [buang
anak, rempit, seks bebas, pelacuran, dadah dan macam-macam ini] pemimpin UMNO
sibuk menganjurkan program maksiat. Terbaru adalah penganjuran Konsert k-pop di
H1JB.
Ketika Najib sibuk mengajak rakyat berwasatiyah dan berjihad
[sila klik], sibuk juga
mengajak rakyat membuat TRANSFORMASI MINDA [klik ni], Najib rupa-rupa
sedang sibuk menggatal dengan astis K-pop di H1JB. .
Tokoh wasatiyah sedang bergumbira..
K-pop goyang kencang beb.. Najib sibuk beramah mesra dengan k-pop gurlz.. Syabas tokoh wasatiyah!
Dan gatal menggatal ni sememang darah daging UMNO anak beranak.
Hugging beb..
Video [anak Najib]
Saya dimaklumkan bahawa kuliah Daie sejuta
umat a.k.a Ustaz Azhar Idrus telah dibatalkan di PICC untuk memberi laluan
kepada konsert K-POP. Kalau betul nakkan Islam, kenapa batalkan kuliah Ustaz
Azhar? Letak UAI dalam masjid, masjid akan penuh dengan anak muda. Letak UIA
dalam dewan, dewan akan penuh dengan anak muda..
Dasar baru Najib "Kuliah UIA diHARAMkan, betina K-POP diUTAMAkan"
Ketika para mak bapak pening dengan masalah remaja, guru-guru
sekolah pening dengan disiplin pelajar, kerajaan BN juga yang jahanamkan belia
negara. Paling tak boleh blah cakap lain buat lain. Najib ajak orang wasatiyah
dan patuh arahan Rasulullah, tapi dia yang galakkan maksiat. Paklah dulu lagi
baik pada Najib.
Inilah pemimpin BN. Pergi forum agama boleh, pergi konsert pun
boleh.Sedekah pun boleh, merasuah pun boleh. Derma besarkan masjid pun boleh,
besarkan kilang arak pun boleh. Segalanya
boleh di Malaysia asalkan anda pemimpin
UMNO!
Time pilihanraya dah dekat, gambar ni akan keluar. kan dah kata, ni time haji pulak.
Kita juga tertunggu di manakah mufti UMNO, Majlis Fatwa Kebangsaan,
Ostad Fathul Bari dan para ILMUwannya? Kenapa diam membisu seribu bahasa? Dulu
masa BERSIH belum start demo pun dah kata HARAM. Aik? Kenapa menyepi sekarang?
Mungkinkah HUKUM konsert K-POP adalah HARUS atas dasar yang menganjurkannya
adalah KERAJAAN dan untuk BERTAARUF sesama manusia? Kah2x..
Hina jadi ulamak UMNO.. Tooobat.. Kalau berani tegurlah. Jangan menyinga time program lawan kerajaan sahaja. Aku memang panas hati dengan ulama yang tiada prinsip. Ilmu agama penuh, tapi menyembunyikan kebenaran.
Apasal plak dengan mamat ni? Dulu masa polis pukul
demonstran BERSIH dia kata ikut SOP. Ni SOP jugak ke? Kah3x.
Nota:
Himpunan 1 juta Belia adalah himpunan 1 juta maksiat
beb. Aku dah pegi. Budak pengakap dan PLKN diangkut memenuhkan ekspo. Diaorang
budak-budak ni boleh mengundi ke apa? Kah3x. Kesian.. Nak lawan BERSIH 3.0.
Najib ni banyak masalah la. Mahkamah Perancis nak sepina dia
kerana kes beli kapal selam. Kat Malaysia bukan main dakwa dan tangkap
penyokong pembangkang. Ha, sekarang baru tahu ko plak yang ko nak kena tangkap.
Mahkamah Perancis bukan macam mahkamah Malaysia.. Malaysia boleh correct3x [klik correct].
Kah2x!!
Kita wajib menolak Najib dalam PRU 13. Asal Bukan NAJIB
[ABON]
5/26/2012
Pendidikan Percuma: Siapa yang tak mahu?
Pendidikan
adalah pelaburan sesebuah negara. Lagi banyak kerajaan melabur dalam sektor
pendidikan akan menguntungkan kerajaan kembali. Rakyat yang berilmu,
berintegriti dan tinggi sahsiah akan kembali membangunkan negara. Pendidikan
bukan perniagaan. Ia adalah hak rakyat. Kerajaan wajip menyediakan pendidikan
yang berkualiti kepada rakyat.
Pada
tahun 1990 dan ke bawah, masih terdapat biasiswa kepada semua pelajar universiti.
Namun pada era Mahathir, biasiswa ditarik dan diganti dengan hutang PTPTN.
PTPTN ini hutang. Seorang mahasiswa yang mahu menamatkan pengajian perlu
berhutang tak kurang RM 21 ribu untuk ijazah pertama. Tak kurang RM21 ribu!
Lepas
grad nak kena cari kerja pulak. Gaji kerja di Malaysia bukan tinggi pun. Lepas
grad nak kawin kena kumpul RM 15 ribu pulak, itu belum campur hutang nak pakai
kereta dan sebagainya. Memang sepuluh tahun pertama selepas grad, mahasiswa
akan m ampus dengan belenggu hutang sahaja! Ini hakikat yang perlu kita paham.Dan
kita harus memahami, dalam dunia ni banyak negara yang menyediakan pendidikan
percuma kepada rakyat mereka. Bukan kita sahaja. Dan mereka tak bengkrap pun.
Turki:
Norway :
Argentina:
pendidikan percuma di Argentina
Brunei
pendidikan percuma di Brunei
German
pendidikan percuma di German
Finland
pendidikan percuma di Finland
Brunei
pendidikan percuma di Brunei
German
pendidikan percuma di German
Finland
pendidikan percuma di Finland
Dalam
keadaan ini pihak Pakatan Rakyat [PAS, PKR & DAP] menunjukkan “political
will” untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat. Sedangkan Najib dan
Khairy tak habis-habis memberi dalih. Kenapa pihak kerajaan BN yang kononnya
mengutamakan rakyat langsung tidak mahu meneliti cadangan-cadangan PR terlebih
dahulu? Kena dengan bingkas meng”tong sampah”kan cadangan itu? Inilaha yang
dikatakan “ NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH”.
Oleh
itu, demi kesejahteraan rakyat, mari kita memberi undi kepada PR dalam PRU 13
ini. Kalau PR tak laksana janji ini, kita akan sama-sama lawan PR. Ya! Kita akan
pastikan janji mereka ini akan dilaksanakan.
Tapi
apa lagi yang boleh diharapkan dari BN? Mereka langsung tak memberi signal
untuk menyediakan pendidikan yang lebih baik kepada rakyat! Kita wajip menolak
BN demi kebaikan anak cucu kita generasi akan datang.
5/09/2012
MAHASISWA DAN NASIK TOMATO
Hari ada benda yang membuatkan saya termenung memikirkan
tentang mahasiswa. Ya, mahasiswa!
Saya ada cerita untuk dikongsi dengan rakan-rakan. Semasa saya menunggu lif untuk ke kafeteria, saya melihat 2
orang pelajar pelajar Kejuruteraan Kimia sedang berbual sambil ketawa. Tak lama
mereka menghampiri saya dan rakan-rakan, sambil berkata
“Erm, korang free tak jam 11 pagi ni? Kitaorang ada buat talk kat DK X, korang datanglah..”
Aku memasang telinga. Wah!! Ini menarik. Hari rabu memang
hari yang penuh dengan workshop, forum dan sebagai di sekolah atap aku ini. Ini
menarik.. Peluang jangan dilepaskan. Kemudian si gadis menyambung lagi.
“Korang datanglah ya. Kita orang ada sediakan nasik tomato
tau.. Hmm bukan senang nak dapat nasik tomato, sedap tau!”
Bila aku dengar dia cakap macam tu, aku rasa macam nak
ketawa tergolek tang tu juga! WHAT?! TOMATO RICE!! U r fishing us with nasik
tomato? Mendengar pasal nasik tomato aku terus tak jadi nak pikir lebih. Sepatutnya ceritalah mula-mula siapa speaker? Apa tajuknya? Apa manfaatnya? Ini
bagitahu nasik tomato.. kah3x..
Pintu lif terbukak dan aku terus pergi.
Kenapa sampai macam ni parah minda intelektual sampai
segala-galanya nak diumpan. Akhir pada petangnya aku mengikuti satu forum
perniagaan yang sangat bermanfaat. Namun dewan tak penuh walaupun lucky draw, nasik
minyak, epel,kuih-muih dan air kotak disediakan. Aku tak tahu nak cakap.. Sendiri mau pikir..
5/04/2012
Najib Merepek Apa di Kelantan Semalam?
:: kenapa Najib ini masih tak paham? Memanglah kami semua nak jatuhkan kerajaan BN? Memang 250,000 orang yang turun BERSIH 3.0 nak jatuhkan kerajaan BN yang tak laksana Islam, kuat merasuah, merembat duit negara buat anak bini dan macam-macam lagi sebab!
:: Yang dia pegi turun hasut rakyat Kelantan gulingkan kerajaan PAS takpe pulak. Orang guling tak boleh, dia nak gulingkan orang boleh!!
Hakikatnya tiada salah menggulingkan kerajaan sama ada dari sudut agama atau perlembagaan. Buat apa nak pertahan kerajaan zalim?
Kita ada PAS yang jelas mahu laksanakan Islam di Malaysia. Kita ada PAS yang nak hapuskan rasuah. 22 tahun kerajaan PAS Kelantan, tiada seorang pun Adun, Exco yang diheret dan didapati bersalah atas tuduhan rasuah!!
:: Woi Najib, dengar ni.. KAMI semua BERKUMPUL untuk menggulingkan KERAJAAN BN yang kamu pimpin dan kami tak peduli tawaran kamu! Kepada rakan-rakan, jangan rasa bersalah atau takut menggulingkan kerajaan BN.
Nota: Gambar menunjukkan seekor tenggiling sedang mengGULUNG, tapi dia tidak mengGULING. Tenggiling lebih baik dari BN. Ia tak makan rasuah. Ia makan buah sahaja. Tenggiling tak curi duit kerajaan. Tenggiling juga tak ganggu orang. Ia hanya hidup dan buat hal dia sahaja..
ANTARA TAKUT, BODEK DAN BODOH
Kali ini saya ingin mengajukan faktor-faktor yang memanjangkan hayat BN memerintah dalam negara ini. Kalau difikir dengan teliti, kita tak kan jumpa negara-negara yang menjalankan demokrasi tulen dalam dunia ini yang kerajaannya dipimpin sebuah perti dapat hidup sampai 50 tahun. Tengok sahaja Amerika, Perancis, Sepanyol, Britain semua tukar menukar parti pemerintah. Negara komunis sosialis sahaja yang boleh kekal memerintah seperti Cuba dan Korea Utara. Kerajaan yang boleh kekal memerintah hanya apabila mereka dapat melemahkan kekuatan rakyat. Rakyat Malaysia ini telah melemahkan rakyat dengan 3 perkara. Mereka menyebarkan 3 perkara ini di kalangan rakyat untuk melemahkan rakyat.
Kalau rakyat dapat melepasi 3 kata ini, rakyat dapat
meghumban rejim zalim ini. 3 perkara yang saya maksudkan adalah TAKUT, BODEK
dan BODOH.
Kaedah 1: Budaya Takut
Takut adalah senjata ampuh digunakan oleh BN. Rakyat
diSUBURkan dengan budaya takut. TAKUT akan melahirkan PENAKUT. Banyak cara
digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat. Kepada orang Melayu, mereka ditakutkan
dengan Cina. Cina ditakutkan dengan Islam. Rakyat ditakutkan dengan akta ISA,
tindakan mahkamah, negara akan huru hara
tanpa BN. Pegawai kerajaan ditakutkan akan ditukar ke hulu Tembling kalau sokong
pembangkang.Mahasiswa ditakutkan akan
dibuang Universiti kalau sokong pembangkang. Petani ditakutkan tidak akan dapat bantuan
baja kalau sokong pembangkang.
Dengan menyebarkan ketakutan, seluruh rakyat akan
menundukkan kepala tanpa mahu melawan. BN buatlah apapun, rasuahlah berapa juta
pun, rembatlah harta negara berapa bilion pun, semua yang penakut hanya akan
pikir soal periuk nasi sendiri. Semua akan mencari jalan selamat.
Percayalah kepada saya takut ini melahirkan jiwa HAMBA.
Bukan HAMBA kepada ALLAH, tetapi HAMBA UMNO BN yang ngoook itu. Dan harus kita
paham, ketakutan ini akan diwarisi. Selagi tiada generasi dalam masyarakat yang
berani mendokrak benteng TAKUT ini, sampai kiamat BN akan perintah Malaysia.
Kaedah 2 : Budaya Bodek
Hasil kejayaan kaedah 1 [TAKUT] melahirkan budaya kedua
iaitu BODEK. Percayalah BODEK adalah budaya paling hina dalam dunia. Tooobat
paling hina. Bermula dari mind set bahawa BN adalah segala-segalanya, hanya BN
yang dapat membawa kemakmuran, hanya kerana BN maka Malaysia dalam keadaan
aman, maka akan terlahir sekelompok “pak
turut” pencari makan yang akan menjilat apa sahaja yang disuap oleh BN.
Kata seerti bagi bodek adalah pencacai. Jangan terkejut,
saya katakan bahawa budaya bodek ini tidak mengenal batas umur [tua muda],
kelulusan akademik, orang kampung atau orang bandar, kasta masyarakat dan segala faktor demografi. Dalam
Malaysia ini semua pembodek dan pengampu berfikiran sama. Cuma cara bekerja yang
berbeza. Pembodek ini boleh jadi jkkk kampung, ketua cawangan UMNO, kontraktor
kelas F, mahasiswa, pemimpin belia, polis, ahli korporat, hakim-hakim,
profesor-profesor U, peguam negara hinggalah menteri.
Ciri-ciri penting pembodek adalah menunjukkan kesetiaan dan
kepatuhan kepada tuannya. Ibaratnya seekor beruk pemanjat kelapa yang ingin
makan pisang lebih pada hari itu, maka ia harus bekerja keras memastikan agar
kelapa dapat dijatuhkan sebanyak mungkin pada hari itu. Beruk ini tidak boleh
banyak songeh. Tapi, percayalah kepada saya.. beruk ini mulia kerana khidmatnya
kepada manusia. Beruk ini tidak perlu menghadiri kelas atau seminar integriti.
Ia hanyalah seekor beruk.
Berbalik kepada kepada si pencacai.. Pencacai-pencacai ini
akan diuji dahulu oleh tuannya. Siapa yang paling patuh, maka ia layak
dinaikkan pangkat. Sebab tu dalam Universiti di Malaysia ni berapa ramai
pensyarah yang dapat gelaran Profesor bukan kerana banyaknya bilangan buku yang
ditulis atau kertas kerja yang dibentang, tetapi di promote kerana kuat
membodek. Kalau tulis pun setakat buku MIM yang rasanya aku pun boleh tulis.. Mungkin
aku boleh tulis buku WAW, buku LAM ALIF dan buku NUN sabdu.
Selagi rakyat bergantung dengan BN, tiada kemahuan untuk DIY
[do it yourself], sekali lagi saya katakan BN akan perintah Malaysia sampai
bila-bila. Budaya bodek ini harus dilawan dengan budaya MERDEKA! Bukan berjiwa
hamba!
KAEDAH 3: Budaya BODOH
Saya tidak berniat bercakap perkataan yang tidak baik. Tapi
rasa saya tiada kata-kata yang lain yang sesuai untuk digunakan. Saya
mengajukan kaedah ketiga adalah pembodohan.
Pembodohan rakyat ini boleh berlaku sama ada rakyat tidak
diberikan pendidikan yang menyedarkan hak-hak mereka [hingga mereka jadi bodoh]
atau orang itu benar-benar bodoh [walaupun memiliki PhD].Saya ambil contoh di
Sarawak. Sarawak ini memang bumi yang cukup subur. Negerinya kaya dengan
minyak, hutan belantara. Lautannya dalam penuh kurnia Allah.
Tapi Taib Mahmud membodohkan rakyat dengan tidak diberi
pendidikan sempurna. Masyarakat tak belajar tinggi. Sebab itu masih ada
masyarakat di Sarawak tidak memiliki kemudahan elektrik dan air walau sudah 40
tahun merdeka [bagi Sarawak]. Mereka tak tahu bahawa kemudahan asas adalah hak
mereka. Sebab tu Sarawak, Taib Mahmud dan kroni nak merembat berapa juta pun
rembatlah. Tiada siapa yang boleh buat apa-apa.
Rakyat juga dikaburkan dari isu sebenar hingga mereka gagal
membuat keputusan yang tepat. Kebodohan menjadikan rakyat tidak melawan
kezaliman penguasa. Selagi rakyat bodoh dan kekal bodoh, selagi itulah BN dan
UMNO akan terus berkuasa.
INGATAN BUAT ANAK MUDA
Segala terletak di bahu kita untuk mendokbrak segala
kejahatan ini. Jangan berharap kepada ibu dan ayah kita. Mereka sudah terseksa.
Jangan juga harapkan adik-adik kita yang masih mentah. Kita yang harus mengubah
semua ini untuk masa depan adik-adik kita. Kita harus berani, independen dan
bermaklumat. Jangan kekal bodoh, takut dan membodek.
:: Anak muda, ayuh!
5/02/2012
BERSIH 3.0 : Najib!, Jangan lari dari mesej rakyat.
Yang paling heboh BERSIH 3.0 dikaitkan dengan keganasan. Demonstran merusuh, kereta polis dipecahkan, polis dipukul dan sebagainya. Bermula dari Najib Razak, Hishamudin, pemimpin belia, mahasiswa hinggalah makcik tua peniaga goreng pisang di jalan TAR ditemuramah oleh media pro BN. Dan jawapan mereka sekata dan seia. BERSIH ganas!
Untuk mengurangkan serabut kepala dan letih menjawab, terima sahajalah bahawa memang BERSIH 3.0 ganas.
Rakyat juga diasak dengan isu Ambiga Srevanan, co chairperson BERSIH 3.0 yang dikatakan menyokong LGBT. Siapa menyokong Ambiga maka dia bermakna menyokong LGBT. Bahkan ada pandangan yang lebih extrem mengatakan sapa sokong Ambiga maka dia kapir.Maka bagi saya untuk mengurangkan penat menjawab dan serabut di kepala, marilah kita menerima hakikat sememangnya Ambiga ini menyokong LGBT.
Dalam dok bising BERSIH, tup-tup keluar pulak gambar di muka depan Utuseks Malaysia individu yang dikatakan Azmin Ali sedang melakukan seks oral dalam jamban. Hari ni keluar pulak pengakuan Ummi Hafilda mengesahkan gambar berkenaan adalah milik abangnya.
[Apapun aku masih menunggu komen musuh ketat Azmin Ali iaitu Hasan Ali dan Ibrahim Ali..- semuanya anak Ali].
Isu seks adalah isu paling top dalam Malaysia. makcik dan pakcik di felda akan terkejut tahap gaban dengan isu ini. Isu seks akan menjadikan semua mata penonton yang sepet akan menjadi bulat! Semua akan melopong.. Ini samalah dengan isu lubang dubur Saiful bukhari dan China Doll yang dikaitkan dengan Anwar. Bagi aku, persetankanlah isu itu. Tak payah peduli. Bagilah pada Azmin Ali jawab sendiri. Mungkin bagi BN inilah isu yang boleh mengambus isu BERSIH 3.0!
FOKUS.
Najib Razak sepatutnya tidak lupa bahawa 250,000 anak muda yang turun di jalanan pada 28 April di Kuala Lumpur dan 11 bandar di Malaysia adalah dengan satu tema iaitu "BERSIHKAN PILIHANRAYA!". Ini isunya. Najib tak boleh buat-buat lupa. Memang dia boleh divert isu BERSIH kepada ganas, ambiga, gambar lucah.. Tapi ingat 250,000 otak dan 500,000 bijik mata sedang memerhati reaksi Najib atas tuntutan pemulihan pilihanraya dan demokrasi!
Apakah Najib masih mahu menipu? Masih mahu membawak hantu untuk mengundi? Bagaimana pula dengan isu Pengerusi SPR Aziz Mohd ahli UMNO? Ini isu yang sangat parah. Najib kena fikir dalam-dalam.. Do or Die!!
Ingatan buat Najib : Berhentilah menipu.. Kamu boleh belasah kami, kamu boleh penjarakan kami.. tapi kalu tak boleh penjara dan bunuh fikrah yang ada dalam kepala kami.. 250,00 rakyat ini pasti tidak akan berdiam diri.. PASTI!
Subscribe to:
Comments (Atom)














