Kepada seluruh rakan-rakan,
Jangan kita lupakan individu ini,
Inilah pemimpin kita,
yang wajib patuh dan taat,
Yang wajib kita kasih dan sayang..
Akhir-akhir ini,
Ramai orang sudah melupakan individu ini,
Mengagumi orang lain dari kumpulan yang lain..
Kerana kata mereka,
Orang ini tidak popular,
Orang ini tidak negarawan,
benarkah semua itu?
Media sentiasa tidak memberi ruang kepada individu ini,
Akhbar alternatif selain Harakah hampir langsung tidak peduli individu ini,
Sengaja ditutup,
Sengaja tidak diberi perhatian..
Inilah orangnya,
Yang menghabiskan hampir seluruh umurnya,
Buat membimbing ummah,
Membanteras kejahilan,
Menguruskan perjuangan..
Sedang mereka-mereka dari kumpulan lain,
Hanya setahun dua baru bersama dengan kita..
Maka, janganlah dilupa orang ini..
Ini pimpinan kita tertinggi..
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang..