8/02/2011

MASIH MAHU MENIPU?


Terbakar rasa hati dengan Pejabat Pendaftaran Negara dan SPR ni (baca agen UMNO). Sebelum lanjut, harap awak semua boleh baca ini dulu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4675-suruhanjaya-perlu-siasat-pagi-mypr-petang-mykad

Macamana boleh senang-senang manusia berstatus PERMASTAUTIN TETAP boleh dapat WARGANEGARA ni. Paling kurang pun golongan ini kena tinggal di Malaysia 10 tahun ke atas baru layak pohon. Baru layak pohon bukan makna terus dapat!! Yang lebih tak tahan tup-tup nama dah ada dalam daftar pemilih SPR. Terus ada dalam daftar pemilih!! Sape punya kerja ni? Mak saudara aku daftar 3 kali dah kat pejabat POS sebagai pemilih, tak masuk-masuk juga dalam senarai pemilih SPR. Kenapa yang ini cepat sangat? Apa muslihat semua ini?

Tolonglah BN, kalau nak mati, kau mati sorang sudahlah. Jangan kau susahkan anak cucu Negara ini dengan memenuhkan Mat Indon dan Bangla dalam Negara ini. Malaysia ni kaya, biarlah yang rasa kekayaan ini rakyat Negara ini. Janganlah kau buat pedajal semua benda sampai hak kerakyatan pun kau senang-senang bagi pada orang luar hanya kerana nak bagi undi pada kau. Tolonglah BN!! Kau tak takut neraka ke BN. Macamana kau nak bertaubat satu hari nanti bila kau dah insaf? Kau nak cium tangan setiap rakyat Malaysia ke? Aku memang dah comfirm takkan maafkan korang. Dosa korang banyak sangat beb. Pedajal agama, jual tanah Negara, jual harta Negara, boros untuk bini dan kroni, sekat royalty Kelantan, banyak jahat dari baiknyalah aku senang cakap.

Dah tu kalau report SPR pun, SPR geng mereka!! Report POLIS pun, polis geng mereka!! Saman kat mahkamah pun, semua hakim geng mereka!! Desak tubuh seruhanjaya pun, semua panel pro mereka!! Apa nak jadi dengan Malaysia ni!!!

BN kau ingat aku sebut ni. Mahukah kau tengok rakyat berubah jadi tidak lagi percaya kepada KELUHURAN UNDANG-UNDANG DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG!! Kau tahukah apa kesannya!! Kesannya adalah apabila ada isu yang besar, rakyat sudah tidak percaya undang-undang dapat menanganinya. Rakyat masih tak puas hati, lalu sekumpulan rakyat buat bom dan bom sahaja pejabat-pejabat kerajaan. Bom putrajaya, bom Sri Perdana, bom Bukit Aman, bom pejabat SPRM, bom pejabat SPR. Sekumpulan rakyat lain pula buat rusuhan. Bakar kedai, bakar kereta, bakar supermarket. Mereka dah tak tahan. Tiada tempat lagi nak mengadu atas dunia ni. Kau mahu semua tu? Agak-agaklah nak buat jahat pun. Agak-agak.

Sudahlah!! Tak guna cakap pada BN. Pakatan Rakyat memang berpotensi menang, tetapi UMNO sedang menyusun penipuan. Tipu daftar pemilih ni, sampai bila-bila PAKATAN takkan menang. Nak menang macamana kalau dah yang undi tu bangla indon!!

Jadi ayuh kita bangkit. Kita sebarkan penipuan ini. Guna segala media yang ada (FB, youtube, Blog, Vlog) do everything!! Sebarkan supaya rakyat goyah dengan BN. Goyahkan keyakinan rakyat kepada BN itu kunci perubahan dalam diri rakyat!!

Sudahlah BN. 50 tahun kau perintah Negara ni. Rehatlah kejap. Bagi chance pada PR jap. Kalau PR teruk, satu penggal lagi kau ambik la balik. Apa susah..

Pesan KK06:

1. Kembalikan keadilan BN. Janganlah menipu. Kau akan turun juga satu hari, Jadi turunlah dengan baik-baik sahaja. Turun dari kerajaan dengan tenang sahaja. Apa susah.

2. Hentikan semua ni BN!! Hentikan. Kembalikan wibawa institusi-institusi keselamatan Negara seperti PDRM, SPRM, Pejabat Pendaftaran Negara dan termasuklah SPR.

3. Penipuan-penipuan ini maknanya PRU dah dekat. Jadi kerjalah kuat lagi...

Salam Ramadhan. “Seafdhal jihad itu adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...