| Kewajipan kami anak muda memenangkan Islam. Kewajipan kami anak muda melawan kerajaan zalim. |
4/24/2012
Mak Cik Tua Si Tukang Sapu
Siap untuk solat. Dalam perjalanan ke surau bertemu dengan seorang makcik yang sangat tua sedang menyapu sampah. Dengan lembut aku bertanya...
Aku : "makcik, rehatlah dulu dah malam ni.."
Makcik : "Tak bleh rehat nak.. Makcik kena kerja."
Aku : "Dah lama ke kerja kat sini makcik?"
Makcik Tua : "Dah tujuh bulan keje kat sini"
Aku : "Umur makcik berapa?"
Makcik Tua : "Umur makcik 70 tahun nak. Makcik tiap-tiap hari kerja. Dari jam 7 pagi sampai 11 malam. 7 bulan makcik kerja tak pernah dapat cuti walau sehari.."
Aku termenung. Hati panas!
Aku : "makcik takde anak kah?"
Makcik Tua : "makcik takde anak."
Aku : "makcik tinggal kat mana?"
Makcik Tua : "makcik tinggal kat sana. Sewa bilik Rm 150 sebulan.."
Aku : "Suami makcik ada lagi?"
Makcik Tua : "Suami ada, kerja buat bangunan.."
Makcik Tua : " Anak kerja atau masih sekolah?"
Aku : "masih sekolah makcik"..
Aku dah tak tahu nak cakap. Aku simpati...........
Aku : "makcik, sabar ya.. sabar ya.."
makcik tua : 'Ya, makcik akan terus bersabar nak..."
Aku : "Saya mahu solat dahulu makcik.."
Makcik Tua : "ya nak, silalah.."
Aku berlalu.. hati ku berfikir, macamana keadaannya. tentu dia sangat penat. Sedang aku yang masih muda kerja 3 hari tanpa tidur yang cukup sudah memenatkan.. Apa lagi makcik tua kerja menyapu sampah tanpa cuti non stop!!..
Aku tidak mengenali makcik ini.. Aku tidak tahu namanya.. Namun aku tahu dia dalam kesusahan. :'[
PERJUANGAN ITU SUSAH PAYAH
Aku teringat satu kuliah Ust Harun Taib.. Beliau kata:
"Menempuh perjuangan Islam ini memang susah. Sama sahaja kalau kita kerja-kerja yang lain. Ada orang kerja nelayan, dia juga susah. Ada juga orang bekerja sebagai penoreh, mereka juga susah.. " maka kita susah itu adalah kebiasaaan dan kita dapat pahala.."
BUDAYA SENANG
Kita didik dalam satu sistem pendidikan yang tidak holistik. Diajar supaya belajar tinggi agar senang masa depan? tak salah untuk senang di masa depan, namun apakah senang kita itu akan bermanfaat untuk orang lain? Kenapa manusia hanya mementingkan diri sendiri? Apakah tiada masa depan untuk yang gagal dan dalam kesusahan?
#Hingga hari ini aku masih mengingati raut wajah makcik yang penuh dengan kedutan.. dan aku tidak akan melupakan wajah itu!!
4/18/2012
POLITIK SAMSENG HADAP MAHASISWA?- POLITIK TERDESAK!
BN ni memang takde kerja lain la. Bila Mahasiswa minta PENDIDIKAN PERCUMA dia buat PEKAK. Bila dah tak tahan SUARA MAHASISWA makin kuat, bawak samseng belasah MAHASISWA!
Najib bercakap soal transformasi, soal wasatiyah, soal Islam dan ikut ajaran Rasulullah! PUi!!
Macam ni ke ikut Rasulullah? Pukul-pukul orang. Sampai bila politik Malaysia ni nak ikut budaya SAMSENG!
Oleh semua rakyat, tolong sebarkan. Sila saling menguat. UMNO/ BN dah tak tahan tu.. Sila tibai sampai lunyai kali ini.. Tanda TAK TAHAN adalah bawak samseng!!
4/17/2012
ISU PENGHINAAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU: Suatu respon dari sudut berbeza [siri 1]

Sehari dua ini, BN kelihatan bersemangat menghentam PR dalam isu yang kononnya “Penghinaan kepada Raja” ketika sidang pertabalan Agong 11 April lalu. Bahkan pada hari ini wakil PERKASA telah mengecam PR kononnya PR mahu menubuhkan sebuah “negara Republik”. Dalam coretan ringkas saya ini, saya tidak berhasrat untuk menyentuh soal tindakan PR atau BN. Rasa saya ada “point” lain yang lebih penting untuk diperhalusi. Yang saya mahu fokuskan dalam tulisan ini adalah berkaitan dengan institusi Raja itu sendiri.
Pertamanya saya mengakui bahawa Yang DiPertuan Agong / Raja adalah pemerintah tertinggi dalam negara. Bahkan sesiapa yang menentang Agong [dalam konteks Malaysia] boleh dikenakan tindakan seperti kumpulan ‘Bughah’ atau pemberontak. Ini yang telah disalahfaham oleh Fathul Bari dan segala 40 ulama Ikatan Ulama Muda UMNO (ILMU). Mereka telah silap faham bahawa menentang Najib adalah haram kerana Najib kononnya adalah pemerintah tertinggi negara. Saya ingin tegaskan kepada Fathul Bari dan kawan-kawan, pemerintah yang haram ditentang adalah Yang DiPertuan Agong!! Bukan NAJIB. Najib hanyalah PM [atau manager shj] kepada negara ini. Saya tidak mahu menghurai panjang hal ini. Yang saya cuba sampaikan kepada para pembaca adalah betapa saya menghormati raja-raja Melayu sebagai pemerintah tertinggi dalam Negara.
PENSEJARAHAN
Kita harus bermula dari sudut sejarah. Ketika Tanah Melayu ini belum dijajah, terdapat banyak kerajaan Melayu yang mempunyai Rajanya masing-masing. Contohnya kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Langkasuka, Kesultanan Sulu [di Filipina] dan banyak lagi. Sebelum kedatangan Islam, Tanah Melayu dikuasai oleh elemen Hinduisme. Dalam ajaran agama Hindu, Raja adalah anak Tuhan. Rakyat akan menyembah raja. Rakyat akan patuh sepenuhnya kepada Raja. Rakyat ditakut-takutkan dengan Tulah atau bencana sekiranya melawan raja [dan sememang Raja dulu-dulu mempunyai “pendamping”].
Dan setelah kedatangan Islam, Islam telah mengubah sedikit sebanyak institusi masyakat melayu. Sebagai contoh kerajaan Melaka, selepas kedatangan Islam, Sultan Mansur Shah dikenali sebagai Sultan yang soleh. Baginda telah menjadikan istana baginda sebagai tempat para ulama mengajar Islam. Namun elemen taat kepada Raja dalam hati orang melayu maish kuat. Masih ingat kisah anak Tun Perak iaitu Tun Besar yang telah dibunuh oleh Raja Muhammad, anak Sultan Mahmud Shah hanya gara-gara tengkoloknya jatuh akibat terkena bola sepakraga. Tun Perak yang pada ketika itu pembesar utama Melaka tidak membalas perbuatan Raja Muhammad kerana taat kepada Sultan Mahmud!! Sudah menjadi budaya orang Melayu patuh kepada Raja Melayu.
[bersambung]
4/15/2012
PENDIDIKAN PERCUMA ADALAH KEWAJIPAN KERAJAAN

RAKYAT MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA.

Kelmarin sekumpulan Mahasiswa mengumpul kekuatan kuantiti untuk berarak ke Dataran Merdeka. Tuntutan mereka hanya satu. HAPUSKAN PTPTN. HAPUSKAN PTPTN. HAPUSKAN PTPTN.
Pendidikan ada hak semua rakyat. Pendidikan bukan PERNIAGAAN. Dengan memberikan pendidikan yang baik, maka rakyat yang berpengetahuan akan membangunkan negara. Mudah bicara, PENDIDIKAN ADALAH PELABURAN NEGARA PALING LUMAYAN!!
Semua ini bermula pada tahun 1996 apabila Mahathir menarik biasiswa dan memperkenalkan PTPTN kepada rakyat. PTPTN ini adalah ibarat ALONG terbesar negara. Menjerut tengkuk rakyat seawal usia 22 tahun untuk berhutang. Masyarakat berhutang adalah masyarakat berjiwa hamba. Harus bekerja saban hari demi melunaskan hutang. Ini permainan UMNO sebenarnya.. Masyarakat berhutang TAKUT BANGUN MELAWAN!
Dah percayalah, MALAYSIA mampu menanggung PENDIDIKAN PERCUMA INI dengan hasil mashul yang kita miliki. Kita punya minyak [kita pengimport minyak], namun apakah kita pernah merasai hasil perdagangan setiap TITIK PETROLEUM DAN GAS yang keluar dari perut Tanah Air kita ini? Semuanya dirembat oleh pihak tertentu sahaja.
