10/11/2011

Yang Muda Yang Berjuang

Sungguh kehidupan ini penuh dengan kenikmatan yang sentiasa memburu hati-hati manusia. Hati manusia manakah yang tidak mahu hidup senang, rehat dengan nyaman, kenderaan yang hebat, sihat dan berada di samping orang yang kita sayang. Jiwa yang muda, tenaga yang kuat, hati yang masih kental tentu sahaja cocok dengan nikmat-nikmat ini kan?
Mari lihat sejenak dan renungkan kata-kata Allah ini:



Diperhiaskan bagi manusia kesukaan kepada barang yang diingini, (yaitu) dari hal perempuan dan anak laki-­laki, dan berpikul-pikul emas dan perak, dan kuda kenderaan yang diasuh, dan binatang-binatang ternak dan sawah-ladang. Yang demikian itulah perhiasan hidup di dunia. Namun di sisi Allah ada (lagi) sebaik tempat kembali. (ali imran 14)


Allah tahu apa yang menjadi kemahuan setiap manusia. Namun, percayalah. Allah tidakkan membiarka orang-orang beriman tanpa ujian. Dengan ujian membuktikan keimanan. Antara ujian yang terbesar adalah berjuang di jalan Allah. Berjuang di jalan Allah adalah sesuatu yang tidak disukai oleh hawa nafsu? Eh yeke? Meh sini aku nak bagi dalil biar sama-sama dapat pikir..


"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al Baqarah : 216)


Jadi jelaslah Allah dah tahu apa yang manusia suka. Namun Allah tetap mahu uji orang yang beriman. Hmm.. kenapa Allah wajibkan kita berjuang walhal benda tu hati tak suka, hati rasa malas, berat dan sebagainya. Tak lain hanyalah kerana Allah mahu uji kita.

Last sekali mari berfikir ayat ini. Pikir dalam-dalam. Kalau tak paham, pikir 2 kali. kalau tak paham juga pikir 3 kali dan 4 kali. Kalau sampai 10 kali masih tak paham sila masuk tidur dulu dan pikir esok sahaja. Ayatnya seperti berikut:

قُلْ إِنْ كَانَ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

8/22/2011

GURU TUISYEN SEBAR AJARAN KRISTIAN KEPADA PELAJAR MELAYU !!!


Aku sebenarnya tak berapa percaya kepada TV 3. Tapi aku rasa aku perlu percaya untuk laporan ini.. Sahabat-sahabat, sebarkan isu ini.. |Sebarlah, berkatalah. tulislah.. Berjuanglah untuk isu ini..
ISU MURTAD di kalangan orang Islam sekarang!!

PEMERIKSAAN JAIS DI DUMC 3 OGOS 2011

Lihat video ini dengan hati yang marah. Inilah kerja-kerja orang kapir yang jahat bila orang Islam lemah iman, miskin dan jahil. Mereka tetap tidak akan redha kepada kita melainkan kita ikut cara hidup mereka. Kalau tak paham bahasa Ingeris tolong cari translator. Tolong bagitahu dan terjemah video ini.

Inilah yang berlaku bila orang Islam miskin, pergi pejabat pusat zakat nak minta zakat tapi banyak birokrasi untuk dapat zakat yang ciput je. Time kutip zakat bukan main siap amil telipon lagi tanya kenapa tak bayar. Bila dah dapat, payah pulak nak dikeluarkan kepada asnaf!! Pemimpin UMNO masih cuba putar isu ini.. Mana Berahim Ali? Mana Harussani? Mana Omar Din? mana Khairy? Beribu orang Islam dah mustad di Malaysia ni, tinggal tak boleh tukar agama pada ic je!! Korang buat apa?

Ya Allah, belalah kami ya Allah. Kami dikepung kiri dan kanan, atas dan bawah. Hanya kepadamu kami berserah diri..

KK06 menyeru semua kawan-kawan gunakan pena yang ada bincang isu ini hingga jadi isu nasional. Tinggalkan dulu cerita-cerita yang lain. Apungkan isu ini di dada akhbar, majalah, FB, Utube dan segala media baru.. Apungkan8x dan terus apungkan ISU MURTAD ini. Biar jadi kesedaran seluruh orang Islam di Malaysia!!

8/03/2011

SENANG-SENANG BAGI KEWARGANEGARAAN : UMNO JAHAT, KOTOR DAN BANGSAT!!

Dengarlah ucapan pimpinan ini. Fikirkanlah dalam-dalam. Apa yang dibuat oleh BN ini sangat jahat. Menggadaikan hak kerakyatan kepada warga asing. Siap nama-nama mereka ada dalam senarai pemilih lagi. Apa semua ni? Kalau macam ni cara mengundi, sampai kiamat pun takkan menang. PR kerja 25 jam sehari, 8 hari seminggu raih hati pengundi pun takkan menang. Dah tu nak menang macamana kalau tipu daftar pemilih, bagi Indon dan Bangla mengundi maka memang sampai bila-bila takkan menang..

Wahai orang melayu bumiputera, marilah berfikir secara waras. Marilah kita renungkan kembali. Kalau dulu, ketika orang Melayu hidup senang di tanah bertuah ini, British membawa masuk orang-orang Cina dan India. Mereka diberi kerakyatan berdasarkan Jus Soli. Masih ingat Jus Soli? Ini tiada kaitan dengan Jus mangga atau Jus oren. Kalau tak tahu apa itu jus soli, bukak balik kitab sejarah tingkatan 2.

KK06 bukan berniat memainkan sentimen perkauman. Tetapi sedarlah, apabila orang Cina dan India masuk ke negara ini, landskap politik kita berubah. Masa dulu di Tanah Melayu ni majoriti orang Melayu beragama Islam. Sekarang dah ada non muslim untuk diajak kepada Islam. Sememangnya British sengaja memindahkan orang-orang bukan Islam ke tanah-tanah orang Islam untuk menyekat kemaraan Islam. Ini sememangnya perancangan British. Lihat sahaja di mana-mana tanah jajahan British. Sekalipun British tinggal sesebuah tanah jajahan, dia pasang perangkap dulu. Untuk Tanah Melayu, antara perangkap adalah memasukkan warga Cina dan India.. Dan saudara perlu tahu, puluhan tahun masa diambil oleh Parti Islam SeMalaysia untuk memahamkan orang-orang Cina dan India ini kepada Islam. Yang penting senang paham adalah landskap politik kita berubah.

Sekarang ini, kenapalah BN begitu jahat sekali? Kenapa begitu bangsat sekali? Kenapa bagi sewenang-wenangnya hak kerakyatan ini kepada orang Indon, Bangla dan Myanmar? Kenapa nak dipenuhkan negara ini dengan orang-orang ini? Kita tak mahu mereka jadi warga negara ini!! Apa jadi 10 tahun lagi apabila mereka ini semua beranak pinak dalam negara ini. Mereka akan tuntut tempat anak-anak kita di universiti, mereka akan tuntut peluang pekerjaan anak-anak kita, mereka akan mintak macam-macam!! Boleh jadi juga apabila jumlah mereka sangat ramai, mereka mahu sebuah parti sendiri untuk membela kumpulan mereka. Besar kesannya!! Sangat besarnya!! Mungkin mengambil masa 30 tahun lagi barulah kita dapat menang!! Ini negara kita!! Biar kita dan anak-anak kita yang rasa nikmat dan kemewahan negara ini sebagai seorang warganegara!!!

UMNO BN kau berhenti buat pedajal sampai macam ni sekali!!
Inilah perangkap jangka panjang Najib!!

Najib, kenapa kau tak nampak cara nak menang PRU 13 ni? Takkan tu pun aku nak cakap? Kau dah ada agensi kerajaan, tv, radio, duit, segala-segalanya!!!!!!
Kau gunalah semua tu lawan kami!! Gunalah!!Kami rela lawan dengan itu semua dari kamu buat pedajal hak kerakyatan ini!!

|Kami benci UMNO. UMNO dnahs dbayusdbaeuifdwbeniofhgwetd|
|UMNO pedajal segala-segalanya dalam Malaysia ni|

8/02/2011

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA!!

Di Malaysia ni semua ada. Macam-macam ada. Kelakar.
Ini samalah dengan penyamun bagi nasihat kepada penyamun,
Perompak bagi kuliah kepada perompak.

Samalah dengan Vincent Tan bagi tazkirah "Berjudi itu haram"
Samalah dengan Rosmah cakap "Berbelanjalah dengan berhemah"
Kah,kah,kah..

Najib bagi 5 juta je pun. Dengar khabar cincin Rosmah harga 24 juta.

Lu cakap, lu yang buat!! Lu nasihat orang, lu yang tak buat!!
Dua orang ni kalau PR perintah negara, apalah nasibnya ya..

Takkan nak jadi macam Suharto, dah tua pun kena turun naik mahkamah pakai wheel chair..


MASIH MAHU MENIPU?


Terbakar rasa hati dengan Pejabat Pendaftaran Negara dan SPR ni (baca agen UMNO). Sebelum lanjut, harap awak semua boleh baca ini dulu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4675-suruhanjaya-perlu-siasat-pagi-mypr-petang-mykad

Macamana boleh senang-senang manusia berstatus PERMASTAUTIN TETAP boleh dapat WARGANEGARA ni. Paling kurang pun golongan ini kena tinggal di Malaysia 10 tahun ke atas baru layak pohon. Baru layak pohon bukan makna terus dapat!! Yang lebih tak tahan tup-tup nama dah ada dalam daftar pemilih SPR. Terus ada dalam daftar pemilih!! Sape punya kerja ni? Mak saudara aku daftar 3 kali dah kat pejabat POS sebagai pemilih, tak masuk-masuk juga dalam senarai pemilih SPR. Kenapa yang ini cepat sangat? Apa muslihat semua ini?

Tolonglah BN, kalau nak mati, kau mati sorang sudahlah. Jangan kau susahkan anak cucu Negara ini dengan memenuhkan Mat Indon dan Bangla dalam Negara ini. Malaysia ni kaya, biarlah yang rasa kekayaan ini rakyat Negara ini. Janganlah kau buat pedajal semua benda sampai hak kerakyatan pun kau senang-senang bagi pada orang luar hanya kerana nak bagi undi pada kau. Tolonglah BN!! Kau tak takut neraka ke BN. Macamana kau nak bertaubat satu hari nanti bila kau dah insaf? Kau nak cium tangan setiap rakyat Malaysia ke? Aku memang dah comfirm takkan maafkan korang. Dosa korang banyak sangat beb. Pedajal agama, jual tanah Negara, jual harta Negara, boros untuk bini dan kroni, sekat royalty Kelantan, banyak jahat dari baiknyalah aku senang cakap.

Dah tu kalau report SPR pun, SPR geng mereka!! Report POLIS pun, polis geng mereka!! Saman kat mahkamah pun, semua hakim geng mereka!! Desak tubuh seruhanjaya pun, semua panel pro mereka!! Apa nak jadi dengan Malaysia ni!!!

BN kau ingat aku sebut ni. Mahukah kau tengok rakyat berubah jadi tidak lagi percaya kepada KELUHURAN UNDANG-UNDANG DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG!! Kau tahukah apa kesannya!! Kesannya adalah apabila ada isu yang besar, rakyat sudah tidak percaya undang-undang dapat menanganinya. Rakyat masih tak puas hati, lalu sekumpulan rakyat buat bom dan bom sahaja pejabat-pejabat kerajaan. Bom putrajaya, bom Sri Perdana, bom Bukit Aman, bom pejabat SPRM, bom pejabat SPR. Sekumpulan rakyat lain pula buat rusuhan. Bakar kedai, bakar kereta, bakar supermarket. Mereka dah tak tahan. Tiada tempat lagi nak mengadu atas dunia ni. Kau mahu semua tu? Agak-agaklah nak buat jahat pun. Agak-agak.

Sudahlah!! Tak guna cakap pada BN. Pakatan Rakyat memang berpotensi menang, tetapi UMNO sedang menyusun penipuan. Tipu daftar pemilih ni, sampai bila-bila PAKATAN takkan menang. Nak menang macamana kalau dah yang undi tu bangla indon!!

Jadi ayuh kita bangkit. Kita sebarkan penipuan ini. Guna segala media yang ada (FB, youtube, Blog, Vlog) do everything!! Sebarkan supaya rakyat goyah dengan BN. Goyahkan keyakinan rakyat kepada BN itu kunci perubahan dalam diri rakyat!!

Sudahlah BN. 50 tahun kau perintah Negara ni. Rehatlah kejap. Bagi chance pada PR jap. Kalau PR teruk, satu penggal lagi kau ambik la balik. Apa susah..

Pesan KK06:

1. Kembalikan keadilan BN. Janganlah menipu. Kau akan turun juga satu hari, Jadi turunlah dengan baik-baik sahaja. Turun dari kerajaan dengan tenang sahaja. Apa susah.

2. Hentikan semua ni BN!! Hentikan. Kembalikan wibawa institusi-institusi keselamatan Negara seperti PDRM, SPRM, Pejabat Pendaftaran Negara dan termasuklah SPR.

3. Penipuan-penipuan ini maknanya PRU dah dekat. Jadi kerjalah kuat lagi...

Salam Ramadhan. “Seafdhal jihad itu adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim”

DENGAR DAN PATUH ARAHAN PIMPINAN

Kepada seluruh rakan-rakan,
Jangan kita lupakan individu ini,
Inilah pemimpin kita,
yang wajib patuh dan taat,
Yang wajib kita kasih dan sayang..

Akhir-akhir ini,
Ramai orang sudah melupakan individu ini,
Mengagumi orang lain dari kumpulan yang lain..
Kerana kata mereka,
Orang ini tidak popular,
Orang ini tidak negarawan,
benarkah semua itu?

Media sentiasa tidak memberi ruang kepada individu ini,
Akhbar alternatif selain Harakah hampir langsung tidak peduli individu ini,
Sengaja ditutup,
Sengaja tidak diberi perhatian..

Inilah orangnya,
Yang menghabiskan hampir seluruh umurnya,
Buat membimbing ummah,
Membanteras kejahilan,
Menguruskan perjuangan..

Sedang mereka-mereka dari kumpulan lain,
Hanya setahun dua baru bersama dengan kita..

Maka, janganlah dilupa orang ini..
Ini pimpinan kita tertinggi..
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang..

8/01/2011

KLIP PALING KELAKAR

Tak nak komen apa-apa. Cukuplah tengok sendiri dan ketawa.. Polis Malaysia yang baik hati sedang memberi minum kepada para demonstran

7/30/2011

RAMADHAN TELAH DATANG!! REBUTLAH!!

Esok Ramadhan sampai kepada kita semua!!
Ayuh anak muda Islam, kita baiki diri..
Segera menghampiri diri kepada Allah,
Taubat segala dosa.
Asah semula azam yang lumpuh..
Jom layan lagu ini!!
Humban UMNO dalam sungai!!

BERSIH 2.0 - A Day to Remember!

You lied to us!! You made a great mistake..
Jangan lupa saat ini. Balik kampung, jumpa kawan-kawan ceritakan mereka kisah ini..
Cakap dan terus cakap.. Sebar dan terus sebar...
Janganlah dilupa.. Laungan itu..
BERSIH-BERSIH, PILIHANRAYA..

Bersedialah. Kalau SPR tak buat tuntutan BERSIH, bersedialah ke jalan raya lagi..
Kalau 8 tuntutan ini tak jalan, maka:
Mat bangla dan mat indon akan berpusu datang mengundi..
UMNO akan terus menang dengan undi POS,
Pakcik dan makcik felda akan terus jadi hamba sampai anak cucu,
Media akan terus kena sekat,
Kita mesti tekan BN laksanakan tuntutan-tuntutan ini..
Selagi tuntutan ini tidak dilaksanakan,
Kita akan terus ditipu sampai mati!!
Kita akan terus ditipu bulat-bulat!!
Kita akan terus ditipu hidup-hidup!!
Yang senang pemimpin BN,
Yang terus merempat dan melarat adalah rakyat tercinta!!

ROSMAH DIGESA SAMAN CHEGUBARD


Rosmah semalam menafikan bahawa dia telah membeli cincin yang didakwa oleh banyak pihak bernilai RM 24 juta. Rosmah kata semua itu adalah fitnah kepada dia.
WOW!! orang fitnah ni sudah cukup bagus!!
Dengan orang fitnah maka kita boleh buat duit!!
Saman sahaja CheguBard yang telah mendedahkan dokumen-dokumen sulit pembelian cincin itu. Bukak ini. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html
Apa susah? Kau samanlah "kaw-kaw" punya. Atas kapasiti kau sebagai isteri PM, fitnah kepada kau sangat besar kesannya pada kau. Jadi kau boleh saman 2-3 juta pada Chegubard. Apa susah?
Kenapa kau tak saman? Baru-baru ni Rais Yatim menang saman Cybertrooper RM 400,000.00 pasal fitnah dia. Kalau kau saman 2-3 juta, kurang-kurang kau akan menang RM1 juta.

Ini samalah dengan suami dia Najib. Sebelum jadi PM pun dah dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. KK06 mendapat maklumat ada lebih 11 akhbar antarabangsa yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Sepatutnya Najib saman sahaja akhbar-akhbar ini supaya dapat bersih nama beliau. Kenapa diam?

Mereka dua orang ni lupa kepada apa yang berlaku kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Apabila sebuah akhbar di Britain mengeluarkan kenyataan fitnah mengaitkan beliau dengan pergerakan militan Al Qaeda, Tuan Guru dengan Ketua Lajnah Undang-Undang PAS pada waktu Hanipa Maidin terus ke Britain dan menyaman akhbar berkenaan. Dan dalam kes itu Tuan Guru menang dapat pampasan saman RM 100,000.00 ++. Cuba bayangkan Najib saman 11 akhbar ini, kalau satu dapat RM 100,000.00 semuanya dah jadi RM 1.1 juta cukuplah nak beli handbag baru Rosmah!!! Hahahahaha.

Nota :
- KK06 pesan pada Najib dan Rosmah, bersihlah nama anda sebelum PR sapu BERSIH dalam PRU 13 ini.

- KK06 juga nak pesan kepada Najib, Rosmah dah jadi liabiliti kepada kau wahai Najib. Rosmah ni samalah dengan Khairy masa Pak Lah. Dengan adanya Rosmah di sisi kau, lagi mudah engkau kena tibai..

- Lagi banyak Rosmah boros harta negara, lagi cerah peluang PR nak menang. Lagi banyak cincin juta-juta Rosmah beli, lagi senang nak cakap pada orang kampung kejahatan BN..

UMNO perosak agama, penyubur rasuah, makan harta negara untuk keluarga dan anak-anak mereka. Rakyat hidup merempat, belajar kat U kena pinjaman, minyak naik, yuran naik.

-Kami benci UMNO, tolong keluar dari Tanah Air kami-

7/29/2011

PERKASA DAH BUAT KENYATAAN KENAPA TAK TURUN, PATRIOT KENAPA DIAM?


Saya tak nak tulis apa-apa. Cukuplah nak gelak sahaja.
HA HA HA HA HA HA HA HA HA H
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Nota : gambar menunjukkan seorang warga Bangladesh anggota Patriot yang telah kepenatan berdemo!!

NAJIB BOHONG LAGI DI KEDAH!!


Aku memetik satu artikel ucapan Najib dalam NST hari ini. Aku tidak paham kenapa ada orang dalam dunia ni boleh menipu terus menerus tanpa rasa malu? Aku rasa mungkin pemimpin negara ini suka menipu kerana dia fikir takde orang nak jawab penipuan mereka. Itu sahaja. Lalu mereka kekal menipu dan terus menipu. Artikel yang aku petik ni adalah ucapan Najib depan orang ramai ketika dia melawat Alor Star semalam. Artikelnya seperti berikut:

Earlier in his speech, Najib said Barisan Nasional was a responsible government that respected the Constitution and loved the country.

He gave an example of how responsible BN was when it allowed PAS to rule Kelantan peacefully for 21 years.

“We did not give them problems. At one time, PAS had even won by a single with a mere two-vote majority. They could rule the state peacefully without interference. That is how fair BN has been.”

The opposition, however, was desperate and different, said Najib.

News Strait Times – 29 July 2011

Aku rasa nak tergolek je ketawa!! Nak tipu orang Kedah bolehlah Najib. Tapi kau jangan nak kelentong orang Kelantan la. KK06 adalah rakyat Kelantan. Betul ke Najib kata BN tak bagi masalah pada Kerajaan PAS (baca rakyat: ) Kelantan? Selama 21 tahun PAS perintah Kelantan Najib kata BN tak buat kacau? Betul ke ni? Sudahlah berbohong Najib. Sudahlah!

Selama ini BNlah yang banyak mengenepikan Kelantan dalam banyak hal. Banyak projek-projek yang sepatutnya dibuat oleh Kerajaan Pusat tak dilaksanakan di Kelantan. BN selama ini telah menyeksa dengan teruk rakyat Kelantan. Aku malas nak sebut banyak la pasal sikap double standard Kerajaan Pusat (baca BN) kepada rakyat Kelantan. Aku ambik satu je. Isu royalty minyak Kelantan!!

KALAU BETUL BN “RESPONSIBLE GOVERNMENT” BAYAR ROYALTI MINYAK KELANTAN!!

Kalau betul Najib kata BN menghormati perlembagaan dan menghormati semangat federalisme, maka BN jangan menghalang Petronas dari membayar royalty minyak Kelantan. Royalty sebanyak 5% (5% je pun!!) setelah 5 tahun Petronas mencari gali minyak di telaga-telaga minyak Kelantan. Tapi BN telah menyekat duit royalty ini dari sampai kepada rakyat Kelantan.

Walhal bagi negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu masing-masing menikmati duit royalty minyak negeri masing-masing!! Kelantan ni bukan dalam Malaysia ke Najib? Kenapa kau tak bagi duit ni? 5 bilion ni bukan duit kau, ini duit rakyat Kelantan. Lagipun yang bayar bukan kerajaan Pusat, yang bayar adalah Petronas. Duit dari poket kau tak habis satu sen pun!! Petronas tahun lepas untuk 85 billion, setakat bayar 5 billion langsung tak rugi!!

Itulah contoh mudah BN mendera rakyat Kelantan. Sampai sekarang duit ini tidak dibayar kepada rakyat Kelantan. Sepatutnya Najib kena paham bagaimana mengambil hati rakyat Kelantan. Bukankah PRU kali ini BN bertekad nak rampas Kelantan?

Bayar sahaja royalty minyak ini. Bayar sahaja. BN akan dilihat adil dan saksama di mata rakyat Kelantan. KK06 percaya akan kembali ke pangkuan BN.Tak percaya? Buatlah dulu wahai Najib..

Nota:

-Satu pahaman yang berjaya ditanam oleh Tok Guru kepada rakyat Kelantan adalah

“BN bagi gula kacau, bagi kain pakai, tapi bagi bulan pakoh”- hahahaha. Sebab tu Najib taknak bayar duit ni. Najib tahu rakyat Kelantan ni cerdik bab politik. Tak payah nak kelentong dengan projek la, kita orang tak makan!! Woi Najib, politik ni “kopi O” orang Kelantan la..

- Selagi Najib tak bayar royalty 5 biliion ni, semua penyokong PR wajib guna isu royalty ini dalam politik Kelantan. Isu ini mudah difahami. Pusing cukup-cukup isu ini. Tak payah pening kepala nak tibai Awang Adek. Isu ini dah cukup cantik. Kalau rakyat Kelantan dah paham bahawa BN ni rompak duit dia, KK06 percaya, tooobat orang Kelantan takkan pangkah BN dalam PRU 13!!! Hahahahaha..

- Ada orang bagi nasihat pada KK06 “tak baik hentam pemimpin Negara”

KK06 jawab “kita hentam sebab diorang jahat!!”

HARIMAU MALAYA: ANDA TETAP HEBAT!!!


Sekalipun tewas di tangan Singapura dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan ke Piala Dunia semalam dengan agregat 4-6, KK06 mengucapkan tahniah kepada semua pemain Harimau Malaya. KK06 tahu bahawa kalian sudah berusaha semaksimum mungkin untuk mengatasi Singapura.

Inilah masanya sukan bola sepak Negara diminati kembali oleh rakyat Malaysia!! Tahniah Harimau Malaya!! Hadir kalian menyatukan rakyat Malaysia.

Jika dibandingkan dengan skuad Singapura yang dibarisi pemain import, tiadalah dihairankan kemenangan mereka. Syabas kepada Datuk K Rajagopal kerana melatih pemain-pemain tempatan Malaysia hingga ke tahap ini.

Kepada Apex, KK06 ucapkan syabas atas persembahan semalam. Jangan frust sangat. Senyumlah sikit!!

“Demo tetap kebanggoe oghe Klate”

-Kereta Kebal 06 harap momentum prestasi pemain Bola Sepak Malaysia mesti dikekalkan dan ditingkatkan sentiasa. Bereh!-

7/27/2011

KISAH LAMA YANG PERLU JADI IKTIBAR KEPADA MELAYU: HANYA KERANA DIA SEORANG MELAYU, MAKA TIADA NILAI DI MATA BN DAN UMNO.


Hari ini kita mendapat berita seorang perempuan yang dipaksa ketuk ketampi oleh seorang pegawai polis perempuan secara berbogel telah mendapat pampasan dari pihak kerajaan. Kes ini telah meletup lima tahun yang lalu. Oleh kerana malu dengan kejadian tersebut, maka perempuan tersebut telah memfailkan saman kepada pegawai polis berkenaan dan PDRM. Dan hari ini barulah dia dijanjikan pampasan. Berapa jumlah pampasan yang diterima dari pihak kerajaan tidaklah diumumkan kepada media. Semuanya diselasaikan di luar mahkamah sahaja.

Ketika rakaman video tersebut tersebar melalui media cetak dan elektronik, pada waktu itu disangkakan bahawa perempuan tersebut adalah seorang perempuan warga Republik China. Maka tergesa-gesalah kerajaaan BN pimpinan Dolah Badawi pada waktu itu mengarahkan Azmi Khalid berlepas ke China untuk memohon maaf kepada Kerajaan China. Azmi Khalid terus berlari ke China untuk meminta maaf kepada kerajaan China demi menjaga hubungan baik dengan Negara China. Harus difahami juga, permohonan maaf ini juga adalah untuk meredakan kemarahan masyarakat Cina di Malaysia. Kita tahu bahawa masyarakat China di Malaysia adalah masyarakat yang sensitif dan mereka tahu hak-hak mereka.

Teknik ini samalah dengan apa yang dibuat oleh Najib baru-baru ini. Ketika isu Kristian sebagai agama rasmi Negara hebat diapi-apikan oleh Utusan Meloya. Ibrahim Ali dengan PERKASAm yang kelihatan sebagai kumpulan Ultra Nasionalis Melayu nak melancarkan perang salib di Malaysia, maka masyarakat Kristian telah terluka. Ini semua adalah permainan politik sempit perkauman BN pimpinan Najib. Untuk meredakan semua itu, Najib telah menbuat lawatan ke Vatican City (sebuah tempat suci bagi agama Kristian). Najib dikhabarkan telah bertemu dengan Pope. Ini semua adalah untuk mereka kemarahan rakyat.

RUPA-RUPANYA MELAYU LA, BUKAN CINA!!

Setelah diperiksa, rupa-rupanya perempuan dalam klip video berkenaan bukanlah seorang warga China. Bukan Cina, tetapi Melayu. Perempuan Melayu beragama Islam!!

Apabila berita telah pecah bahawa perempuan itu seorang Melayu Islam, apa yang Dolah dan Najib buat? Apakah mereka menghantar wakil untuk berlutut kepada keluarga mangsa di atas pembuatan kurang ajar polis itu? Mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka langsung tidak minta maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa pada waktu. Dan akhirnya kes ini senyap begitu sahaja. Setelah 5 tahun berhempas pulas turun naik mahkamah, barulah hari ini perempuan Melayu Islam berkenaan mendapat pembelaan.

APAKAH KERANA DIA SEORANG PEREMPUAN MELAYU MAKA DIA TIADA NILAI?

Inilah sikap double standard kerajaan BN. Double standard!!!!

Kalau dengan rakyat sendiri BN yang kononnya ‘meneruskan tradisi membela rakyat’ buat lebih kurang sahaja!! Apakah kerana dia seorang perempuan Melayu, maka dia tiada nilai? Tiada maruahkah seorang perempuan Melayu? Kenapa BN lebih bersungguh menjaga maruah rakyat Negara lain dari rakyat sendiri? Kenapa??

Ya!! Mungkin pada hari ini mereka merasakan bahawa perempuan itu telah mendapat pembelaan. Bagi KK06, pampasan Kerajaan BN itu tiadalah apa sangat!!

Ini semua berlaku kerana bagi BN, buatlah apa pun kepada orang Melayu. Buatlah sesuka hati kepada orang Melayu, orang Melayu takkan bangkit. Orang Melayu takkan bangun melawan!! Orang Melayu di Malaysia telah berjaya dibodohkan oleh UMNO BN selama lebih 50 tahun. Orang Melayu tidak sensitive dengan hak-hak mereka. Orang Melayu selalu ditakutkan agar tidak bangun melawan BN.

- Kereta Kebal 06 berpesan kepada orang Melayu Islam supaya kembali kepada Islam. Bila Islam kuat dalam diri orang Melayu, maka bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang kuat!!

Kuat Islam Kuatlah Melayu- Kuat Melayu, Kuatlah Rakyat - Kuat Rakyat, Kuatlah Negara

Humban BN dalam tong sampah!!

7/25/2011

KEGANASAN POLIS MALAYSIA : MENGAKU SAHAJALAH!!

Pasukan polis adalah sebuah badan yang seharusnya professional dalam menjalankan tugasan utama mereka iaitu menjaga keselamatan negara dan rakyat. Mereka dilengkapi dengan segala kelengkapan, persenjataan dan kemahiran untuk memelihara keamanan. Pasukan polis yang kuat dan professional dapat membanteras jenayah, melindungi rakyat seterusnya menjadikan negara kita aman untuk didiami. Senang paham kerja adalah polis menjaga rakyat!! Memastikan rakyat selamat!!

KEGANASAN POLIS MALAYSIA

Namun polis di Malaysia digunakan untuk menjaga UMNO dan BN!! Pasukan polis yang sepatutnya melindungi rakyat tidak menjalankan tugas ini sebaliknya pasukan polis digunakan untuk memeras dan menakutkan rakyat. Berapa banyak jenayah yang dilakukan oleh pihak polis kemudian ditutup begitu sahaja. Kalau saudara-saudara masih ingat, pada tanggal 19 November 1985, Ustaz Ibrahim Libya dan 13 sahabatnya telah ditembak mati di rumah beliau. Ditembak di rumah beliau!! Bukan ketika sedang menyamun di kedai emas. Alasannya mereka adala komunis. Komunis kepala hotak kau polis. Mereka ini adalah anak-anak murid Ustaz Ibrahim Libya. Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang ulama yang lebih 20 tahun merantau mencari ilmu. Apa jadi dengan kes ini? Mahathir dan Musa Hitam kena jawab. Tangan mereka berlumuran dengan darah Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya. Siapa bunuh? Polis!!

Lihat dalam pembunuhan Mendiang Altantunya Shariibu. Yang terlibat adalah Azilah dan Sairul. Dua mamat ini adalah anggota polis. Mereka mengaku mencekik Altantuya, kemudian menembak kepala Altantuya dan meletupkan mayat Altantuya dengan bom C4. Sungguh sadis anggota Polis Malaysia!! Lihat sahaja dalam kes pembunuhan adik Aminurrashid. Seorang pelajar berumur 15 tahun yang memandu kereta tanpa lesen telah ditembak bertubi-tubi hingga mengakibatkan kematiannya. Apakah kerana kesalahan memandu tiada lesen maka pihak polis wajar melepaskan tembakan rambang? Bagaimana dengan kematian Mendiang Kugan yang didapati telah dibelasah dengan teruk ketika dalam jagaan polis. Siapakah yang membelasah Kugan? Adakah dia membelasah dirinya sendiri seperti Anwar Ibrahim pada tahun 1999?

Dalam siri-siri himpunan aman rakyat (untuk menyuarakan pandangan yang berbeza dengan kerajaan) keganasan pihak polis tidak boleh lagi diselindung. Pangalaman saya sendiri melihat dengan mata kepala dari jarak 1 meter bagaimana seorang demonstran disepak dan diterajang beramai-ramai oleh pihak polis FRU dalam sebuah demonstrasi aman di Kuala Lumpur. Demonstran ini tidak mengasari pihak polis. Kami hanya berhimpun dengan aman. Tanpa senjata merbahaya untuk mengganas.

Kemuncak kepada keganasan polis di Malaysia adalah ketika Himpunan Bersih 2.0. Pihak polis telah digunakan sepenuhnya oleh Najib untuk menghalang kemaraan rakyat berhimpunan secara aman. Lihat sahaja dalam YouTube akan bagaimana layanan pihak polis kepada demonstran. Apakah 100,000 demonstran yang hadir akan percaya kepada pembohongan “atas darat” Ketua Polis Negara bahawa tiada kekasaran kepada demonstran BERSIH?

Tidak cukup dengan itu, pihak polis juga bertindak dengan mengeluarkan satu klip video yang menunjukkan bahawa demonstran Bersih 2.0 yang sebenarnya ganas. Dengan gambar yang tidak jelas, dan dipotong-potong maka tidak mungkin rakyat akan percaya penipuan pihak Polis ini. Ini tentu sekali menaikkan lagi kemarahan rakyat yang turun ketika B 2.0!

Yang sebenarnya adalah dalam apa jua program PR baik demonstrasi, ceramah dan sebagai semuanya berjalan dengan aman dan tiada gangguan. Keadaan hanya dan hanya menjadi tidak aman apabila pasukan polis datang. Kehadiran pasukan polislah yang menjadikan keadaan tidak aman!! Dalam himpunan Bersih 2.0 tindakan pihak polislah yang mencetuskan keadaan tidak aman. Bermula dengan kejar beramai-ramai, tangkap, pukul, karate, kungfu, gari dan heret. Lihat sahaja dalam YouTube. Kepada Ismail Omar, zaman YouTube adalah zaman yang sudah tidak releven untuk menipu. Lagi engkau menipu lagi banyak orang akan sedar. Jadi kau tak payahlah nak cakap bahawa anggota polis semua tidak melakukan kekerasan.

Pihak polis sepatutnya memohon maaf dan mengakui kesilapan. Hishamuddin sepatutnya letak jawatan sahaja. Bukan susah. Dengan memohon maaf sekurang-kurangnya kemarahan rakyat akan kendur. Orang Malaysia bukan macam orang Amerika. Mereka payah marah dan cepat sejuk. Dengan mengaku salah dan meminta maaf, pihak polis akan kembali diterima oleh rakyat. Integriti polis akan perlu dibaiki dengan segera!! Tapi pihak polis juga terikut-ikut dengan UMNO dan BN. Buat bebal dan tak dengar keluhan rakyat. Percayalah, kuasa rakyat tidak akan dapat ditolak oleh pemerintah yang zalim. Lagi zalim kamu buat aniaya pada rakyat, lagi kuat rakyat akan bangun melawan kamu wahai BN dan Polis!!

Selagi ketua polis adalah Ismail dan Timbalannya Khalid, sampai mampuslah Polis akan terus jadi barua BN-

-Kereta Kebal 06 terus membela rakyat yang tertindas-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...