Pasukan polis adalah sebuah badan yang seharusnya professional dalam menjalankan tugasan utama mereka iaitu menjaga keselamatan negara dan rakyat. Mereka dilengkapi dengan segala kelengkapan, persenjataan dan kemahiran untuk memelihara keamanan. Pasukan polis yang kuat dan professional dapat membanteras jenayah, melindungi rakyat seterusnya menjadikan negara kita aman untuk didiami. Senang paham kerja adalah polis menjaga rakyat!! Memastikan rakyat selamat!!
KEGANASAN POLIS MALAYSIA
Namun polis di Malaysia digunakan untuk menjaga UMNO dan BN!! Pasukan polis yang sepatutnya melindungi rakyat tidak menjalankan tugas ini sebaliknya pasukan polis digunakan untuk memeras dan menakutkan rakyat. Berapa banyak jenayah yang dilakukan oleh pihak polis kemudian ditutup begitu sahaja. Kalau saudara-saudara masih ingat, pada tanggal 19 November 1985, Ustaz Ibrahim Libya dan 13 sahabatnya telah ditembak mati di rumah beliau. Ditembak di rumah beliau!! Bukan ketika sedang menyamun di kedai emas. Alasannya mereka adala komunis. Komunis kepala hotak kau polis. Mereka ini adalah anak-anak murid Ustaz Ibrahim Libya. Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang ulama yang lebih 20 tahun merantau mencari ilmu. Apa jadi dengan kes ini? Mahathir dan Musa Hitam kena jawab. Tangan mereka berlumuran dengan darah Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya. Siapa bunuh? Polis!!
Lihat dalam pembunuhan Mendiang Altantunya Shariibu. Yang terlibat adalah Azilah dan Sairul. Dua mamat ini adalah anggota polis. Mereka mengaku mencekik Altantuya, kemudian menembak kepala Altantuya dan meletupkan mayat Altantuya dengan bom C4. Sungguh sadis anggota Polis Malaysia!! Lihat sahaja dalam kes pembunuhan adik Aminurrashid. Seorang pelajar berumur 15 tahun yang memandu kereta tanpa lesen telah ditembak bertubi-tubi hingga mengakibatkan kematiannya. Apakah kerana kesalahan memandu tiada lesen maka pihak polis wajar melepaskan tembakan rambang? Bagaimana dengan kematian Mendiang Kugan yang didapati telah dibelasah dengan teruk ketika dalam jagaan polis. Siapakah yang membelasah Kugan? Adakah dia membelasah dirinya sendiri seperti Anwar Ibrahim pada tahun 1999?
Dalam siri-siri himpunan aman rakyat (untuk menyuarakan pandangan yang berbeza dengan kerajaan) keganasan pihak polis tidak boleh lagi diselindung. Pangalaman saya sendiri melihat dengan mata kepala dari jarak 1 meter bagaimana seorang demonstran disepak dan diterajang beramai-ramai oleh pihak polis FRU dalam sebuah demonstrasi aman di Kuala Lumpur. Demonstran ini tidak mengasari pihak polis. Kami hanya berhimpun dengan aman. Tanpa senjata merbahaya untuk mengganas.
Kemuncak kepada keganasan polis di Malaysia adalah ketika Himpunan Bersih 2.0. Pihak polis telah digunakan sepenuhnya oleh Najib untuk menghalang kemaraan rakyat berhimpunan secara aman. Lihat sahaja dalam YouTube akan bagaimana layanan pihak polis kepada demonstran. Apakah 100,000 demonstran yang hadir akan percaya kepada pembohongan “atas darat” Ketua Polis Negara bahawa tiada kekasaran kepada demonstran BERSIH?
Tidak cukup dengan itu, pihak polis juga bertindak dengan mengeluarkan satu klip video yang menunjukkan bahawa demonstran Bersih 2.0 yang sebenarnya ganas. Dengan gambar yang tidak jelas, dan dipotong-potong maka tidak mungkin rakyat akan percaya penipuan pihak Polis ini. Ini tentu sekali menaikkan lagi kemarahan rakyat yang turun ketika B 2.0!
Yang sebenarnya adalah dalam apa jua program PR baik demonstrasi, ceramah dan sebagai semuanya berjalan dengan aman dan tiada gangguan. Keadaan hanya dan hanya menjadi tidak aman apabila pasukan polis datang. Kehadiran pasukan polislah yang menjadikan keadaan tidak aman!! Dalam himpunan Bersih 2.0 tindakan pihak polislah yang mencetuskan keadaan tidak aman. Bermula dengan kejar beramai-ramai, tangkap, pukul, karate, kungfu, gari dan heret. Lihat sahaja dalam YouTube. Kepada Ismail Omar, zaman YouTube adalah zaman yang sudah tidak releven untuk menipu. Lagi engkau menipu lagi banyak orang akan sedar. Jadi kau tak payahlah nak cakap bahawa anggota polis semua tidak melakukan kekerasan.
Pihak polis sepatutnya memohon maaf dan mengakui kesilapan. Hishamuddin sepatutnya letak jawatan sahaja. Bukan susah. Dengan memohon maaf sekurang-kurangnya kemarahan rakyat akan kendur. Orang Malaysia bukan macam orang Amerika. Mereka payah marah dan cepat sejuk. Dengan mengaku salah dan meminta maaf, pihak polis akan kembali diterima oleh rakyat. Integriti polis akan perlu dibaiki dengan segera!! Tapi pihak polis juga terikut-ikut dengan UMNO dan BN. Buat bebal dan tak dengar keluhan rakyat. Percayalah, kuasa rakyat tidak akan dapat ditolak oleh pemerintah yang zalim. Lagi zalim kamu buat aniaya pada rakyat, lagi kuat rakyat akan bangun melawan kamu wahai BN dan Polis!!
Selagi ketua polis adalah Ismail dan Timbalannya Khalid, sampai mampuslah Polis akan terus jadi barua BN-
-Kereta Kebal 06 terus membela rakyat yang tertindas-