7/30/2011

ROSMAH DIGESA SAMAN CHEGUBARD


Rosmah semalam menafikan bahawa dia telah membeli cincin yang didakwa oleh banyak pihak bernilai RM 24 juta. Rosmah kata semua itu adalah fitnah kepada dia.
WOW!! orang fitnah ni sudah cukup bagus!!
Dengan orang fitnah maka kita boleh buat duit!!
Saman sahaja CheguBard yang telah mendedahkan dokumen-dokumen sulit pembelian cincin itu. Bukak ini. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html
Apa susah? Kau samanlah "kaw-kaw" punya. Atas kapasiti kau sebagai isteri PM, fitnah kepada kau sangat besar kesannya pada kau. Jadi kau boleh saman 2-3 juta pada Chegubard. Apa susah?
Kenapa kau tak saman? Baru-baru ni Rais Yatim menang saman Cybertrooper RM 400,000.00 pasal fitnah dia. Kalau kau saman 2-3 juta, kurang-kurang kau akan menang RM1 juta.

Ini samalah dengan suami dia Najib. Sebelum jadi PM pun dah dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. KK06 mendapat maklumat ada lebih 11 akhbar antarabangsa yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Sepatutnya Najib saman sahaja akhbar-akhbar ini supaya dapat bersih nama beliau. Kenapa diam?

Mereka dua orang ni lupa kepada apa yang berlaku kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Apabila sebuah akhbar di Britain mengeluarkan kenyataan fitnah mengaitkan beliau dengan pergerakan militan Al Qaeda, Tuan Guru dengan Ketua Lajnah Undang-Undang PAS pada waktu Hanipa Maidin terus ke Britain dan menyaman akhbar berkenaan. Dan dalam kes itu Tuan Guru menang dapat pampasan saman RM 100,000.00 ++. Cuba bayangkan Najib saman 11 akhbar ini, kalau satu dapat RM 100,000.00 semuanya dah jadi RM 1.1 juta cukuplah nak beli handbag baru Rosmah!!! Hahahahaha.

Nota :
- KK06 pesan pada Najib dan Rosmah, bersihlah nama anda sebelum PR sapu BERSIH dalam PRU 13 ini.

- KK06 juga nak pesan kepada Najib, Rosmah dah jadi liabiliti kepada kau wahai Najib. Rosmah ni samalah dengan Khairy masa Pak Lah. Dengan adanya Rosmah di sisi kau, lagi mudah engkau kena tibai..

- Lagi banyak Rosmah boros harta negara, lagi cerah peluang PR nak menang. Lagi banyak cincin juta-juta Rosmah beli, lagi senang nak cakap pada orang kampung kejahatan BN..

UMNO perosak agama, penyubur rasuah, makan harta negara untuk keluarga dan anak-anak mereka. Rakyat hidup merempat, belajar kat U kena pinjaman, minyak naik, yuran naik.

-Kami benci UMNO, tolong keluar dari Tanah Air kami-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...