7/13/2011

BERSIH 2.0 : IKTIBAR BUAT NAJIB.


Sudah menjadi sunnah alam bahawa mana-mana kerajaan ada tarikh luputnya. Yang kekal hanyalah Kerajaan Allah SWT. Hatta kerajaan para Rasul pun ditamatkan oleh Allah SWT akan tarikh hidupnya. Kalau kerajaan para Rasul pun Allah SWT berikan “tamat tempoh”nya, apalah sangat dengan kerajaan BN dan UMNO pimpinan Najib Tun Razak.

Oleh kerana terlalu lama memegang tampuk kekuasaan Negara, BN seolah-olah merasakan bahawa kuasa adalah pusaka nenek moyang mereka dan kekayaan Negara akan difaraidkan kepada anak menantu meraka. Selama 50 tahun mereka melakukan dosa dengan menghancurkan agama (sekat bantuan SAR, tangkap ulama, rantai masjid dsb) , masalah rasuah besar (empangan Bakun, Perwaja Steel), salah gunakuasa (skandal kapal selam, skandal pembelian jet dsb) , salah guna kekayaan Negara (rosmah beli cincin 24 juta-aku kerja sampai mati pun takkan dapat 24 juta), pembunuhan (Altantuya, Mohd Sarbaini, Teoh, Aminul Rasyid, Ibrahim Libya dsb) rakyat kelihatan diam seribu suara. Bagi UMNO dan BN, buatlah apa pun, rompaklah banyak mana pun, rasuahlah juta-juta pun, selagi rakyat dapat makan, dapat pendidikan minima, dapat tempat tinggal lebih kurang, RAKYAT TAKKAN BANGUN MELAWAN.

Tidak selamanya rakyat boleh ditipu. Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana seorang manusia yang belasan tahun ditindas, dianiayai suatu hari mereka akan bangun melawan. Kenapa mereka melawan? ini hanyalah kerana mereka adalah seorang insan. Nurani seorang insan mahukan kebebasan, kebenaran dan keadilan. Itu adalah naluri seorang manusia. Naluri ini tidak boleh dibuang. Sebab itu UMNO dan BN mesti sedar rakyat telah memberi isyarat jelas pintu keluar buat mereka.

HALANGAN DEMI HALANGAN BUAT BERSIH 2.0

Kebangkitan rakyat perlu dihalang. Maka pelbagai cara digunakan untuk menghalang BERSIH. Saya telah sebutkan dalam artikel saya yang terdahulu. Yang paling dahsyat desperate act yang diambil oleh BN dengan memperanjingkan POLIS adalah dengan mengharamkan 91 indivdu masuk ke Kuala Lumpur. 91 individu ini kebanyakkan adalah ajk pemandu BERSIH dan pimpinan PR. Ditambah lagi dengan sekatan jalanraya yang dahsyat untuk masuk ke Kuala Lumpur dari semua arah.

Najib pula kelihatannya mempermainkan rakyat dengan mengatakan bahawa sekiranya mahu berhimpun, boleh berhimpun di stadium dan apabila BERSIH mendapat perkenan Agong berhimpunan di stadium, Najib memberi pelbagai alasan. Pihak Polis pula menggunakan pelabagai alas an yang tidak masuk akal seperti himpunan tiada permit, rusuhan haram, wujud unsur keganasan (penemuan Molotov cocktail dan parang), wujud anasir komunis dan sebagainya. Hakikatnya mereka tidak mahu membenarkan rakyat berhimpun secara aman untuk WALK FOR DEMOCRACY.

Najib, Ismail Omar dan Abdul Rashid kelihatan sangat angkuh dengan tuntutan rakyat. Rakyat sudah sangat meluat dengan kenyataan mereka. Pengerusi SPR dengan angkuh mengatakan tidak akan tunduk kepada Tuntutan BERSIH. Kita nak tanya siapa pelanggan SPR ini. Apa core business mereka? Siapa pelanggan SPR ini? Core Business mereka adalah menjalankan pilihan raya dengan adil dan telus dan pelanggan meraka adalah parti-parti politik di negera ini. Apakah dengan keangkuhan Pengerusi SPR dengan tidak mahu berurusan dengan parti-parti PR baik bagi mereka? Tentu sekali tidak. Akibat hanya berurusan dengan UMNO dan BN, SPR dilihat sudah menjadi “parti komponen BN”.

Rakyat terus disekat. Pemuda UMNO dengan PATRIOTnya, Ibrahim Ali dengan PERKASA, Omar Din dengan pendekar-pendekarnya. Semua mereka mengugut rakyat jangan turun BERSIH. Rakyat tidak memberikan reaksi yang jelas. Bahkan ramai yang menganggap dengan segala tekanan yang diberikan, mustahil Himpinan Aman BERSIH dapat dijalankan.

KUASA ALLAH PENENTU SEGALA

Kalau saudara berada di Kuala Lumpur pada pagi 9 Julai 2011, anda mungkin menyangka anda berada di Bandar Kuala Berang atau Kampung Bandar Pulai Chondong (tempat abang saya). Suasana sangat lengang. Jalan-jalan raya kosong akibat road block polis yang menggila. Semua kedai dirantai seolah anda berada di Hartal Day (kalau tak tahu apa dia hartal day, tanya google). Di stesen komuter dan LRT kelihatan kosong walhal hari minggu. Di SOGO pada jam 1 tengahari, SB dan polis lebih ramai dari rakyat. Telepun dan mesej bertalu talu memaklumkan ratusan demonstaran telah dihumban ke dalam Black Maria. Terdetik dalam hati, jadi ke Himpunan ini?

Tepat jam 2 petang usai solat zohor berjemaah, segera ke masjid jamik. Kelihatan 200-300 orang sahaja. Dimulai dengan laungan takbir, entah dari mana datang manusia keluar dari celah-celah bangunan berhimpun. Sungguh tidak disangka. Dari mana datanga manusia seramai ini? Berarak puluhan ribu rakyat ke stadium merdeka.Disekat kemudian berpatah balik ke Central Market. Ditembak dengan gas pemedih mata, terputus dua kumpulan. Terus berjalan ke KLCC.

Apabila rakyat dengan bangun melawan, anjing Polis tiada mampu melakukan apa-apa. Sekalipun mereka menangkap demonstran dengan ganas, mereka hanya dapat menangkap 1,500 orang sahaja. Ribuan kamera telah mengambil gambar-gambar keganasan Polis Malaysia.

Rakyat telah bangun dan menyatakan kebencian buat Najib atas segala penipuan terhadap rakyat dan demokrasi. Dengan segala kekuatan Najib kerahkan untuk menghalang rakyat turun, namun ribuan juga telah turun. Percayalah rakyat telah menang dengan Himpunan Aman BERSIH. Rakyat telah menang.

|Anak Muda Islam Mahu Rakyat Diperkuatkan|

|Kuat Rakyat, Kuatlah Negara|

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...