
Kelmarin pada jam 1.55 petang Datuk Ambiga (pengerusi BERSIH), Datuk A Samad Said (Sasterawan Negara) dan Zaid Kamaruddin telah mendapat perkenan mengadap Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Dalam pertemuan tersebut, Tuanku Mizan menasihati BERSIH agar mengadakan Himpunan Aman pada 9 Julai 2011 ini di stadium bagi mengelakkan kejadian yang buruk dari berlaku.
Bagi pihak rakyat jelata, kami menjunjung penuh titah Tuanku dan kami bersyukur kerana Tuanku berkenan mencemar duli campur tangan menandakan betapa Tuanku sangat mengambil berat hal ehwal rakyat jelata. Kami rakyat jelata mendoakan kesejahteraan Tuanku dan Permaisuri agar sentiasa beroleh rahmat dari Allah SWT untuk terus memayung rakyat jelata.
KESAN PERKENAN YANG DI-PERTUAN AGONG TERHADAP TINDAKAN BERSIH 2.0
Terdapat beberapa kesan yang jelas dari pertemuan ini. Kelihatan ada yang hilang semangat kerana perubahan tempat (dari jalan raya ke stadium). Ada yang mengatakan bahawa himpunan kali ini akan sama dengan Himpunan Protes di Kelana Jaya 2 tahun lepas. Bagi pihak AMI, ada hikmah yang sangat besar untuk dinilai semula. Pihak POLIS, NGOs Radikal Melayu telah diperAnjing (diperkuda baik sangat) sepenuhnya oleh UMNO untuk menyekat gerakan BERSIH. Dan kita harus mengakui provokasi melampau ini sangat-sangat BAHAYA!! Antara provokasi tersebut adalah :
- GTR (geledah, tangkap, reman)
Sesiapa sahaja yang ada menyimpan baju BERSIH (hatta memakai baju kuning pun adlaah satu kesalahan) akan ditahan. Mana-mana premis yang ada kaitan dengan BERSIH (termasuklah rumah-rumah pimpinan PAS) akan digeledah.
2. Cubaan mengaitkan BERSIH dengan Komunis
Kesan cubaan ini adalah penahanan aktivis PSM dan Ahli Parlimen Sg Siput ,Dr Jayakumar di bawah Emergency Ordinance (EO) –akta darurat. EO ini sama sahaja dengan ISA. Mereka yang ditahan akan disoal siasat 60 hari dan mereka tidak dibicarakan. Hukuman penjara boleh ditambah sesuka hati pemerintah. Kerajaan tahu mereka akan hilang popular kalau menahan aktivis dengan ISA, jadi mereka gunakan EO yang sebenarnya sama sahaja dengan ISA. Kalau perkara ini berterusan, tak dapat dibayangkan berapa ramai yang akan menghuni Penjara Simpang Renggam.
3.Cubaan mengaitkan BERSIH dengan penemuan Molotov Cocktail (MC) dan Parang.
Ini adalah cubaan yang paling bahaya. Penemuan 44 MC dan 25 bilah parang di sekitar SOGO sangat memeranjatkan. Hal ini tentu sekali permainanan SB. Mereka yang yang letak dan mereka dakwa kita buat.
Kita harus ingat jika demonstarasi dikekalkan di jalan raya, ruang provokasi lebih besar. Baju-baju BERSIH yang mereka rampas, mereka boleh pakai semula menyamar sebagai demonstaran BERSIH dan merekalah yang akan membakar kereta, membakar kedai, memukul pihak polis dan sebagainya untuk menunjukkan bahawa demonstari BERSIH adalah GANAS. Ini tidak dapat dilakukan dalam BERSIH 1.0 kerena jualan baju BERSIH adalah tertutup kepada anggota BERSIH dan parti yang terlibat sahaja.
Dengan restu yang Di Pertuan Agong ini, maka jelaslah bahawa Agong mengiktiraf gerak BERSIH. UMNO telah kalah dalam usaha mereka mencemarkan BERSIH dengan pelbagai tuduhan busuk. Dengan restu ini menjadikan pihak POLIS tidak lagi boleh menahan aktivis-aktivis BERSIH. Sekiranya mereka menahan juga, POLIS adalah telah DERHAKA kepada Agong.
Ada yang mengatakan bahawa sekiranya bersih dibuat di stadium, maka jumlah yang hadir akan berkurangan.. AMI tidak percaya. Sama-samalah kita lihat nanti.
|Anak Muda Islam Cintakan Raja Yang Adil|