7/25/2011

PROJEK MENIPU SAMPAI KIAMAT : PENGGUNAAN SISTEM BIOMETRIK DALAM PRU 13


Apabila gelombang rakyat diespesikan melalui Bersih 2.0, BN dan UMNO berterusan mengatakan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia tidak langsung pernah digunakan untuk menipu rakyat. Najib dan kuncu-kuncunya menjaja di seluruh negara bahawa pilihanraya di Malaysia adalah pilihanraya adalah adil dan tiada pembohongan. Walaupun beribu pendedahan dilakukan tentang pengundi berumur 100 tahun, penglibatan warga asing mempunyai kad pengenalan, rasuah politik pilihanraya, penggunaan media yang berat sebelah, penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya namun Najib masih buat “Pekak BadaK” dan terus tidak melayan tuntutan Bersih 2.0. Najib berpendapat mengulang pembohongan berulang kali maka lama kelamaan rakyat akan mempercayai. Namun apakah mungkin terus menipu di zaman internet ini? Bolehkah menipu di zaman wujudnya youtube ini? Bolehkan menipu waktu wujud facebook sekarang?

Najib: Lain orang mintak, lain kau bagi.

Antara tuntutan Bersih adalah penggunaan dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal ini penting untuk menghalang berlaku pengundian 2 kali atau lebih bagi seorang individu. Orang yang dah mengundi takkan dapat mengundi 2 kali melainkan mereka memotong jari mereka. SPR pernah menerima cadangan Bersih 1.0 untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal, namun membatalkan di saat- saat akhir dalam PRU 12. Memang dasar pengkhianat. Merujuk kepada kenyataan rasmi SPR, penggunaan dakwat kekal terpaksa dibatalkan kerana faktor keselamatan. Budak kecil pun boleh fikir betapa bodohnya alasan SPR ini. Apakah kaitan dakwat dengan keselamatan? Bukannya jari dicelup dalam asid. Dakwat bukan C4. SPR dah merapu untuk terus menjadi barua UMNO.

Untuk mengaburi mata rakyat, Najib mengumumkan bahawa penggunaan Sistem Biometrik sebagai reformasi Pilihanraya. Dengan nama yang kelihatan “canggih” maka akan mudah untuk menipu makcik dan pakcik di kampung-kampung. Merujuk Utusan Malaysia 24 Julai 2011, Najib berkata:

“Apabila hendak undi, cap sahaja jari pada pengimbas (scanner), kalau nama betul dengan Mykad, baru undi. Katanya ketika berucap pada Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 (di Kangar).”

Najib berkata, langkah tersebut membuktikan bahawa kerajaan mahu memastikan sistem yang dilaksanakan di negara ini adalah yang terbaik.

“Sistem ini (biometric) yang terbaik di dunia, tak ada Negara lain yang menggunakannya walaupun Negara maju”

-Utusan Malaysia 24/7/ 2011-

Baca betul-betul kenyataan Najib ini atau akan terus ditipu sampai mati.

Pertama: Penggunaan Biometrik adalah dengan thumb print scanning iaitu untuk mengesahkan bahawa pemilik sebenarnya Mykad. Soalnya buat apa untuk diperiksa sama ada Mykad itu milik siapa? Ini kerana pengundi hantu yang mengundi belasan kali itu sudah tentu mempunyai Mykad. Mana mungkin mereka boleh masuk ke dewan pengundiaan kalau tanpa menunjukkan Mykad? Sedangkan UMNO masih lagi boleh menipu senarai daftar pemilih. Nama-nama mereka ini masih berada dalam daftar pemilih. Mereka masih bebas untuk mengundi belasan kali.

Kedua: Najib mendakwa bahawa sistem Biometrik ini adalah yang terbaik di dunia. Sedangkan Negara maju pun tidak menggunakan sistem ini. Betul ke ni? Janganlah nak bodohkan rakyat sampai macam ini sekali. Tolonglah!! Malaysia ni semua orang tahu masih Negara dunia ke 3. Apakah mungkin negara-negara yang benar-benar membuka demokrasi seperti England, German dan Perancis tidak menemukan cara ini? Ini adalah sebuah penipuan yang dibuat terang-terang oleh Najib. Lepas ni Najib akan dakwa bahawa demokrasi di Malaysia ini lebih baik dari England dan German pula.

Ketiga: Yang terakhir adalah senang untuk difahami bahawa setiap masalah yang diwujudkan oleh BN akan mengundangkan projek untuk BN. BN akan buat duit dengan setiap masalah yang ada di Malaysia. Bila rakyat nak stadium, BN akan buat stadium. Harga juta-juta. Yang dapat projek adalah kroni BN. Buat lebih kurang, kemudian stadium runtuh. Bila runtuh, kroni BN akan dapat pulak Projek baiki Stadium. Claim lagi juta-juta!! Inilah caranya BN menge’paw’ duit rakyat secara legalise.

Selepas ini kroni BN akan mendapat projek untuk membekalkan alat Thumb Print Scanner ke setiap UPU-UPU yang ada di Malaysia. Bayangkan berapa ribu UPU (tempat pengundi) ini ada. Dan bayangkan berapa juta kroni-kroni BN ini akan dapat dengan projek ini.

Modal Untuk Menipu Rakyat ketika PRU 13.

Penggunaan Sistem Biometrik ini akan dijaja sebagai modal untuk menjawab tuntutan Bersih 2.0. Rakyat akan dimomokkan bahawa Reformasi Pilihanraya telah dijalankan. Modal ini akan dipusing bermula dari Najib kemudian Muhyiddin kemudian Hishamuddin dan Shahrizat. Kemudian akan disambung oleh seluruh juak UMNO.

Mereka melakukan semua ini untuk mengaburi 8 tuntutan Bersih 2.0. Apa yang mereka buat adalah untuk terus menipu, pada masa yang sama menutup tuntutan-tuntutan sebenar rakyat yang ditunjukkan pada 709!!

  • Pesanan KERETA KEBAL adalah, bahawa PR mesti terus menghidupkan gelombang Bersih 2.0. Gelombang Bersih mesti dipanjangkan, diratib setiap hari.
  • Youtube, FB, Twitter, wacana, ceramah mesti memainkan isu dan tuntutan Bersih. Jangan sampai rakyat hanyut dengan propaganda BN yang jahat ini.
  • Selagi gelombang B2.0 ini hidup, kita akan terus menguasai rentak perjuangan politik di Malaysia!!

-Kereta Kebal 06 mengajak seluruh anak muda bangun melawan kezaliman-

Hidup Islam!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...