| Kewajipan kami anak muda memenangkan Islam. Kewajipan kami anak muda melawan kerajaan zalim. |
7/30/2011
RAMADHAN TELAH DATANG!! REBUTLAH!!
BERSIH 2.0 - A Day to Remember!
ROSMAH DIGESA SAMAN CHEGUBARD

Rosmah semalam menafikan bahawa dia telah membeli cincin yang didakwa oleh banyak pihak bernilai RM 24 juta. Rosmah kata semua itu adalah fitnah kepada dia.
7/29/2011
PERKASA DAH BUAT KENYATAAN KENAPA TAK TURUN, PATRIOT KENAPA DIAM?
NAJIB BOHONG LAGI DI KEDAH!!

Aku memetik satu artikel ucapan Najib dalam NST hari ini. Aku tidak paham kenapa ada orang dalam dunia ni boleh menipu terus menerus tanpa rasa malu? Aku rasa mungkin pemimpin negara ini suka menipu kerana dia fikir takde orang nak jawab penipuan mereka. Itu sahaja. Lalu mereka kekal menipu dan terus menipu. Artikel yang aku petik ni adalah ucapan Najib depan orang ramai ketika dia melawat Alor Star semalam. Artikelnya seperti berikut:
Earlier in his speech, Najib said Barisan Nasional was a responsible government that respected the Constitution and loved the country.
He gave an example of how responsible BN was when it allowed PAS to rule Kelantan peacefully for 21 years.
“We did not give them problems. At one time, PAS had even won by a single with a mere two-vote majority. They could rule the state peacefully without interference. That is how fair BN has been.”
The opposition, however, was desperate and different, said Najib.
News Strait Times – 29 July 2011
Aku rasa nak tergolek je ketawa!! Nak tipu orang Kedah bolehlah Najib. Tapi kau jangan nak kelentong orang Kelantan la. KK06 adalah rakyat Kelantan. Betul ke Najib kata BN tak bagi masalah pada Kerajaan PAS (baca rakyat: ) Kelantan? Selama 21 tahun PAS perintah Kelantan Najib kata BN tak buat kacau? Betul ke ni? Sudahlah berbohong Najib. Sudahlah!
Selama ini BNlah yang banyak mengenepikan Kelantan dalam banyak hal. Banyak projek-projek yang sepatutnya dibuat oleh Kerajaan Pusat tak dilaksanakan di Kelantan. BN selama ini telah menyeksa dengan teruk rakyat Kelantan. Aku malas nak sebut banyak la pasal sikap double standard Kerajaan Pusat (baca BN) kepada rakyat Kelantan. Aku ambik satu je. Isu royalty minyak Kelantan!!
KALAU BETUL BN “RESPONSIBLE GOVERNMENT” BAYAR ROYALTI MINYAK KELANTAN!!
Kalau betul Najib kata BN menghormati perlembagaan dan menghormati semangat federalisme, maka BN jangan menghalang Petronas dari membayar royalty minyak Kelantan. Royalty sebanyak 5% (5% je pun!!) setelah 5 tahun Petronas mencari gali minyak di telaga-telaga minyak Kelantan. Tapi BN telah menyekat duit royalty ini dari sampai kepada rakyat Kelantan.
Walhal bagi negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu masing-masing menikmati duit royalty minyak negeri masing-masing!! Kelantan ni bukan dalam Malaysia ke Najib? Kenapa kau tak bagi duit ni? 5 bilion ni bukan duit kau, ini duit rakyat Kelantan. Lagipun yang bayar bukan kerajaan Pusat, yang bayar adalah Petronas. Duit dari poket kau tak habis satu sen pun!! Petronas tahun lepas untuk 85 billion, setakat bayar 5 billion langsung tak rugi!!
Itulah contoh mudah BN mendera rakyat Kelantan. Sampai sekarang duit ini tidak dibayar kepada rakyat Kelantan. Sepatutnya Najib kena paham bagaimana mengambil hati rakyat Kelantan. Bukankah PRU kali ini BN bertekad nak rampas Kelantan?
Bayar sahaja royalty minyak ini. Bayar sahaja. BN akan dilihat adil dan saksama di mata rakyat Kelantan. KK06 percaya akan kembali ke pangkuan BN.Tak percaya? Buatlah dulu wahai Najib..
Nota:
-Satu pahaman yang berjaya ditanam oleh Tok Guru kepada rakyat Kelantan adalah
“BN bagi gula kacau, bagi kain pakai, tapi bagi bulan pakoh”- hahahaha. Sebab tu Najib taknak bayar duit ni. Najib tahu rakyat Kelantan ni cerdik bab politik. Tak payah nak kelentong dengan projek la, kita orang tak makan!! Woi Najib, politik ni “kopi O” orang Kelantan la..
- Selagi Najib tak bayar royalty 5 biliion ni, semua penyokong PR wajib guna isu royalty ini dalam politik Kelantan. Isu ini mudah difahami. Pusing cukup-cukup isu ini. Tak payah pening kepala nak tibai Awang Adek. Isu ini dah cukup cantik. Kalau rakyat Kelantan dah paham bahawa BN ni rompak duit dia, KK06 percaya, tooobat orang Kelantan takkan pangkah BN dalam PRU 13!!! Hahahahaha..
- Ada orang bagi nasihat pada KK06 “tak baik hentam pemimpin Negara”
KK06 jawab “kita hentam sebab diorang jahat!!”
HARIMAU MALAYA: ANDA TETAP HEBAT!!!

Sekalipun tewas di tangan Singapura dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan ke Piala Dunia semalam dengan agregat 4-6, KK06 mengucapkan tahniah kepada semua pemain Harimau Malaya. KK06 tahu bahawa kalian sudah berusaha semaksimum mungkin untuk mengatasi Singapura.
Inilah masanya sukan bola sepak Negara diminati kembali oleh rakyat Malaysia!! Tahniah Harimau Malaya!! Hadir kalian menyatukan rakyat Malaysia.
Jika dibandingkan dengan skuad Singapura yang dibarisi pemain import, tiadalah dihairankan kemenangan mereka. Syabas kepada Datuk K Rajagopal kerana melatih pemain-pemain tempatan Malaysia hingga ke tahap ini.
Kepada Apex, KK06 ucapkan syabas atas persembahan semalam. Jangan frust sangat. Senyumlah sikit!!
“Demo tetap kebanggoe oghe Klate”
-Kereta Kebal 06 harap momentum prestasi pemain Bola Sepak Malaysia mesti dikekalkan dan ditingkatkan sentiasa. Bereh!-
7/27/2011
KISAH LAMA YANG PERLU JADI IKTIBAR KEPADA MELAYU: HANYA KERANA DIA SEORANG MELAYU, MAKA TIADA NILAI DI MATA BN DAN UMNO.

Hari ini kita mendapat berita seorang perempuan yang dipaksa ketuk ketampi oleh seorang pegawai polis perempuan secara berbogel telah mendapat pampasan dari pihak kerajaan. Kes ini telah meletup lima tahun yang lalu. Oleh kerana malu dengan kejadian tersebut, maka perempuan tersebut telah memfailkan saman kepada pegawai polis berkenaan dan PDRM. Dan hari ini barulah dia dijanjikan pampasan. Berapa jumlah pampasan yang diterima dari pihak kerajaan tidaklah diumumkan kepada media. Semuanya diselasaikan di luar mahkamah sahaja.
Ketika rakaman video tersebut tersebar melalui media cetak dan elektronik, pada waktu itu disangkakan bahawa perempuan tersebut adalah seorang perempuan warga Republik China. Maka tergesa-gesalah kerajaaan BN pimpinan Dolah Badawi pada waktu itu mengarahkan Azmi Khalid berlepas ke China untuk memohon maaf kepada Kerajaan China. Azmi Khalid terus berlari ke China untuk meminta maaf kepada kerajaan China demi menjaga hubungan baik dengan Negara China. Harus difahami juga, permohonan maaf ini juga adalah untuk meredakan kemarahan masyarakat Cina di Malaysia. Kita tahu bahawa masyarakat China di Malaysia adalah masyarakat yang sensitif dan mereka tahu hak-hak mereka.
Teknik ini samalah dengan apa yang dibuat oleh Najib baru-baru ini. Ketika isu Kristian sebagai agama rasmi Negara hebat diapi-apikan oleh Utusan Meloya. Ibrahim Ali dengan PERKASAm yang kelihatan sebagai kumpulan Ultra Nasionalis Melayu nak melancarkan perang salib di Malaysia, maka masyarakat Kristian telah terluka. Ini semua adalah permainan politik sempit perkauman BN pimpinan Najib. Untuk meredakan semua itu, Najib telah menbuat lawatan ke Vatican City (sebuah tempat suci bagi agama Kristian). Najib dikhabarkan telah bertemu dengan Pope. Ini semua adalah untuk mereka kemarahan rakyat.
RUPA-RUPANYA MELAYU LA, BUKAN CINA!!
Setelah diperiksa, rupa-rupanya perempuan dalam klip video berkenaan bukanlah seorang warga China. Bukan Cina, tetapi Melayu. Perempuan Melayu beragama Islam!!
Apabila berita telah pecah bahawa perempuan itu seorang Melayu Islam, apa yang Dolah dan Najib buat? Apakah mereka menghantar wakil untuk berlutut kepada keluarga mangsa di atas pembuatan kurang ajar polis itu? Mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka langsung tidak minta maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa pada waktu. Dan akhirnya kes ini senyap begitu sahaja. Setelah 5 tahun berhempas pulas turun naik mahkamah, barulah hari ini perempuan Melayu Islam berkenaan mendapat pembelaan.
APAKAH KERANA DIA SEORANG PEREMPUAN MELAYU MAKA DIA TIADA NILAI?
Inilah sikap double standard kerajaan BN. Double standard!!!!
Kalau dengan rakyat sendiri BN yang kononnya ‘meneruskan tradisi membela rakyat’ buat lebih kurang sahaja!! Apakah kerana dia seorang perempuan Melayu, maka dia tiada nilai? Tiada maruahkah seorang perempuan Melayu? Kenapa BN lebih bersungguh menjaga maruah rakyat Negara lain dari rakyat sendiri? Kenapa??
Ya!! Mungkin pada hari ini mereka merasakan bahawa perempuan itu telah mendapat pembelaan. Bagi KK06, pampasan Kerajaan BN itu tiadalah apa sangat!!
Ini semua berlaku kerana bagi BN, buatlah apa pun kepada orang Melayu. Buatlah sesuka hati kepada orang Melayu, orang Melayu takkan bangkit. Orang Melayu takkan bangun melawan!! Orang Melayu di Malaysia telah berjaya dibodohkan oleh UMNO BN selama lebih 50 tahun. Orang Melayu tidak sensitive dengan hak-hak mereka. Orang Melayu selalu ditakutkan agar tidak bangun melawan BN.
- Kereta Kebal 06 berpesan kepada orang Melayu Islam supaya kembali kepada Islam. Bila Islam kuat dalam diri orang Melayu, maka bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang kuat!!
Kuat Islam Kuatlah Melayu- Kuat Melayu, Kuatlah Rakyat - Kuat Rakyat, Kuatlah Negara
Humban BN dalam tong sampah!!
7/25/2011
KEGANASAN POLIS MALAYSIA : MENGAKU SAHAJALAH!!
Pasukan polis adalah sebuah badan yang seharusnya professional dalam menjalankan tugasan utama mereka iaitu menjaga keselamatan negara dan rakyat. Mereka dilengkapi dengan segala kelengkapan, persenjataan dan kemahiran untuk memelihara keamanan. Pasukan polis yang kuat dan professional dapat membanteras jenayah, melindungi rakyat seterusnya menjadikan negara kita aman untuk didiami. Senang paham kerja adalah polis menjaga rakyat!! Memastikan rakyat selamat!!
KEGANASAN POLIS MALAYSIA
Namun polis di Malaysia digunakan untuk menjaga UMNO dan BN!! Pasukan polis yang sepatutnya melindungi rakyat tidak menjalankan tugas ini sebaliknya pasukan polis digunakan untuk memeras dan menakutkan rakyat. Berapa banyak jenayah yang dilakukan oleh pihak polis kemudian ditutup begitu sahaja. Kalau saudara-saudara masih ingat, pada tanggal 19 November 1985, Ustaz Ibrahim Libya dan 13 sahabatnya telah ditembak mati di rumah beliau. Ditembak di rumah beliau!! Bukan ketika sedang menyamun di kedai emas. Alasannya mereka adala komunis. Komunis kepala hotak kau polis. Mereka ini adalah anak-anak murid Ustaz Ibrahim Libya. Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang ulama yang lebih 20 tahun merantau mencari ilmu. Apa jadi dengan kes ini? Mahathir dan Musa Hitam kena jawab. Tangan mereka berlumuran dengan darah Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya. Siapa bunuh? Polis!!
Lihat dalam pembunuhan Mendiang Altantunya Shariibu. Yang terlibat adalah Azilah dan Sairul. Dua mamat ini adalah anggota polis. Mereka mengaku mencekik Altantuya, kemudian menembak kepala Altantuya dan meletupkan mayat Altantuya dengan bom C4. Sungguh sadis anggota Polis Malaysia!! Lihat sahaja dalam kes pembunuhan adik Aminurrashid. Seorang pelajar berumur 15 tahun yang memandu kereta tanpa lesen telah ditembak bertubi-tubi hingga mengakibatkan kematiannya. Apakah kerana kesalahan memandu tiada lesen maka pihak polis wajar melepaskan tembakan rambang? Bagaimana dengan kematian Mendiang Kugan yang didapati telah dibelasah dengan teruk ketika dalam jagaan polis. Siapakah yang membelasah Kugan? Adakah dia membelasah dirinya sendiri seperti Anwar Ibrahim pada tahun 1999?
Dalam siri-siri himpunan aman rakyat (untuk menyuarakan pandangan yang berbeza dengan kerajaan) keganasan pihak polis tidak boleh lagi diselindung. Pangalaman saya sendiri melihat dengan mata kepala dari jarak 1 meter bagaimana seorang demonstran disepak dan diterajang beramai-ramai oleh pihak polis FRU dalam sebuah demonstrasi aman di Kuala Lumpur. Demonstran ini tidak mengasari pihak polis. Kami hanya berhimpun dengan aman. Tanpa senjata merbahaya untuk mengganas.
Kemuncak kepada keganasan polis di Malaysia adalah ketika Himpunan Bersih 2.0. Pihak polis telah digunakan sepenuhnya oleh Najib untuk menghalang kemaraan rakyat berhimpunan secara aman. Lihat sahaja dalam YouTube akan bagaimana layanan pihak polis kepada demonstran. Apakah 100,000 demonstran yang hadir akan percaya kepada pembohongan “atas darat” Ketua Polis Negara bahawa tiada kekasaran kepada demonstran BERSIH?
Tidak cukup dengan itu, pihak polis juga bertindak dengan mengeluarkan satu klip video yang menunjukkan bahawa demonstran Bersih 2.0 yang sebenarnya ganas. Dengan gambar yang tidak jelas, dan dipotong-potong maka tidak mungkin rakyat akan percaya penipuan pihak Polis ini. Ini tentu sekali menaikkan lagi kemarahan rakyat yang turun ketika B 2.0!
Yang sebenarnya adalah dalam apa jua program PR baik demonstrasi, ceramah dan sebagai semuanya berjalan dengan aman dan tiada gangguan. Keadaan hanya dan hanya menjadi tidak aman apabila pasukan polis datang. Kehadiran pasukan polislah yang menjadikan keadaan tidak aman!! Dalam himpunan Bersih 2.0 tindakan pihak polislah yang mencetuskan keadaan tidak aman. Bermula dengan kejar beramai-ramai, tangkap, pukul, karate, kungfu, gari dan heret. Lihat sahaja dalam YouTube. Kepada Ismail Omar, zaman YouTube adalah zaman yang sudah tidak releven untuk menipu. Lagi engkau menipu lagi banyak orang akan sedar. Jadi kau tak payahlah nak cakap bahawa anggota polis semua tidak melakukan kekerasan.
Pihak polis sepatutnya memohon maaf dan mengakui kesilapan. Hishamuddin sepatutnya letak jawatan sahaja. Bukan susah. Dengan memohon maaf sekurang-kurangnya kemarahan rakyat akan kendur. Orang Malaysia bukan macam orang Amerika. Mereka payah marah dan cepat sejuk. Dengan mengaku salah dan meminta maaf, pihak polis akan kembali diterima oleh rakyat. Integriti polis akan perlu dibaiki dengan segera!! Tapi pihak polis juga terikut-ikut dengan UMNO dan BN. Buat bebal dan tak dengar keluhan rakyat. Percayalah, kuasa rakyat tidak akan dapat ditolak oleh pemerintah yang zalim. Lagi zalim kamu buat aniaya pada rakyat, lagi kuat rakyat akan bangun melawan kamu wahai BN dan Polis!!
Selagi ketua polis adalah Ismail dan Timbalannya Khalid, sampai mampuslah Polis akan terus jadi barua BN-
-Kereta Kebal 06 terus membela rakyat yang tertindas-
